Khamis, 12 September 2013

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Gembira dapat perhatian

Posted:

Gembira dapat perhatian

Gembira dapat perhatian

ROBIN ALAN THICKE atau nama komersialnya, Robin Thicke, bukan satu nama baharu dalam industri muzik. Sejak kemunculannya pada tahun 1994, karier nyanyian Robin semakin meningkat dan kejayaan yang dikecapinya sangat konsisten.

Namun, namanya mula menggelegak setelah single terbaharunya yang berjudul Blurred Lines meniti di bibir peminat seluruh dunia.

Single dan album yang mempunyai judul yang sama itu memecah rekod tersendiri apabila ia berjaya menduduki posisi teratas dalam pelbagai carta muzik di 13 buah negara di seluruh dunia termasuk carta Billboard 100 setelah dilancarkan pada Julai lepas.

Menambah suhu panas single tersebut, ketika mengadakan persembahan bersama penyanyi remaja, Miley Cyrus di MTV Video Music Awards 2013 baru-baru ini, persembahan mereka telah mengundang kontroversi yang membuatkan ia menjadi perkara yang paling banyak dibincangkan melalui laman sosial Twitter.

"Menjadi selebriti adalah perkara yang luar biasa. Saya sentiasa ingin menjadi seorang artis yang hebat seperti mana idola yang saya minati seperti Marvin Gaye dan Bob Marley.

"Mengulas tentang persembahan pada malam itu, Cyrus dan saya memang tahu apa yang kami lakukan di malam tersebut dan bagi saya, MTV adalah sebuah pentas yang perlu diprovokasi dan memberi peminat tergamam melihat persembahan artis.

"Saya berasa gembira kerana mendapat perhatian seumpama itu kerana ia juga memberi peluang kepada masyarakat mendengar muzik saya.

"Mungkin apabila saya telah tiada lagi, saya mahu peminat mengingati saya melalui cara yang hebat dan bukan melalui persembahan yang biasa dilakukan. Ia merupakan cabaran juga kepada saya untuk menghasilkan muzik yang baik," jelas Robin ketika menghadiri sidang akhbar MTV World Stage Live In Malaysia pada Ahad lepas bertempat di Sunway Resort Hotel & Spa, Bandar Sunway, Petaling Jaya.

WALAUPUN begitu popular dan dikejar banyak wanita, Robin tetap mengutamakan isteri dan anaknya.


Tambahnya lagi tentang bagaimana dia menghadapi kontroversi tersebut ialah dengan menganggap ia sebagai suatu hiburan.

Tuturnya, sebagai seorang manusia, dia tidak dapat memuaskan hati semua orang, namun apa yang penting dia perlu memuaskan hatinya sendiri.

"Saya perlu pastikan keluarga dan teman-teman suka akan apa yang saya lakukan. Ia bukan tentang siapa yang tidak mendapat kepuasan daripada muzik yang saya hasilkan, namun ia tentang kepuasan kepada sesiapa yang memperolehnya," ungkapnya ramah melayan segala persoalan yang diajukan kepadanya.

Kejayaan Blurred Lines

Bercakap tentang kejayaan peringkat antarabangsa yang dikecapi oleh single Blurred Lines, Robin gembira kerana muziknya diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

"Saya rasa apa yang bagus tentang muzik adalah kadangkala anda sendiri tidak dapat tahu mengapa lagu tersebut digemari. Apabila anda mendengarnya, ia terus menusuk ke sanubari. Saya mendengarnya setiap hari dan ia juga menjadi kegemaran nenek saya serta anak lelaki saya.

"Jadi, anda boleh lihat bagaimana muzik ini mempengaruhi segenap lapisan masyarakat. Saya rasa ini merupakan lagu pertama yang berjaya menduduki lima carta berbeza yang menggunakan konsep berlainan dan sangat teruja dengan pencapaian tersebut," jelas lelaki tinggi lampai yang telah mencecah usia 36 tahun ini.

Bercerita tentang album Blurred Lines, kepada yang belum memgetahui, Alan Thicke iaitu bapa kepada Robin juga menjadi penulis bersama yang bekerjasama dalam album studionya yang keenam ini.

Bukan itu sahaja, Robin juga menggunakan suara isteri dan anaknya dalam single tersebut. Jelasnya, itu memang termasuk dalam idea ketika menghasilkan single tersebut dan bukan secara kebetulan.

"Ia memang termasuk dalam perancangan saya ketika ingin menghasilkan lagu ini kerana saya akui saya seorang lelaki yang pentingkan keluarga.

"Bagi saya, isteri dan anak merupakan insan paling penting dalam hidup saya. Mereka sentiasa ada di studio saya dan anak saya juga sentiasa bertanyakan tentang perihal saya dan karier.

"Selain itu bapa saya juga banyak membantu saya dari segi penulisan dan dia memang seorang yang sangat bagus. Ini juga merupakan kali pertama saya berkolaborasi bersama bapa saya serta sangat gembira dapat melakukannya," ungkap Robin lagi.

ROBIN THICKE memberitahu yang dia tenang melalui kontroversi tarian erotik bersama Miley Cyrus pada MTV Video Music Awards 2013 baru-baru ini kerana menganggap ia sebagai suatu bentuk hiburan.


Puji peminat Malaysia

"Setelah menjejakkan kaki di Malaysia, perkara pertama yang saya lihat ialah kemesraan penduduk Malaysia.

"Keluar dari kapal terbang, seramai 12 orang telah menegur saya dengan senyuman di bibir mereka. Saya dapat rasakan mereka semua sangat baik hati dan semestinya saya gembira dapat berada di sini," bicara Robin tentang Malaysia.

Ketika persembahan Robin pada MTV World Stage 2013 yang berlangsung di Sunway Surf Beach @ Sunway Lagoon, Bandar Sunway, ternyata peminat sangat berpuas hati dengan persembahannya di atas pentas.

Robin telah menyampaikan sebanyak sembilan buah lagu iaitu Give It To You, Take It Easy on Me, Feel Good, Oh Shooter, Lost Without U, Shaking It For Daddy and Blurred Lines.

Sepanjang lagu Blurred Lines dinyanyikan, peminat juga tidak ketinggalan ikut sama menyanyikan lagu hit yang ditunggu-tunggu itu.

Adi bukan gila seks

Posted:

Adi bukan gila seks

Adi bukan gila seks

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


HANGAT.... Adi Putra dikerumuni wartawan pada sidang akhbar yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini.


ISU skandal pelakon terkenal, Adi Putra semakin lama semakin hangat diperkatakan apabila ramai yang ingin mengetahui perkara sebenar dari mulut pelakon bertubuh sasa itu.

Setelah lama berdiam diri tanpa menjawab panggilan telefon atau membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak media, akhirnya Adi, 32, tampil pada sidang akhbar pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Fereena Beauty Care di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Luah Adi di hadapan pihak media dan juga peminat-peminatnya, 1Hotlovers yang hadir pada hari itu, dia langsung tidak mengenali wanita yang bernama Aida itu, malah tidak melarikan diri selepas isu itu hangat diperkatakan.

"Secara jujurnya, saya langsung tidak mengenali wanita itu. Ramai yang bertanya kenapa saya mendiamkan diri. Saya tidak melarikan diri, malah masih muncul dalam acara-acara jemputan seperti biasa," ujarnya tenang.

Disoal mengapa isu itu (didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita bernama Aida) boleh timbul jika dia tidak mengenali wanita itu, ungkap Adi, ketika kejadian tersebut dia sedang mengerjakan umrah dan tidak mungkin dia melakukan perkara tersebut.

"Dekat sana susah hendak cakap. Macam-macam boleh terjadi kalau kita lakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya di Tanah Suci. Allah sahaja yang tahu," luahnya.

Sayang isteri

Mengulas lanjut, kata Adi, jika dia melakukan gangguan seksual dia seharusnya direman.

Sebaliknya, dia tidak direman dan hanya diminta ke balai polis sekali sahaja untuk menyerahkan telefon bimbit dan diambil keterangan.

Bagaimanapun, jelas pelakon filem KL Gangster 2 itu, dia tidak dapat mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut kerana ia masih dalam siasatan pihak polis.

Dalam pada itu, Adi turut memberitahu, ramai yang mengeji isterinya, Aida Yusof kerana masih tidak membuka mata selepas insiden tersebut.

FIGURA sasa ini menafikan yang dia melarikan diri daripada pihak media selepas dikaitkan dengan kontroversi terbaharu ini.


Luah Adi, dia tidak dapat menutup mulut manusia dalam melemparkan keji dan tohmahan terhadap dirinya dan isteri.

"Ada yang cakap isteri saya gemuk dan bodoh tetapi saya tetap menyayanginya," ujarnya yang akan bercuti ke luar negara bersama isteri dan anaknya pada penghujung tahun ini.

Adi turut ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan dia suka melayan peminat-peminatnya di laman sosial Twitter dan sering menghantar mesej kepada mereka.

Menjawab mengenai dakwaan tersebut, jelas Adi, dia terpaksa tabah dengan tohmahan yang dilempar kepadanya.

"Memang saya ada menghantar mesej kepada peminat-peminat 1Horlovers tetapi ia sekadar jemputan kepada mereka untuk menghadiri majlis yang melibatkan artis mereka.

"Sejauh mana sosial saya, peminat sahaja yang tahu. Anda boleh menyoal mereka mengenai perkara ini," luah Adi yang mengakui akan lebih berhati-hati selepas dua kali dikaitkan dengan wanita termasuk pelakon jelita, Nora Danish.

Dalam pada itu, Adi juga memberitahu, dia sudah mendapat taraf penduduk tetap (PR) Malaysia.

"Selama 12 tahun berada di Malaysia dan juga setelah lapan tahun berkahwin dengan isteri saya, Aida Yusof, akhirnya saya mendapat PR," jelasnya lagi.

Misteri pembunuh psiko

Posted:

Misteri pembunuh psiko

Misteri pembunuh psiko

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


SHERA AIYOB tidak ketinggalan menjadi penyeri naskhah Psiko Pencuri Hati yang bercerita tentang pembunuhan bersiri yang penuh sadis.


MENDENGAR judulnya, Psiko Pencuri Hati pasti ada yang mengganggap ia sebuah filem komedi ringan. Bagaimanapun, selepas mengetahui ia adalah sebuah naskhah daripada pengarah penuh karakter, Nam Ron, tanggapan awal tadi mula bertukar mengatakan filem tersebut tidak klise.

Psiko Pencuri Hati bukan sekadar berbeza daripada filem-filem sedia ada, sebaliknya ia tertumpu pada aspek lain seperti sinematografi dan mutu lakonan barisan pelakonnya.

Filem itu secara simbolik meninggalkan mesej positif kepada penonton dalam melalui proses kehidupan yang penuh cabaran, khususnya yang terpaksa bergelut dengan konflik dalaman diri.

Seterusnya, filem itu juga mahu memberi variasi kepada industri perfileman tempatan yang kini semakin kurang dari segi kepelbagaian genre.

Lakonan berkesan

Psiko Pencuri Hati mengisahkan tentang O. Sidi (Bront Palarae) yang merupakan seorang penulis novel thriller popular yang terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan novel terbaharunya diberi judul, Mangsa.

Secara kebetulan ketika menyiapkan karya terbaharunya itu, ibu kota Kuala Lumpur gempar dengan kehadiran pembunuh misteri yang merobek hati setiap mangsanya.

Timbul persoalan siapakah pembunuh misteri tersebut kerana Nam Ron bijak bermain dengan perasaan penonton.

Dari awal sehingga pertengahan cerita, setiap watak 'ada peluang' menjadi pembunuh tersebut sama ada O. Sidi (Bront), Dr. Khai (Syed Hussein), Pak Abu (Suhaimi Yusof) atau Wani (Sharifah Amani).

Menarik dari sisi daya lakonan barisan pelakon, ternyata Bront dan Amani tidak perlu lagi dipertikaikan kreadibiliti lakonan mereka.

Cuma apa yang menarik perhatian adalah lakonan berkesan Syed Hussein dan pengiat teater, Amirul Affendi.

Pemilihan Syed Hussein sebagai tunjang utama sangat bertepatan. Dia berjaya membuang watak romeo dan lelaki baik yang biasa dilakonkannya sebelum ini.


SIAPAKAH pembunuh? Bront dan Syed Hussein saling menyuntik daya dan aura lakonan penuh impak dalam memantapkan perjalanan cerita filem, Psiko Pencuri Hati.


Malah, daya lakonan yang ditonjolkannya tidak diduga. Adakah dia pembunuh psiko itu? Kalau hanya merujuk kepada wajah kacaknya, jawapannya adalah tidak!

Amirul yang tidak terkenal dalam dunia lakonan komersial pula begitu bersahaja dan begitu sukses dalam mencuit hati penonton.

Turut menambah perisa terhadap daya lakonan filem ini sudah tentu kemunculan Shera Aiyob yang dianggap sebagai penyeri filem itu.

Capai standard

Nam Ron ternyata sangat menitikberatkan mutu penghasilan karya terbaharunya yang telah menjalani penggambaran di Kuala Lumpur serta Pulau Pemanggil, Johor itu.

Jika ada yang beranggapan karya Namron yang juga merupakan seorang penggiat teater tempatan itu berat dan sukar difahami, telahan tersebut salah kerana Namron berjaya menyuntik elemen komersial dalam filem ini.

Begitu juga dari aspek teknikal. Walaupun produksi dihasilkan menggunakan bajet yang terhad, apa yang terpapar di layar perak ternyata mencecah standard yang tinggi.

Filem pertama arahan Nam Ron di bawah penerbitan Filmmecca Studio dengan kerjasama The Attic Post dan Emas Karya itu sudah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 5 September lalu.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved