Isnin, 8 Julai 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


500 ekor lembu import melalui Perlis untuk Aidilfitri

Posted:

500 ekor lembu import melalui Perlis untuk Aidilfitri

500 ekor lembu import melalui Perlis untuk Aidilfitri

08/07/2013 8:00pm

PADANG BESAR - Sebanyak 500 ekor lembu akan dibawa masuk dari negara jiran melalui pusat kuarantin Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perlis untuk kegunaan negeri di utara Semenanjung semasa sambutan Aidilfitri kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Perlis, Ahmad Bakri Ali berkatam haiwan terbabit akan diagih untuk pasaran di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Bekalan ini bagi menampung keperluan semasa sambutan Aidilfitri, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurutnya setakat awal Julai ini, sebanyak 1,954 ekor lembu dibawa masuk menerusi pusat kuarantin itu berbanding keseluruhan 10,474 ekor sepanjang tahun lepas.

Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan pengimport agar mematuhi syarat permit import termasuk sijil kesihatan yang disahkan dari negara sumber. - Bernama

Pahang cadang naikkan kadar mas kahwin kepada RM150

Posted:

Pahang cadang naikkan kadar mas kahwin kepada RM150

Pahang cadang naikkan kadar mas kahwin kepada RM150

08/07/2013 6:54pm

KUANTAN - Kadar mas kahwin di Pahang berjumlah RM22.50 yang diamalkan sejak hampir 100 tahun lepas, dicadang dinaikkan kepada RM150.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Dan Adat Resam Melayu sedang meneliti perkara itu.

"Pihak kerajaan melalui Jaip (Jabatan Agama Islam Pahang) sedang meneliti perkara itu dan membuat cadangan dengan kadar baharu iaitu sebanyak RM150.

"Bagaimanapun perkara ini perlu dipersembahkan terlebih dahulu kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bagi mendapat perkenan baginda selaku Ketua Agama Negeri Pahang," katanya hari ini.

Beliau ditemui pemberita di luar dewan selepas menghadiri Persidangan Pertama Penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini.

Menurutnya, dengan mas kahwin RM22.50, pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga pada tahun-tahun 1920-an hingga 1930-an mampu membeli seekor kerbau yang berharga sekitar RM16 serta dua ekor anak kerbau berusia sebulan pada ketika itu.

Ini membolehkan pasangan berkenaan menggunakan haiwan berkenaan untuk menyara keluarga, katanya. - Bernama

Syarat minimum 7A untuk mohon jadi guru mulai tahun ini

Posted:

Syarat minimum 7A untuk mohon jadi guru mulai tahun ini

Syarat minimum 7A untuk mohon jadi guru mulai tahun ini

08/07/2013 6:48pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baharu minimum 7A bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari semenanjung untuk memohon menceburi profesion perguruan bermula tahun ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kelonggaran minimum 5A diberikan kepada mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

Langkah itu bagi memartabatkan profesion perguruan di negara ini dan sejajar dengan hasrat kementerian mahukan 30 peratus lulusan SPM terbaik menyertai profesion itu, katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Ketika ini, syarat asas mendapat cemerlang sekurang-kurangnya dalam tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris selain kelayakan khusus bagi bidang pengajian yang dipohon.

Sementara itu, Idris berkata kementerian juga sedang mengkaji bagaimana untuk meringankan beban guru dalam pelaksanaan sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) selain daripada menambah bilangan pembantu guru seperti yang telah dilaksanakan di Kedah dan Sabah.

Katanya, antara perkara yang diambil kira ialah penyediaan laporan yang tidak perlu terlalu banyak perincian dalam membuat penilaian mereka. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved