Isnin, 9 September 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tokyo jadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020

Posted:

Tokyo jadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020

Tokyo jadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020

PERDANA Menteri Jepun, Shinzo Abe (tiga dari kanan) melompat kegembiraan bersama delegasi Tokyo 2020 selepas Presiden IOC mengumumkan Tokyo sebagai hos Sukan Olimpik 2020.


TOKYO, Jepun - Bandar raya Tokyo mengungguli hak penganjuran Sukan Olimpik 2020 selepas dipilih oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Ibu negara Jepun itu mengetepikan Istanbul, Turki dengan undi 60-36 pada pusingan akhir undian oleh IOC di Buenos Aires, Argentina kelmarin.

Madrid, Sepanyol pula tersingkir pada pusingan awal undian.

Keputusan undian itu hadir selepas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memberi jaminan berhubung keselamatan krisis nuklear Fukushima kepada anggota-anggota IOC.

Krisis nuklear Fukushima berlaku ekoran bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara matahari terbit itu pada Mac 2011.

Kejayaan dipilih sebagai tuan rumah sukan itu disambut gembira oleh beribu-ribu orang yang berkumpul sejak awal pagi di pusat bandar di sini yang menonton siaran langsung pengumuman dari Buenos Aires.

Jepun sebelum ini pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1964. - Agensi

Australia tumpu semula industri perlombongan

Posted:

Australia tumpu semula industri perlombongan

Australia tumpu semula industri perlombongan


PERDANA Menteri Australia yang baharu, Tony Abbot (kanan) bertemu dengan Setiausaha Perbendaharaan, Martin Parkinson di Sydney ketika parti pimpinannya bersedia untuk mengambil alih pemerintahan negara itu semalam.


CANBERRA - Kerajaan konservatif Australia yang menang besar dalam pilihan raya umum baru-baru ini berjanji untuk merancakkan kembali indus- tri perlombongan dan menarik minat pelabur ke Australia.

Jani itu dibuat selepas Perdana Menteri Australia yang baru, Tony Abbot memulakan tugasnya semalam. Abbot menyatakan, pihaknya akan memansuhkan cukai lombong dan menjalankan sebuah pentadbiran kerajaan yang stabil.

Pakatan Parti Liberal-Kebangsaan pimpinan Abbot menamatkan penguasaan Parti Buruh selama enam tahun dengan memenangi majoriti lebih 30 kerusi daripada 150 kerusi di parlimen dalam pilihan raya Sabtu lalu.

Ini merupakan keputusan pilihan raya terburuk Parti Buruh sejak tahun 1934.

Abbott memulakan hari pertamanya sebagai Perdana Menteri dengan mengayuh basikal bersama rakan-rakannya di sekitar rumahnya di Sydney sebelum bertemu dengan para pegawai kerajaan dan kementerian.

Beliau yang disokong oleh taikun media, Rupert Murdoch dan akhbar milik- nya, masuk ke pejabat Perdana Menteri ketika ekonomi Australia sedang menyesuaikan diri apabila kemuncak pelaburan pelombongan berakhir, perolehan kerajaan yang perlahan dan pening- katan masalah pengangguran.

Walaupun menang besar, kerajaan Abbot tidak mempunyai majoriti di Senat Dewan Negara.

Justeru, beliau pasti berdepan caba- ran untuk memansuhkan cukai perlombongan dan karbon. - Reuters

Bruno Mars bakal buat persembahan di Super Bowl

Posted:

Bruno Mars bakal buat persembahan di Super Bowl

Bruno Mars bakal buat persembahan di Super Bowl

BRUNO MARS memegang trofi yang dimenanginya pada Anugerah Muzik MTV di New York, 25 Ogos lalu.


NEW YORK - Pemenang anugerah Gram- my, Bruno Mars akan membuat persembahan dalam separuh masa kejohanan tahunan bola sepak Super Bowl pada Februari tahun depan, lapor sumber dalaman.

Bagaimanapun, berita tersebut masih belum diumumkan oleh pihak NLF. Pengumuman rasmi dikatakan dibuat semalam di Times Square , di sini.

Musim liga bola sepak itu telah bermula pada Khamis lalu manakala Super Bowl akan berlangsung pada 2 Februari 2014 di Stadium MetLife di East Rutherford, New Jersey.

Penyanyi terkenal, Beyonce yang membuat persembahan pada Februari lalu di New Orleans diumumkan sebagai bintang Super Bowl tahun ini.

Mars, 27, sebelum ini turut memenangi Anugerah Video dan Koreografi Terbaik Penyanyi Lelaki untuk klip Treasure di Augerah Muzik MTV pada bulan lalu.

Antara barisan artis yang pernah membuat persembahan dalam separuh masa perlawanan NFL termasuklah Madonna, Black Eyed Peas bersama Usher dan Slash. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved