Ahad, 25 Ogos 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kanak-kanak dipercayai mangsa dera ibu meninggal dunia

Posted:

Kanak-kanak dipercayai mangsa dera ibu meninggal dunia

Kanak-kanak dipercayai mangsa dera ibu meninggal dunia

25/08/2013 9:45pm

IPOH - Kanak-kanak perempuan berumur lima tahun yang dipercayai didera oleh ibunya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Paediatrik Hospital Permaisuri Bainun di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kematian itu.

"Kita sedang menunggu maklumat daripada pihak hospital berhubung kematian kanak-kanak itu," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Pada 15 Ogos lepas, kanak-kanak malang itu dibawa ke hospital oleh bapanya dalam keadaan cedera pada bahagian kepala dan seluruh badannya akibat dirotan.

Choong Mee Chin, 30, ibu kepada kanak-kanak tersebut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan itu dan tidak mengaku bersalah pada 20 Ogos lepas.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan menganiaya kanak-kanak itu di kediaman mereka di Taman Wang, Menglembu pada pukul 9 pagi, 12 Ogos. - Bernama

Pendidikan fatwa perlu diperluas - Mufti Kelantan

Posted:

Pendidikan fatwa perlu diperluas - Mufti Kelantan

Pendidikan fatwa perlu diperluas - Mufti Kelantan

25/08/2013 9:56pm

KOTA BHARU - Pendidikan berkaitan fatwa perlu diperluas bagi mengelak berlakunya krisis keyakinan dalam kalangan masyarakat, kata Mufti kerajaan negeri Kelantan Datuk Shukri Mohamad.

Beliau berkata, pendidikan itu dapat memberi platform bagi memperjelas keputusan fatwa yang diputuskan agar mudah difahami masyarakat.

"Masyarakat hari ini akan mempersoal sesuatu fatwa yang dikeluarkan, dan ia perlu kepada penjelasan serta hujah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan Peringkat Negeri Kelantan hari ini.

Shukri berkata sehingga kini, lebih 300 keputusan dan pandangan hukum diputus oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa dalam pelbagai isu serta perkara dalam pelbagai aspek kehidupan.

"Keputusan muzakarah itu banyak berkait rapat dengan kepentingan nasional dan masyarakat awam yang perlu diberi perhatian serta dipatuhi," katanya.

Seminar itu dihadiri kira-kira 700 peserta melibatkan pelajar dan penjawat awam. - Bernama

Ing Yueh wakil tunggal negara ke Kejohanan Dunia di Belgium

Posted:

Ing Yueh wakil tunggal negara ke Kejohanan Dunia di Belgium

Ing Yueh wakil tunggal negara ke Kejohanan Dunia di Belgium

25/08/2013 9:39pm

MELAKA - Gimnas negara Tan Ing Yueh tidak berani meletakkan sebarang sasaran berikutan kehadiran jaguh dunia dan pemenang pingat Sukan Olimpik pada Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia 2013 di Antwerp, Belgium dari 29 September hingga 5 Oktober ini.

Bagaimanapun, gimnas berusia 17 tahun itu, yang menjadi wakil tunggal negara menggalas cabaran pada kejohanan itu, berjanji akan memberi aksi terbaik serta membanggakan nama negara di sana.

Anak kelahiran dari Desa Duyong Melaka, di sini, bakal bersaing dengan lebih 200 gimnas dalam acara melombol, palang bertingkat, batang titian, dan senaman lantai.

"Impian saya menjadi kenyataan apabila dipilih untuk mewakili negara pada kejohanan berprestij ini," kata pemenang lima pingat pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2013 selepas majlis penyampaian hadiah insentif Sukma 2013 atlet Melaka di sini hari ini.

Ketua Menteri Datuk Idris Haron menyampaikan insentif Sukma 2013 berjumlah RM83,000 kepada pemenang pingat Sukma di Kuala Lumpur pada awal bulan lepas. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved