Ahad, 18 Ogos 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tentera serbu Masjid Al-Fatah

Posted:

Tentera serbu Masjid Al-Fatah

Tentera serbu Masjid Al-Fatah

REUTERS
ANGGOTA-ANGGOTA tentera memasuki sebuah bilik di Masjid Al-Fatah yang menjadi tempat penunjuk perasaan berlindung semalam.


KAHERAH - Pasukan keselamatan memasuki sebuah masjid di ibu negara Mesir di sini selepas berbalas tembakan dengan penyokong Presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi semalam.

Siaran langsung televisyen tempatan menunjukkan beberapa kumpulan individu meninggalkan Masjid Al-Fatah dengan dilindungi anggota polis dan tentera.

Laporan televisyen menyatakan, sejumlah penyokong Morsi bersembunyi di beberapa menara masjid itu dan melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan yang berkawal di kawasan sekitarnya.

Anggota polis dan tentera kemudian membalas tembakan mereka.

Pasukan keselamatan kemudian menawan menara-menara tersebut.

Setakat ini, belum ada laporan berhubung kematian dan kecederaan dalam insiden itu.

Terdahulu, beberapa anggota tentera dilihat memasuki masjid berkenaan yang menjadi tempat perlindungan beberapa ratus penyokong Morsi.

Saluran televisyen tempatan, Egyptian ONTV Live melaporkan anggota-anggota tentera itu cuba berunding untuk memujuk penunjuk perasaan itu supaya beredar.

Seorang penunjuk perasaan di dalam Masjid Al-Fatah memberitahu agensi berita AFP melalui telefon bahawa mereka menuntut agar tidak ditangkap atau diserang oleh kumpulan penyokong kerajaan sementara yang berhimpun di luar masjid.

Perkembangan itu berlaku setelah lebih 100 nyawa melayang dalam pertumpahan darah antara penunjuk perasaan yang setia kepada Morsi dengan pasukan keselamatan kelmarin,.

Situasi yang semakin buruk itu menjadikan Mesir di ambang huru-hara.

Dalam pada itu, pihak berkuasa menangkap lebih 1,000 pemimpin dan ahli pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin semalam.

Pergerakan Islam itu merupakan penyokong kuat Morsi.

"Seramai 1,004 "elemen" Ikhwanul Muslimin telah ditangkap kerana melakukan keganasan dalam pertempuran yang mengorbankan 700 orang sejak Rabu lalu," kata kementerian berkenaan dalam satu kenyataan.

Ikhwanul Muslimin yang menguasai Mesir selama setahun sehingga Morsi digulingkan oleh tentera turut menggesa penyokongnya kembali mengadakan protes jalanan.

Demonstrasi tersebut bagi mengecam rampasan kuasa tentera dan mengutuk kekejaman pasukan keselamatan dalam menangani kebangkitan rakyat.

Terbaharu, Perdana Menteri Mesir, Hazem El-Beblawi mengusulkan supaya pergerakan Ikhwanul Muslimin dibubarkan secara rasmi.

"Cadangan tersebut sedang dikaji," kata Menteri Hal Ehwal Masyarakat, Sherif Shawky. - Agensi

Nahas feri di Filipina ragut 31 nyawa

Posted:

Nahas feri di Filipina ragut 31 nyawa

Nahas feri di Filipina ragut 31 nyawa


ANGGOTA tentera laut menaikkan satu mayat yang ditemui selepas nahas berkenaan.


TALISAY - Sekurang-kurangnya 31 orang maut manakala lebih 172 lagi hilang selepas feri yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah kapal kontena di perairan bandar ini, dalam wilayah Cebu, tengah Filipina kelmarin.

Beratus-ratus penumpang terjun ke laut dalam kemalangan tersebut dengan selebihnya terperangkap di dalam feri penumpang sepanjang 138 meter itu.

Setakat semalam, pasukan penyelam telah menangguhkan operasi mencari penumpang yang hilang.

Mengulas kemalangan dahsyat itu, Timbalan Ketua Pengawal Pantai, Luis Tuason berkata, kapten feri MV Thomas Aquinas itu mengarahkan feri tersebut dikosongkan apabila ia senget dan mula karam.

Feri itu sedang dalam perjalanan menuju ke pelabuhan di sini apabila ia berlanggar dengan kapal MV Sulpicio Express.

MV Thomas Aquinas karam hanya beberapa minit selepas berlanggar dengan kapal tersebut.

Semasa kejadian, feri itu membawa seramai 752 penumpang termasuk kanak-kanak dan bayi serta 118 kru.

Setakat ini, seramai 629 penumpang dan kru dilapor berjaya diselamatkan.

"Seramai 172 orang masih hilang dengan sebahagian mereka dikhuatiri terperangkap di dalam feri pada kedalaman 33 meter di dasar laut," kata Tuason.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Filipina memberitahu, satu siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas selepas operasi menyelamat berakhir.

Seorang penumpang yang terselamat, Jerwin Agudong berkata, feri MV Thomas Aquinas karam sekitar 30 minit selepas belayar dari bandar Nasipit, dalam wilayah Agusan del Sur di selatan Filipina.

Sementara itu, pemilik kapal kargo berkenaan, Span Asia Carrier Corp. menyatakan semalam bahawa kapal-kapal syarikat berkenaan pernah terlibat dalam empat lagi tragedi yang meragut lebih 5,00 nyawa sejak 1987. - Agensi

Tambahan 1,000 jam kerja komuniti untuk Chris Brown

Posted:

Tambahan 1,000 jam kerja komuniti untuk Chris Brown

Tambahan 1,000 jam kerja komuniti untuk Chris Brown


CHRIS BROWN


LOS ANGELES - Penyanyi rap bermasalah, Chris Brown diperintah melakukan kerja komuniti selama 1,000 jam kelmarin.

Beberapa pegawai berkata, arahan mahkamah tersebut adalah berhubung kes dia memukul bekas kekasihnya, Rihanna pada 2009.

Perintah tambahan kerja komuniti itu diputuskan oleh hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat, James Brandlin.

Sebelum ini, Brown telah dijatuhi hukuman melakukan kerja komuniti selama 180 hari berhubung kes sama.

Antara kerja khidmat masyarakat yang akan dilakukan oleh bintang rap itu, kata hakim, termasuk membersihkan jalan dan pantai serta memadam contengan pada dinding.

Perintah terbabit hadir selepas pihak pendakwa raya mempertikai sama ada Brown telah menamatkan kerja komuniti selama 180 hari seperti yang diperintahkan.

Pada 2009, penyanyi lagu With You itu mengaku bersalah memukul penyanyi popular, Rihanna menjelang Anugerah Grammy di sini. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved