Rabu, 31 Julai 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Ops Selamat 3: Had laju jalan persekutuan, jalan negeri dikurangkan 10km/j

Posted:

Ops Selamat 3: Had laju jalan persekutuan, jalan negeri dikurangkan 10km/j

Ops Selamat 3: Had laju jalan persekutuan, jalan negeri dikurangkan 10km/j

31/07/2013 9:48pm

KUALA LUMPUR - Pengurangan had laju 10 kilometer sejam (km/j) di jalan persekutuan dan negeri di seluruh negara akan dilaksanakan sepanjang Ops Selamat 3 yang bermula esok hingga 18 Ogos ini sempena Aidilfitri.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata sepanjang tempoh itu, kelajuan di jalan persekutuan akan diturunkan kepada 80km/j berbanding 90km/j manakala had laju di jalan negeri ialah 70km/j berbanding 80km/j sebelum ini.

"Pengurangan had laju ini adalah bagi memastikan keselamatan pengguna semasa pulang ke kampung dan kami berharap pengguna dapat mematuhi had laju yang ditetapkan itu," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama mahasiswa Sarawak di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.

Selain itu Fadillah juga memaklumkan bahawa pihaknya telah mengarahkan kerja-kerja membaiki jalan raya termasuk yang dilakukan syarikat konsesi lebuh raya turut dihentikan sepanjang Ops Selamat 3 bagi memastikan keselesaan pengguna dan kelancaran trafik. - Bernama

Shafie sambut baik cadangan perkenal semula ISA

Posted:

Shafie sambut baik cadangan perkenal semula ISA

Shafie sambut baik cadangan perkenal semula ISA

31/07/2013 9:19pm

PUTRAJAYA - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan tetapi ia perlukan kajian mendalam dan mendapatkan pandangan semua pihak.

Beliau berkata, kadar jenayah yang semakin meningkat sekarang memang ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan ISA dan kerajaan perlu mewujudkan langkah-langkah terbaik bagi menanganinya.

Katanya cadangan untuk memperkenalkan ISA harus dikaji dan dibincangkan semua pihak berkaitan kerana sekiranya keselamatan negara terjejas ia bakal memberi kesan negatif kepada keyakinan rakyat dan juga sektor pelancongan.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kementerian dan Syamille Agro Farm Sdn Bhd bagi projek ternakan lebah kelulut di sini hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa peratusan besar jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan. - Bernama

CIQ bakal dilengkapi alat pengimbas termoden - Wan Junaidi

Posted:

CIQ bakal dilengkapi alat pengimbas termoden - Wan Junaidi

CIQ bakal dilengkapi alat pengimbas termoden - Wan Junaidi

31/07/2013 9:11pm

MIRI - Kerajaan bercadang memasang alat pengimbas termoden di semua Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) untuk memantapkan kawalan sempadan negara terutama bagi mencegah penyeludupan senjata.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, walaupun CIQ kini dilengkapi alat pengimbas namun masih tidak memadai kerana ada CIQ mencatat kadar kemasukan kenderaan yang tinggi seperti di Sungai Golok Kelantan.

"CIQ Sungai Golok mencatat lebih 1,800 kemasukan lori sehari namun alat pengimbas di sana mengambil masa dua jam untuk mengimbas sebuah lori.

"Buat masa ini Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Pelabuhan Klang mempunyai sistem alat imbasan termoden di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek saguhati khas kepada 32 pesara polis yang bertugas masa darurat komunis di Sarawak, di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata, keperluan memasang alat pengimbas termoden adalah antara maklum balas yang diterimanya semasa melawat CIQ di Semenanjung Tanah Melayu baru-baru ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved