Isnin, 19 Ogos 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Bertukar juadah tradisi munjung

Posted:

Bertukar juadah tradisi munjung

Bertukar juadah tradisi munjung

Oleh NORHAYATI YAHAYA

PELBAGAI juadah hari raya seperti ketupat nasi disediakan seminggu sebelum Syawal.


CARIAN enjin Google menemukan perkataan munjung sebagai sebuah desa di Batu Mandi, Kalimantan selatan, Indonesia. Malah perkataan itu sendiri dalam carian kamus negara itu memberikan maksud, lebih tinggi daripada permukaan.

Bagaimanapun, bagi masyarakat Jawa di negara ini, munjung merupakan satu tradisi yang merujuk kepada pemberian makanan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Kebanyakan golongan muda pada masa ini mungkin tidak pernah mendengar istilah ini tetapi ia merupakan satu amalan biasa masyarakat di Tanjung Karang, Selangor. Ia juga disebut dengan nama lain seperti ngunjung di Batu Pahat, Johor.

Uniknya, sesebuah keluarga, sama ada jauh atau dekat, akan berhimpun dan menyediakan juadah munjung ini.

Lazimnya kita memasak dan menyediakan juadah hari raya seperti ketupat, rendang dan kuah lodeh pada pagi hari raya, namun bagi masyarakat Jawa, segala juadah dimasak seminggu lebih awal untuk dihantar ke rumah jiran tetangga.

Bagi penduduk Kampung Sungai Gulang-Gulang di Tanjong Karang, Selangor program munjung diadakan secara bergotong-royong bersama masyarakat kampung.

Sumbang tenaga

Selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim, program itu sendiri sentiasa dinantikan oleh penduduk kampung tersebut sejak diperkenalkan tiga tahun lalu.

Pengerusi Kelab Kebajikan Kampung Sungai Gulang-Gulang, Mohd. Zamri Kahar berkata, program munjung di kampung itu pada tahun ini diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula sejak hari menyembelih lembu pada hari Jumaat, 24 Ramadan lalu.


JUADAH munjung diedarkan kepada penduduk kampung seawal pukul 10 pagi pada hari ketiga penganjuran program.


Menurutnya, program yang dianjurkan bersama Kolej Komuniti Tanjong Karang itu tidak memberi sebarang desakan waktu buat penduduk kerana ia mengajak peserta menyumbang tenaga berdasarkan kelapangan masa masing-masing.

"Kerja-kerja melapah lembu diadakan oleh penduduk kampung selepas solat tarawih pada Jumaat lalu dan kami mengagihkan daun-daun kelapa muda untuk orang kampung membuat kelongsong ketupat.

"Pada keesokan harinya, kami berkumpul di rumah milik Tulus Kasman dan Hussain Mungin. Di sini kami memulakan kerja-kerja penyediaan ramuan termasuk memotong bawang, ayam, daging dan bahan-bahan lain," katanya ketika ditemui di kampung itu baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Mohd. Zamri memberitahu, dia bersama kira-kira 50 penduduk kampung akan memulakan kerja-kerja memasak 10 menu hidangan seperti sup tulang, kuah kacang, ketupat dan dodol untuk mereka berbuka puasa pada hari Sabtu. Sementara penyediaan hidangan rendang dimulakan selepas selesai solat tarawih hari yang sama.

Kesemua hidangan akan diedarkan kepada 1,000 orang penduduk kampung seawal pukul 10 pagi hari Ahad bagi membolehkan mereka menikmatinya bersama ahli keluarga masing-masing pada hari itu.

"Kami bercadang untuk meneruskan tradisi munjung ini untuk merapatkan hubungan penduduk kampung dan memperluaskannya kepada orang luar melalui program kampung angkat pada masa hadapan," katanya sambil memaklumkan usaha itu turut dijayakan dengan penglibatan Persatuan Belia Batu 5.

Menurut Mohd. Zamri, bahan-bahan mentah yang digunakan pada acara tahunan itu bukan sahaja mendapat tajaan daripada orang perseorangan dan kolej komuniti terlibat, tetapi turut disumbangkan oleh penduduk kampung khususnya bahan-bahan penting seperti beras, minyak dan gula.

"Saya bersama ahli jawatankuasa sangat gembira apabila melihat program ini telah mewujudkan semangat kesukarelawan dalam kalangan penduduk kampung dan lebih penting, memupuk semangat bersedekah.

"Inilah kehebatan munjung. Bukan sahaja untuk bertukar-tukar juadah, tetapi merapatkan lagi hubungan masyarakat, termasuk bersama mereka yang di perantauan," ujarnya.


PROGAM munjung di Kampung Sungai Gulang-Gulang bertujuan merapatkan lagi hubungan sesama masyarakat kampung dan meneruskan tradisi yang diamalkan sejak sekian lama.


Beliau memaklumkan, kebanyakan penduduk kampung bekerja seperti bercucuk tanam dan mengambil upah menjahit pakaian.

Sementara itu, Sarina Ismat, 40, yang turut menyumbang tenaga pada program itu melahirkan rasa teruja dan gembira apabila program tradisi itu dapat diteruskan oleh generasi muda sepertinya.

"Saya sendiri membawa anak untuk membantu menyediakan juadah untuk munjung. Bukan apa, saya mahu tradisi ini terus segar dalam minda mereka dan diteruskan pada masa hadapan," katanya.

Bagi tuan rumah, Norhajar Amrin, 42, ini merupakan tahun ketiga kediamannya dipilih sebagai lokasi program berkenaan.

"Saya ada juga minta penganjur memilih rumah lain, namun saya rasa berbesar hati dan bersyukur apabila sekali lagi mereka memilih rumah ini.

"Saya sentiasa ingat pesan arwah ibu, apabila rumah kita kerap didatangi orang, rezeki kita murah," ujarnya yang gembira dengan kehadiran penduduk kampung di rumah itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved