Rabu, 30 Oktober 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


10,000 tiket dijual dalam 90 minit

Posted:

10,000 tiket dijual dalam 90 minit

10,000 tiket dijual dalam 90 minit

30/10/2013 8:50pm

KOTA BHARU - Sebanyak 10,000 tiket daripada 30,500 tiket final Piala Malaysia yang diperuntukkan kepada Kelantan habis dijual dalam tempoh 90 minit di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini hari ini.

Hampir 5,000 penyokong fanatik pasukan 'The Red Warriors' mula beratur di stadium berkenaan sejak pukul 6.30 pagi walaupun lapan kaunter menjual tiket hanya mula dibuka pukul 3 petang.

Kelantan, selaku juara bertahan, akan menentang Pahang pada final Piala

Malaysia di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Tinjauan Bernama di perkarangan stadium mendapati peminat sanggup menahan lapar dan dahaga serta berpanas semata-mata untuk mendapatkan tiket yang dijual maksimum empat keping bagi setiap seorang.

Lima belas minit selepas kaunter dibuka, keadaan mula kecoh apabila pagar yang dipasang untuk keselamatan, tiba-tiba roboh disebabkan asakan penyokong yang saling menolak antara satu sama lain sehingga menyebabkan segelintir daripada mereka cedera ringan akibat terjatuh.

Bagaimanapun, seramai 73 pegawai dan anggota polis yang mula bertugas sejak pukul 12 tengah hari, berjaya mengawal keadaan. - Bernama

Polis tahan 17 lelaki curi transformer TNB bernilai RM300,000

Posted:

Polis tahan 17 lelaki curi transformer TNB bernilai RM300,000

Polis tahan 17 lelaki curi transformer TNB bernilai RM300,000

30/10/2013 6:57pm

SHAH ALAM - Tindakan pantas polis berjaya menemui semula 15 penjana elektrik masing-masing seberat tiga tan bernilai RM300,000 milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dilaporkan dicuri dari sebuah gudang di Jalan Ikan Bawal, Telok Gong, Pandamaran, Pelabuhan Klang semalam.

Malah, tindakan kurang 12 jam itu turut menemui semula dua buah lori treler jenis Volvo dan Scania bernilai RM300,000 yang turut dilarikan dalam kejadian pukul 4.45 pagi itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang pengawal ke selamatan yang bekerja di gudang itu mendakwa dia bersama empat lagi pengawal keselamatan yang lain telah diikat selepas gudang itu dimasuki pencuri.

"Susulan laporan yang diterima kira-kira pukul 6.30 pagi itu, pasukan kita telah menubuhkan Ops Kargo dan me meriksa televisyen litar tertutup gudang dan menahan seorang lelaki yang merupakan pemandu di gudang tersebut.

"Ekoran tangkapan pertama, kami kemudian telah menyerbu sebuah gudang di Pulau Meranti, Puchong dan menahan 16 lelaki termasuk sembilan lelaki warga asing yang sedang meleraikan komponen penjana elektrik ter sebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. - KOSMO!

Keputusan KOM gugur Noraseela, Hup Wei dari Sukan SEA wajar

Posted:

Keputusan KOM gugur Noraseela, Hup Wei dari Sukan SEA wajar

Keputusan KOM gugur Noraseela, Hup Wei dari Sukan SEA wajar

30/10/2013 6:21pm

KUALA LUMPUR - Keputusan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tidak menyenaraikan dua atlet senior Noraseela Mohd. Khalid dan Lee Hup Wei

ke Sukan SEA di Myanmar, Disember ini, adalah wajar.

Presidennya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, kedua-dua atlet berkenaan perlu memberi tumpuan kepada Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun depan memandangkan mereka pernah beraksi pada Sukan Olimpik 2012 di London.

Beliau berkata, Sukan SEA adalah platform terbaik untuk atlet muda

menampilkan kemampuan masing-masing termasuk memecah rekod kebangsaan milik Noraseela dalam acara 400m lari berpagar dan Hup Wei dalam acara lompat tinggi.

"Saya percaya Noraseela dan Hup Wei tahu mengapa mereka tidak terpilih ke

Sukan SEA. Mereka berpengalaman dan matang. Mereka kini perlu fokus bagi

mengembalikan kecergasan dan meningkatkan prestasi untuk lebih kompetitif," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved