Rabu, 9 Oktober 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Raja harus cari formula terbaik

Posted:

Raja harus cari formula terbaik

Raja harus cari formula terbaik

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


RAJAGOBAL (kanan) semakin kesuntukan masa untuk membentuk barisan terbaik sebelum menghadapi Bahrain di Shah Alam minggu depan.


BEKAS jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan menegaskan bahawa pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal harus mencari formula terbaik menjelang aksi penting menentang Bahrain pada kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, 15 Oktober ini.

Selepas tewas 1-3 kepada Emiriyiah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi persahabatan di Shenzhen, China malam tadi, Wan Jamak berkata, Rajagobal seharusnya segera mencari jalan terbaik bagi memperbaiki kelemahan sedia ada.

"Pada pendapat saya, ada dua perkara berbeza mengenai perlawanan persahabatan dan perlawanan sebenar.

"Benar, kita boleh menguji kebolehan pemain tetapi moral pasukan kamu tidak diketepikan. Hanya kemenangan sebenarnya yang menyuntik moral para pemain.

"Ramai pemain cedera tetapi kita tidak boleh salahkan (jadual) perlawanan (Liga Malaysia). Sebaliknya, Rajagobal harus bertanggungjawab atas apa yang dilaksanakan selama ini," kata Wan Jamak ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Wan Jamak menambah: "Liga M adalah pentas bagi para pemain untuk menunjukkan kebolehan dan jika ada pemain mengalami kecederaan jangka panjang, lupakan sahaja pemain itu dengan mencari pemain yang lain.

"Sebagai jurulatih, beliau kena tahu kerana kita memiliki ramai pemain berbakat daripada skuad Harimau Muda A.

"Jadi, jangan guna alasan kekalahan disebabkan pemain cedera atau jadual liga yang padat."

Pada aksi di Shenzhen malam tadi, Safiq Rahim meledak gol tunggal Harimau Malaya yang kini dalam persiapan terakhir sebelum menentang Bahrain.

Wan Jamak turut beranggapan kekalahan kepada UAE itu secara tidak langsung akan memberikan kelebihan psikologi kepada Bahrain.

"Dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini, kita boleh kira berapa kali skuad negara mencapai kemenangan. Apa yang pasti, Bahrain akan menggunakan kelebihan itu untuk menyerang psikologi skuad negara.

"Memang kita bermain di tempat sendiri tetapi tahap keyakinan Bahrain lebih baik berbanding kita.

"Saya yakin Bahrain akan menggunakan apa juga cara untuk melemahkan semangat Harimau Malaya," katanya.

Kim Swee mahu kekal bersama skuad Harimau Muda

Posted:

Kim Swee mahu kekal bersama skuad Harimau Muda

Kim Swee mahu kekal bersama skuad Harimau Muda


KIM SWEE mahu memberi fokus bagi menghadapi Sukan SEA di Myanmar Disember depan.


JURULATIH Harimau Muda A, Ong Kim Swee masih berhasrat meneruskan tugas bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekali pun kontraknya akan tamat pada 31 Disember depan.

"Sekiranya khidmat saya masih diperlukan dalam usaha membantu bola sepak negara, sudah tentu saya berharap dapat kekal bersama FAM.

"Sebenarnya, saya telah mendapat tawaran (luar) sebelum ini dan sudah boleh membuat keputusan tetapi saya tidak mahu lagi memikirkan perkara itu.

"Ini kerana saya mahu memberikan perhatian kepada skuad kendalian saya bagi menghadapi Sukan SEA di Myanmar Disember nanti," kata Kim Swee ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin.

Ketika ini, nama Kim Swee disebut-sebut antara lebih 40 jurulatih tempatan dan antarabangsa yang bakal menggantikan tempat pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal.

Sama seperti Kim Swee, kontrak Rajagobal juga bakal berakhir penghujung tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Kim Swee mengakui Thailand bakal menjadi pencabar utama skuad Harimau Muda dalam misi memburu pingat emas ketiga pada temasya Sukan SEA di Myanmar.

Ini kerana jurulatih yang pernah memenangi pingat emas Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia itu mengakui tidak menerima banyak maklumat mengenai skuad Gajah Perang itu.

"Saya bimbang dengan Thailand. Sebenarnya, kita tidak banyak menerima maklumat tentang kekuatan mereka.

"Apa yang saya tahu, mereka berjaya menewaskan skuad China 5-1 baru-baru ini tetapi kami juga tidak boleh memandang rendah kemampuan pasukan lain," katanya.

Kim Swee berjaya membimbing Harimau Muda memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Jakarta dua tahun lalu selepas menumpaskan Indonesia pada aksi final.

Dua tahun sebelum itu, skuad kendalian Rajagobal meraih ibu emas pada temasya Sukan SEA di Vientianne, Laos.

Abdul Rahman kembali bimbing Terengganu musim depan

Posted:

Abdul Rahman kembali bimbing Terengganu musim depan

Abdul Rahman kembali bimbing Terengganu musim depan


ABDUL RAHMAN (dua dari kanan) bersalaman dengan Wan Ahmad Nizam (dua dari kiri) selepas menandatangani surat perjanjian persefahaman untuk mengendalikan skuad Terengganu di Kuala Terengganu semalam.


PENGENDALI Selangor PKNS, Abdul Rahman Ibrahim akan kembali membimbing Terengganu pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan, lapor NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM.

Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid dalam satu sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan Abdul Rahman di Kuala Terengganu semalam.

Wan Ahmad Nizam memberitahu, selain bersetuju untuk melantik Abdul Rahman sebagai ketua jurulatih bagi menggantikan E. Elavarasan, PBSNT juga akan mengekalkan Mohamad Nik dan Zubir Ibrahim, masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih penjaga gol untuk skuad Peteh.

"Kita pilih beliau (Abdul Rahman) sebab yakin beliau mampu membawa Terengganu menjadi pasukan yang lebih baik musim depan.

"Selaku anak jati Terengganu, saya percaya, semangat untuk membawa pasukan menjadi lebih kuat pasti lebih tinggi," katanya.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Nizam berkata, pihaknya tidak meletakkan sebarang sasaran pada saingan Liga M musim depan.

Bagaimanapun, beliau tetap berpuas hati jika skuad Peteh mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala.

"Kita akan mencuba sehabis baik musim depan. Saya pasti beliau (Abdul Rahman) ada ramuannya yang tersendiri.

"Terengganu juga kini masih dalam proses mengenal pasti pemain import yang akan mewakili pasukan musim depan," katanya.

Kontrak Abdul Rahman bersama PKNS akan berakhir 30 November ini dan beliau dijangka turun menyaksikan sesi latihan pertamanya bersama Terengganu pada 4 November ini.

Bekas pengendali skuad negara itu yang mengendali PKNS pada 2009 hingga 2013, pernah membimbing beberapa pasukan tempatan seperti Terengganu (1983-1984 dan 1998); Perlis (1996-1997 dan 2005-2007) dan Selangor (2001-2002).

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved