Selasa, 10 September 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Lelaki lakukan 13 pembedahan untuk jadi Superman

Posted:

Lelaki lakukan 13 pembedahan untuk jadi Superman

Lelaki lakukan 13 pembedahan untuk jadi Superman

Chavez bergambar bersama koleksi Superman terbesar di dunia yang dimilikinya.


BANDAR CALAMBA, Filipina - Seorang peminat tegar watak Superman di Filipina sanggup membelanjakan wang sebanyak £4,400 (RM22,337) untuk menyerupai wajah watak adi wira kegemarannya itu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Lelaki itu, Herbert Chavez, 35, sanggup melakukan pembedahan plastik bagi mengubah wajahnya.

Dia mengubah hidung, memutihkan kulit, menyedut lemak bibir, melakukan penjajaran rahang, mengimplan otot perut dan punggung bagi meniru kehidupan sebenar watak Clarke Kent.

Chavez mula jatuh cinta dengan watak adi wira itu yang terkenal dengan kain mantel merah dan lambang logo S ketika berusia lima tahun selepas menonton watak tersebut di televisyen.

Dengan gaji sebanyak 90 Pesos (RM6.57) sejam, dia sanggup berbelanja besar untuk minatnya itu.

Chavez berazam mahu mengajar kanak-kanak mengenai nilai-nilai moral yang baik, di samping menceriakan hari mereka.

Dia juga memiliki koleksi memorabilia Supermen terbesar di dunia berjumlah 5,000 unit termasuk patung sebesar sebatang pokok. - Agensi

AS yakin bukti risikan

Posted:

AS yakin bukti risikan

AS yakin bukti risikan


SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry ketika mengadakan sidang akhbar bersama
Setiausaha Luar Britain, William Hague di Pejabat Luar Negara di London semalam.


LONDON - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry tetap dengan pendirian negara itu bahawa Presiden Syria, Bashar Al-Assad bertanggungjawab menggunakan senjata kimia untuk menentang rakyatnya sendiri.

Kerry menyatakan, terdapat bukti bahawa rejim Syria menggunakan senjata kimia dalam serangan baru-baru ini walaupun Bashar dengan jelas menafikan perkara itu.

Kerry mengeluarkan kenyataan itu dalam satu sidang akhbar bersama Setia- usaha Luar Britain, William Hague di sini semalam.

Dalam satu wawancara bersama stesen televisyen CBS, Bashar pernah berhujah bahawa bukti mengenai senjata kimia yang didedahkan Kerry adalah 'pembohongan besar' sama seperti memperse- tujui perang di Iraq sedekad lalu.

Namun, Kerry memberitahu para pemberita di London bahawa beliau yakin dengan bukti-bukti yang dikumpulkan oleh perisikan AS dan bersedia untuk membawanya ke mana-mana mahkamah.

"Apa yang beliau (Bashar) beri? Hanya janji-janji yang disangkal dengan fakta," soal Kerry.

Kerry tiba di London kelmarin dari Paris, Perancis selepas beliau mengada- kan perbincangan dengan Menteri Luar Mesir dan Arab Saudi serta beberapa anggota Liga Arab berhubung rundingan damai di rantau Asia Barat.

Beliau kembali ke Washington lewat semalam untuk meneruskan usaha melobi Kongres AS supaya membenarkan tindakan ketenteraan terhadap rejim Bashar.

Kerry juga berkata, keputusan Parli- men Britain menolak usul tindakan ketenteraan ke atas Syria tidak akan menjejaskan hubungan AS dengan sekutu rapatnya itu.

Dalam serangan di pinggir bandar Damsyik pada 21 Ogos lalu, AS menyata- kan, seramai 1,429 orang termasuk 426 kanak-kanak maut.

Dalam perkembangan berkaitan, satu lagi kuasa besar, Rusia mendesak Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengeluarkan laporan mengenai risiko bencana nuklear jika serangan udara ke atas Syria diteruskan.

Desakan tersebut dinyatakan bagi mengelak kemungkinan tindakan ketenteraan yang dirancang AS diteruskan terhadap negara Asia Barat itu.

Kementerian Luar Rusia melalui sepucuk surat sulit kepada ketua IAEA, Yukiya Amano, memberi amaran tentang bakal bencana akibat serangan berkenaan.

Agensi di bawah Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) itu menyatakan, mereka sedang menilai permintaan Rusia. - Agensi

Patrick Stewart dan Sunny Ozell berkahwin

Posted:

Patrick Stewart dan Sunny Ozell berkahwin

Patrick Stewart dan Sunny Ozell berkahwin

PATRICK STEWART berkahwin buat kali ketiga dengan penyanyi dan penulis lagu Sunny, kelmarin.


LOS ANGELES - Bintang siri televisyen Star Trek, Sir Patrick Stewart membuat pengumuman kelmarin menerusi laman sosial Twitter bahawa dia telah berkahwin dengan penyanyi dan penulis lagu, Sunny Ozell.

Menurut akhbar Daily Mail, Stewart mendedahkan berita baik itu kepada 600,000 pengikutnya di Twitter dengan memuat naik gambar lucunya bersama Ozell berserta kapsyen "Ya, telah berkahwin."

Beberapa media sebelum ini melaporkan bahawa pasangan itu berkahwin dengan pertolongan rakan lama mereka, Sir Ian McKellen.

Pasangan itu berjumpa semasa bintang filem X-Men itu membuat persembahan Macbeth pada Akedemi Musik Brooklyn dan mula tinggal bersama sejak 2008 apabila Stewart membeli rumah di Park Slope, Brooklyn.

Dalam pada itu, Stewart, 73, dan Ozell, 35, mengesahkan pertunangan mereka pada Mac lalu.

Terdahulu, Stewart berkahwin buat kali ketiga dan mempunyai dua orang anak iaitu Daniel dan Sophia hasil perkahwinan pertamanya dengan Sheila Falconcer yang bertahan hingga 1990. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved