Selasa, 27 Ogos 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


JDT hempas pulas jinak T-Team

Posted:

JDT hempas pulas jinak T-Team

JDT hempas pulas jinak T-Team

27/08/2013 10:51pm

KUALA TERENGGANU - Pasukan berstatus kelab, T-Team tewas tipis 2-3 melayan kunjungan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, Terengganu sebentar tadi.

Skuad kendalian Azmi Mohamed terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui Muhd. Hadin Azman pada minit ke-23.

Pada minit ke-28, penyerang, Mohd. Safee Sali membuktikan dia masih berbisa dengan menyudahkan sepakan sudut Safiq melalui libasan gunting menarik di dalam kotak penalti.

Pemain tengah T-Team, Ahmad Syamim Yahya tidak menghampakan penyokong tuan rumah pada minit ke-48 melalui tandukan menarik.

Kegembiraan penyokong tuan rumah bertahan seketika apabila JDT sekali lagi menghukum pertahanan T-Team melalui rembatan silang Norshahrul pada minit ke-60.

Pasukan The Titans terpaksa bermain dengan kekurangan seorang pemain apabila Mohd. Saiful Mustafa yang mengasari Muhd. Hadin dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-77.

Bagaimanapun, pasukan T-Team yang kehilangan seorang pemain masih merapatkan jurang gol pada minit ke-77 melalui tandukan Fazuan Abdullah.-KOSMO!

Johor sekadar seri 3-3 dengan ATM

Posted:

Johor sekadar seri 3-3 dengan ATM

Johor sekadar seri 3-3 dengan ATM

27/08/2013 10:48pm

PASIR GUDANG - Johor gagal mengutip tiga mata penuh selepas sekadar mencatat keputusan seri 3-3 menentang Angkatan Tentera Malaysia, (ATM) dalam perlawanan ketiga Piala Malaysia kumpulan A di Stadium Pasir Gudang sebentar tadi.

Keputusan itu juga menyaksikan Johor gagal memperoleh kemenangan pertama di tempat sendiri selepas seri dengan Selangor pada perlawanan pertama tempoh hari.-KOSMO!

Perluas penggunaan video link rakam kenyataan kanak-kanak di mahkamah

Posted:

Perluas penggunaan video link rakam kenyataan kanak-kanak di mahkamah

Perluas penggunaan video link rakam kenyataan kanak-kanak di mahkamah

27/08/2013 9:28pm

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim menyarankan supaya sistem 'video link' di mahkamah diperluaskan bagi melindungi saksi atau mangsa kanak-kanak daripada 'orang kena dituduh' (OKT) ketika memberi kenyataan di mahkamah.

Beliau berkata, langkah itu juga bertujuan memastikan proses perbicaraan berjalan lancar tanpa sebarang ugutan atau ancaman.

"Setakat ini, sebanyak 42 sistem video link telah dipasang di mahkamah di seluruh negara sejak diperkenalkan pada Ogos 2011 oleh Mahkamah Kuala Lumpur.

"Kami mohon ia ditambah baik supaya penggunaannya dapat diperluaskan sekaligus memberi ruang kepada mangsa atau saksi (kanak-kanak) ketika

memberi kenyataan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Aspirasi Gemilang 'A' anjuran bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Great Eastern Life ChildrenCare di sini hari ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved