Khamis, 8 Ogos 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Letupan akibat gas bocor bunuh 8 mangsa

Posted:

Letupan akibat gas bocor bunuh 8 mangsa

Letupan akibat gas bocor bunuh 8 mangsa

API marak dilihat memusnahkan sebuah bangunan selepas masalah kebocoran gas menyebabkan satu letupan besar berlaku di Rosario, Argentina kelmarin.


ROSARIO, Argentina - Satu letupan kuat akibat kebocoran gas telah telah meranapkan sebuah pangsapuri sepuluh tingkat dan menyebabkannya terbakar di sini kelmarin.

Insiden itu mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan maut dan 61 yang lain cedera. Pegawai perbandaran juga menyatakan sekurang-kurangnya 19 orang masih hilang.

Ratusan anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus untuk mencari mangsa yang mungkin terselamat, walaupun risiko bangunan tersebut runtuh amat tinggi.

"Seramai lapan orang maut. Operasi mencari akan diteruskan sepanjang malam. Terdapat 19 orang yang masih hilang," kata Datuk Bandar Rosario, Monica Fein.

Letupan itu meranapkan bahagian hadapan bangunan. Api yang marak juga dapat dilihat dengan jelas dari balkoni. Fein memberitahu sebanyak 17 buah ambulans telah dikejarkan ke tempat kejadian.

Orang ramai yang berada dalam jarak dua kilometer dari lokasi letupan dipindahkan. Sebanyak 11 buah sekolah turut ditutup dan bekalan gas dipotong.

Pasukan keselamatan menyatakan anggotanya dapat menyelamatkan mangsa menerusi bumbung sebuah pasar raya bersebelahan. - AFP

Ford ganti Willis dalam

Posted:

Ford ganti Willis dalam <i>Expendables 3</i>

Ford ganti Willis dalam Expendables 3

Harrison Ford


LOS ANGELES - Aktor dan pengarah terkenal, Sylvester Stallone kelmarin mengumumkan bahawa aktor veteran Hollywood, Harrison Ford akan membintangi filem The Expendables 3, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.

Ford, 71, dilapor bakal menggantikan tempat aktor Bruce Willis yang membintangi dua siri filem itu sebelum ini.

"Willis keluar. Harrison Ford masuk. Berita hebat. Telah menanti sejak beberapa tahun untuk ini," kata Stallone di laman Twitternya.

Stallone, 67, dalam satu mesej susulan di Twitternya turut menyelar Willis yang juga bintang filem Die Hard.

"Tamak dan malas. Satu formula untuk memastikan kegagalan kerjaya," tulis Stallone.

Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara berkenaan.

Siri terbaharu filem arahan Stallone itu dijangka dibarisi beberapa aktor yang pernah mencipta kegemilangan pada tahun 1980-an seperti Nicolas Cage, Wesley Snipes, Jackie Chan dan Mel Gibson.

Pengambaran The Expendables 3 akan bermula pada Ogos ini.

Ford sebelum ini terkenal menerusi watak Han Solo dalam filem Star Wars: Episode VII. - Agensi

Tujuh maut bom gegar Karachi

Posted:

Tujuh maut bom gegar Karachi

Tujuh maut bom gegar Karachi


PEGAWAI perubatan merawat seorang mangsa letupan yang cedera di sebuah hospital di Karachi, Pakistan semalam.


KARACHI, Pakistan - Sebutir bom menggegarkan bandar pelabuhan Karachi pada pagi semalam mengorbankan tujuh orang dan mencederakan 26 yang lain, kata polis.

Letupan berlaku di kawasan setinggan di Lyari selepas satu perlawanan bola sepak.

"Bom telah diletakkan pada sebuah motosikal yang diletakkan di luar stadium, membunuh tujuh orang dan kebanyakan remaja," kata jurucakap polis, Tariq Dharejo kepada agensi berita AFP.

Menurut Tariq, bom berkenaan dikawal menggunakan alat kawalan jauh.

Wakil rakyat tempatan daripada Parti Rakyat Pakistan, Sania Naz turut mengesahkan letupan itu dan mendakwa angka kematian seramai 11 orang.

Katanya, mangsa yang maut berusia antara enam hingga 15 tahun.

Karachi memiliki seramai 18 juta penduduk dan menyumbang sebanyak 42 peratus keluaran dalam negara kasar Pakistan.

Namun, kes pembunuhan dan penculikan malah keganasan etnik, mazhab dan politik tidak pernah berhenti di Karachi. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved