Ahad, 1 September 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Bashar mesti dihukum – Obama

Posted:

Bashar mesti dihukum – Obama

Bashar mesti dihukum – Obama

PRESIDEN AS, Barack Obama (kanan) mengeluarkan kenyataan berhubung Syria semasa pertemuan dengan beberapa Presiden rantau Eropah Timur di Rumah Putih, Washington kelmarin. - AFP


WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menegaskan, ketakutan pada peperangan tidak boleh menjadi alasan kuasa dunia untuk tidak melaksanakan tanggungjawab menghukum Syria susulan serangan gas saraf yang membunuh beratus-ratus wanita dan kanak-kanak.

Walaupun masih belum membuat keputusan muktamad mengenai tindakan ketenteraan ke atas rejim Presiden Bashar Al-Assad, kenyataan Obama itu merupakan isyarat paling jelas bahawa AS akan menyerang Syria.

Komen beliau dibuat selepas AS menyiarkan laporan perisikan yang merumuskan bahawa rejim Bashar telah melancarkan serangan senjata kimia di pinggir bandar raya Damsyik pada minggu lalu.

Seramai 1, 429 orang termasuk sekurang-kurangnya 426 kanak-kanak mati dalam insiden tersebut.

"Serangan seperti ini mencabar (kesabaran) dunia," kata Obama dalam komen ringkas kepada wartawan di Rumah Putih di sini.

"Kita tidak boleh menerima dunia di mana wanita dan kanak-kanak serta orang awam yang tidak berdosa menjadi mangsa serangan gas berskala besar," tambahnya.

Obama juga menyifatkan serangan itu sebagai ancaman terhadap kepentingan keselamatan AS.

Beliau juga menyelar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana gagal bertindak ke atas Syria.

Terdahulu, Perancis memberikan sokongan kepada rancangan AS tetapi anggota-anggota Parlimen Britain mengundi untuk menolak terlibat dalam tindakan ketenteraan yang dicadangkan oleh Washington.

Dalam pada itu, sekutu paling kuat Syria, Rusia mempersoal hasil penemuan risikan AS berhubung serangan senjata kimia pada 21 Ogos lalu.

Moscow juga memberi amaran agar dunia tidak mengambil tindakan ketenteraan ke atas sekutunya itu tanpa sokongan PBB.

Dalam perkembangan berkaitan, pakar-pakar senjata kimia PBB selesai melakukan siasatan berhubung serangan kimia itu semalam dan akan menghantar laporan sama ada senjata pemusnah itu digunakan dalam konflik di Syria.

Jurang 750 kilometer ditemui di Greenland

Posted:

Jurang 750 kilometer ditemui di Greenland

Jurang 750 kilometer ditemui di Greenland


JURANG seluas 750 kilometer ini menyamai panjang sungai River Severn, di Britain.


WASHINGTON - Sebuah jurang dua kali ganda lebih besar daripada sungai terpanjang di Britain dan sedalam lembah Grand Canyon ditemui di bawah lapisan ais di Greenland, kata sepasukan saintis kelmarin.

Sebelum Pulau Greenland dilitupi ais sekitar 4 juta tahun dahulu, jurang itu dipercayai menjadi laluan utama air sungai dari pedalaman ke kawasan pantai.

Malah, pada hari ini, terusan sungai yang dalam itu masih mengalirkan air cairan glasier ke hujung lapisan ais menuju ke ke dalam laut.

Jurang tersebut berasal dari tengah Greenland dan berakhir di pantai utara pulau berkenaan.

"Penemuan jurang seluas 750 kilometer berusia berjuta-juta tahun di bawah timbunan salji itu sangat menakjubkan," kata saintis Kaji Selidik Antartika Britain, David Vaughan.

"Lapisan ais itu turut menyumbang kepada paras turun naik air laut, dengan penemuan ini dapat membantu kami memahami perubahan iklim yang berlaku," katanya lagi.

Pasukan saintis berkenaan menemui jurang tersebut menggunakan radar milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) melalui Operasi IceBridge.

Operasi itu menggunakan gelombang radio yang boleh menembusi lapisan ais untuk mengukur kedalaman dasar laut. - AFP

Pegawai 'Abang Jam' dibicara kerana rasuah

Posted:

Pegawai 'Abang Jam' dibicara kerana rasuah

Pegawai 'Abang Jam' dibicara kerana rasuah


GAMBAR yang disiarkan oleh agensi berita Xinhua menunjukkan Yang Dacai dibicarakan di sebuah mahkamah di Xi'an, dalam wilayah Shaanxi di barat laut China kelmarin.


BEIJING - Seorang pegawai China yang menimbulkan kemarahan orang ramai selepas dia dirakam tersenyum di satu lokasi kemalangan maut dibicarakan kelmarin, menurut sebuah mahkamah.

Pegawai berkenaan, Yang Dacai turut digelar 'Abang Jam' kerana meminati jam tangan mewah.

Gelaran itu diberikan selepas imej dia memakai pelbagai jam tangan jenama mewah tersebar di internet.

Dacai mencetuskan kemarahan pengguna internet selepas dia dirakam tersenyum lebar semasa memeriksa bangkai bas dan lori tangki metanol yang terlibat dalam satu nahas jalan raya tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 36 nyawa melayang dalam nahas tersebut.

Bekas pengarah biro keselamatan pekerjaan di wilayah Shaanxi, utara China itu merupakan antara sebilangan pegawai kanan yang kecundang selepas menjadi topik perbualan dan dicemuh di internet.

Seorang pegawai mahkamah di Shaanxi memberitahu bahawa perbicaraan kes Dacai bermula dan berakhir kelmarin.

Perbicaraan itu susulan siasatan oleh suruhanjaya disiplin Parti Komunis yang mendapati Dacai bersalah kerana mempamerkan senyuman tidak wajar dan memecatnya daripada jawatan tersebut.

Dia juga dituduh memiliki hartanah bernilai 5.04 juta yuan (RM2.7 juta) daripada sumber yang mencurigakan di samping menerima rasuah berjumlah 250,000 yuan(RM135,151).

Dia tidak menyangkal semua dakwaan terhadapnya dengan mahkamah akan menjatuhkan hukuman pada satu tarikh lain.- Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved