Khamis, 15 Ogos 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Maut selepas 35 hari derita

Posted:

Maut selepas 35 hari derita

Maut selepas 35 hari derita

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my

CHRISTINA disahkan mati kelmarin selepas lebih sebulan dirawat di HUS apabila melecur teruk akibat disimbah cuka getah di rumahnya di Kampung Pejiru, Bau pada 9 Julai lalu.


KUCHING - Setelah 35 hari bertarung nyawa, seorang wanita yang melecur teruk di seluruh badan akibat disimbah cuka getah oleh suaminya yang mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Afrika meninggal dunia kelmarin.

Christina Nyoeh, 43, yang melecur teruk di muka, tangan dan badan disahkan mati pada pukul 9.15 malam ketika dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Jurucakap polis berkata, ekoran kematian mangsa, kes yang sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 306 Kanun Keseksaan iaitu bersubahat membunuh diri ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Katanya, suami mangsa kini di bawah pemerhatian polis di rumahnya kerana masih belum sihat ekoran tindakannya meminum racun rumpai sejurus menyimbah isterinya dengan cuka getah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tukul kepala bekas kekasih

Posted:

Tukul kepala bekas kekasih

Tukul kepala bekas kekasih

Oleh RAIS YEOP JOHARI
rais.johari@kosmo.com.my

KHONG POH dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban semalam atas tuduhan memukul bekas teman wanitanya dengan tukul besi.


SEREMBAN - Seorang peniaga kepak ayam mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memukul bekas teman wanitanya menggunakan tukul besi di sebuah rumah di Taman Jasper Jaya dekat sini Sabtu lalu.

Tertuduh Sion Khong Poh, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut fakta kes, Khong Poh dituduh dengan sengaja mencederakan Lin Pui Leen, 29, di sebuah rumah yang beralamat di No. 35, Jalan 3, Taman Jasper Jaya dekat sini pukul 8.30 pagi.

Bagi kesalahan itu, Khong Poh didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penjawat awam belasah isteri dalam lif ditahan

Posted:

Penjawat awam belasah isteri dalam lif ditahan

Penjawat awam belasah isteri dalam lif ditahan

GEORGE TOWN - Seorang penjawat awam yang membelasah isterinya di dalam lif sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Bukit Mertajam dekat sini pada Isnin lalu ditahan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, suspek (gambar) berusia 36 tahun yang merupakan penjawat awam ditahan sebaik menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Pahang pada pukul 4.45 petang.

Menurut beliau, susulan itu bapa kepada tiga anak itu akan diserahkan kepada polis Pulau Pinang hari ini untuk direman bagi membantu siasatan mengenai tindakannya membelasah isterinya.

"Polis akan merekodkan keterangannya berhubung kejadian itu dan seterusnya melengkapkan kertas siasatan," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Kelakuan ganas suspek itu yang dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) hospital berkenaan tersebar secara meluas dalam laman sosial Facebook dan YouTube sejak Isnin lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved