Rabu, 9 Oktober 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tak sengaja langgar anak sendiri

Posted:

Tak sengaja langgar anak sendiri

Tak sengaja langgar anak sendiri

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

MOHD. FITRI memegang jenazah anaknya yang maut dalam kejadian di Kuala Terengganu, Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Luluh hati satu pasangan suami isteri apabila anak kecil mereka yang baru hendak bertatih ditemui mati berlumuran darah selepas dilanggar secara tidak sengaja oleh ibunya ketika sedang mengundurkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di Jalan Ibrahim, Bukit Besar dekat sini semalam.

Kejadian pukul 7.15 pagi itu mengakibatkan anak bongsu daripada enam beradik, Muhammad Faqih Mohd. Fitri, 10 bulan, maut akibat mengalami pendarahan dalaman.

Kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) setengah jam kemudian.

Menceritakan semula kejadian itu, bapa mangsa, Mohd. Fitri Ngah, 40, memberitahu, sebelum kejadian, dia bermain dengan Muhammad Faqih di ruang tamu bersama anak-anak lain.

Kata guru itu, dia kemudian meninggalkan mereka untuk bersarapan di dapur.

"Pada masa sama, isteri saya, Faizah Yusuf, 35, menghidupkan enjin untuk mengeluarkan MPV jenis Proton Exora dari garaj sebelum membawa kenderaan itu masuk semula secara mengundur. Dia sering berbuat demikian untuk memudahkan saya keluar bekerja.

"Ketika itulah mungkin Muhammad Faqih yang baru hendak belajar berjalan pergi ke garaj sebelum dilanggar secara tidak sengaja oleh isteri saya. Faizah hanya berhenti dan turun dari kereta selepas terdengar jeritan seorang jiran yang melihat kejadian itu," ceritanya ketika ditemui di HSNZ.


INILAH MPV yang merempuh Muhammad Faqih.


Tambahnya, dia yang terkejut kemudian bergegas keluar dan alangkah luluh hatinya apabila mendapati Muhammad Faqih telah terbaring dalam keadaan berlumuran darah lalu memangkunya. Mangsa kemudian dikejarkan ke HSNZ namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Menurut Mohd. Fitri, anak-anaknya sering menunggu di dalam rumah ketika isterinya mengundurkan kereta.

"Biasanya Muhammad Faqih hanya akan pergi sampai ke pintu namun saya tidak sangka pagi tadi (semalam) dia jalan hingga ke garaj.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

3 mati ditembak kerana RM2,000

Posted:

3 mati ditembak kerana RM2,000

3 mati ditembak kerana RM2,000

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL
faiz.abu@kosmo.com.my


ANGGOTA polis menutup mayat salah seorang penjenayah yang mati ditembak di Lebuh Raya DUKE berhampiran Plaza Tol Sentul Pasar di Kuala Lumpur semalam.





KUALA LUMPUR – Tiga penjenayah bagaikan mati sia-sia apabila cubaan mereka melarikan diri bersama wang samun yang hanya berjumlah RM2,000 berakhir dengan mereka mati ditembak oleh polis di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Plaza Tol Sentul Pasar di sini semalam.

Sebelum ditembak mati pada pukul 3.30 petang, ketiga-tiga suspek warga Indonesia bersama beberapa lagi rakan penjenayah lain menyamun seorang wanita di depan sebuah bank di Bayu Perdana di Klang, Selangor.

Wanita berusia 39 tahun disamun pada pukul 11.30 pagi ketika mangsa baru memandu kereta untuk meninggalkan bank selepas mengeluarkan wang RM2,000.

Bagaimanapun, kereta dipandu wanita itu tiba-tiba dihimpit oleh dua buah kereta Proton Wira yang dinaiki beberapa lelaki dan sebuah motosikal.

Lelaki yang menunggang motosikal itu terus memecahkan cermin tingkap kenderaan mangsa sebelum penunggangnya melarikan beg tangan mangsa.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar (gambar kecil) berkata, pihak polis yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut melancarkan gerakan mengesan sebuah motosikal dan dua buah kereta Proton Wira yang menyamun wanita itu.

"Selepas kira-kira empat jam selepas kejadian samun mangsa wanita itu, pasukan polis mengesan sebuah kereta Proton Wira dinaiki tiga lelaki di Lebuh Raya DUKE sebelum mengekori kereta tersebut sehingga menghampiri Plaza Tol Sentul Pasar," kata beliau ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

Segar Kanopi mati ditembak ketika makan sup

Posted:

Segar Kanopi mati ditembak ketika makan sup

Segar Kanopi mati ditembak ketika makan sup


ANGGOTA polis mengangkat mayat Segar Kanopi yang mati ditembak ketika makan sup di Kajang, Selangor kelmarin.


KAJANG - Hajat seorang ahli perniagaan menikmati sup di sebuah restoran selepas penat bermain badminton berakhir dengan dia ditembak mati oleh seorang lelaki memakai topi keledar penutup muka penuh di Taman Kajang Prima di sini malam kelmarin.

Semasa kejadian pada pukul 10.30 malam, R. Appalasamy, 47, sedang makan seorang diri dan terdapat beberapa pelanggan lain di dalam restoran tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar kecil) berkata, semasa sedang menikmati hidangan, mangsa didatangi seorang lelaki yang memakai topi keledar menutup muka dan terus melepaskan dua das tembakan ke arahnya.

"Melihat mangsa rebah, suspek itu terus meninggalkan Appalasamy dengan motosikal yang sedia menunggu di depan restoran itu," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam semalam.

Menurut beliau, Appalasamy yang menjalankan perniagaan membekal kanopi dan juga didakwa mempunyai perniagaan di luar negara mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka dan dada.

Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved