Sabtu, 28 September 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kisah seram muzium perang

Posted:

Kisah seram muzium perang

Kisah seram muzium perang

KUBU pertahanan ini digunakan tentera Inggeris bagi mempertahankan Pulau Pinang daripada serangan musuh.


PEMINAT paranormal pasti teruja untuk menyaksikan siri dokumentari I Wouldn't Go In There (Saya tidak akan masuk ke dalam sana) yang memaparkan pengembaraan ke beberapa negara bagi menjejaki fenomena tersebut.

Menariknya, Malaysia tidak terkecuali apabila turut terpilih sebagai lokasi penggambaran bagi produksi dokumentari antarabangsa, National Geographic Channel.

Program tersebut memaparkan keadaan mistik di salah satu destinasi menyeramkan di negara ini iaitu Muzium Perang Pulau Pinang.

Pengacara I Wouldn't Go In There, Robert Joe (R.J) bersama personaliti tempatan, Nazrudin Rahman, membongkar kisah sebenar muzium yang terkenal itu.

Betulkah ia berhantu, pernahkah ada individu ternampak hantu di sana atau ia sekadar satu mainan minda?

Muzium Perang Pulau Pinang yang terletak di Bukit Maung, Pulau Pinang merupakan lokasi menyeramkan bagi kebanyakan rakyat tempatan telah 'hilang' ditelan hutan selama 60 tahun.

Ia telah ditemui semula baru-baru ini dan ditukar menjadi sebuah muzium perang. Ramai yang mempercayai muzium berkenaan dihuni makhluk halus.

Masyarakat tempatan menyatakan muzium tersebut merupakan bekas kubu perang yang dibina oleh tentera British sekitar tahun 1938 sebelum ditawan oleh tentera Jepun. Ia berperanan melindungi Pulau Pinang daripada ancaman musuh, kem banduan perang dan tapak menjatuhkan hukuman mati.

Membongkar kebenaran

RUANG sempit ini merupakan antara jalan masuk di muzium perang ini.


Sehubungan itu, R.J dan Nazrudin telah membongkar kebenaran di sebalik khabar itu.

"Sebagai rakyat Malaysia, memang sudah banyak yang saya dengar tentang Muzium Perang Pulau Pinang. Saya rasa gembira kerana berpeluang menemani R.J dalam pengembaraannya.

"Ia memberi saya pandangan mengapa sesuatu perkara dilihat dalam perspektif tertentu," ujar Nazrudin ketika ditemui pada majlis pratonton dokumentari tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kebiasaannya, masyarakat tempatan pasti menjauhkan diri daripada elemen-elemen menyeramkan seperti hantu, lembaga, kematian dan pembunuhan.

Walaupun dianggap menakutkan, R.J yang merupakan seorang pengembara dan penulis blog, mempercayai bahawa muzium itu tidak berhantu, sebaliknya satu destinasi yang kaya dengan sejarah.

Ikuti pengembaraan R.J dan Nazrudin di bekas tapak kubu perang berkenaan sambil membongkar kisah gelap penaklukan Jepun di Pulau Pinang.

Perjalanan di seluruh pulau itu menceritakan kisah-kisah tersembunyi tentang mangsa-mangsa penderaan yang dihukum. Semua petunjuk yang diperoleh membawa kepada pelaksana hukuman legenda bernama Suzuki yang pernah menyembelih ratusan tahanan di kubu tersebut.

Mereka berdua mengembara bagaikan penyiasat, lengkap dengan sesi temu bual saksi, pandangan pakar dan membongkar rahsia sebab mengapa segelintir masyarakat enggan mengunjungi muzium tersebut.

Apa yang mereka temui pasti lebih menggemparkan daripada yang disangka. Jadi, luangkan masa anda untuk menonton tayangan perdana I Wouldn't Go In There: Muzium Berhantu Malaysia yang akan disiarkan secara eksklusif di saluran National Geographic (Astro 553) pada 4 Oktober 2013, pukul 11 malam. – NADIA SHAIFUL BAHARI

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved