Sabtu, 13 Julai 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Piya berada dalam zon bahaya

Posted:

Piya berada dalam zon bahaya

Piya berada dalam zon bahaya

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

PIYA mengangkat sembah kepada Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra ketika aksi final Piala FA, 29 Jun lalu.


KAPTEN Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi atau Piya bakal berdepan tindakan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran kegagalannya melaporkan diri untuk sesi latihan Harimau Malaya yang bermula kelmarin.

Pengurus Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal menegaskan, perancang The Red Warriors itu akan diberikan surat tunjuk sebab kerana masih tidak menyertai kem latihan tanpa memberi sebarang alasan.

Menurut Subahan, setiap pemain yang disenaraikan bagi mengikuti kem latihan Harimau Malaya di bawah kendalian jurulatih, Datuk K. Rajagobal wajib melaporkan diri meskipun ditimpa masalah kecederaan.

"Mana-mana pemain cedera, harus melaporkan diri terlebih dahulu dan pegawai fisioterapi pasukan akan memeriksa tahap kecederaan mereka.

"Apabila isu ini timbul, ramai yang menuding jari kepada kami kenapa tidak memanggil pemain ini (Badhri).

"Ada beberapa kali kami panggil pemain ini tetapi kadang-kadang mereka tidak mahu datang tetapi kami tidak guna kuasa yang ada, sebab kami hanya mahu pemain yang benar-benar berminat (menyertai Harimau Malaya).

"Namun, kami akan gunakan peruntukan sedia ada untuk mengambil tindakan kepada pemain yang tidak hadir tanpa alasan kukuh.

"Bagi kes Badhri, kami masih berlaku adil dan akan menghantar surat tunjuk sebab kepada dia esok (hari ini)," kata Subahan ketika ditemui pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya tidak melaporkan diri mengikuti kem latihan Harimau Malaya sejak Khamis lalu.

Difahamkan, Piya ditimpa masalah hamstring selain mengalami masalah kelewatan penerbangan yang menjadi punca mengapa pemain berusia 31 tahun itu tidak bersama Harimau Malaya ketika ini.

Piya turut tidak menyertai Harimau Malaya ketika menjalani siri perlawanan persahabatan di Australia bulan lalu gara-gara masalah kecederaan.

Untuk rekod, Piya sekadar membuat dua penampilan bersama Harimau Malaya ketika tewas 1-4 kepada Arab Saudi (17 Mac) dan mengalahkan Yemen 2-1 (22 Mac).

Dalam perkembangan sama, Rajagobal memberitahu: "Kita mahu tahu apa sebab kenapa Piya tidak hadir sebelum buat sebarang kesimpulan.

"Saya akan meminta penjelasan daripada Piya atau Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kerana itu adalah polisi FAM," katanya.

Chelsea tampil barisan bintang

Posted:

Chelsea tampil barisan bintang

Chelsea tampil barisan bintang

IMBAS... Mourinho (tengah) bersama Terry (kanan) dan Lampard meraikan kejayaan Chelsea menjuarai Liga Perdana England pada 2010.


TRIO Chelsea - John Terry, Frank Lampard dan Petr Cech disahkan antara bintang The Blues yang turut serta dalam Jelajah Asia Chelsea 2013.

Sebelum ini, pengendali Chelsea, Jose Mourinho telah berjanji untuk membawa barisan terbaiknya pada siri jelajah tersebut sebelum The Blues memulakan kempen baharu 2013/2014.

Selain ketiga-tiga tonggak Chelsea itu, Mourinho turut membariskan beberapa lagi bintang utama, antaranya Gary Cahill, Michael Essien, Eden Hazard, Ashley Cole, Branislav Ivanovic, Ramires selain dua muka baharu, Andre Schurrle, dan Marco van Ginkel.

Chelsea akan memulakan jelajah itu yang dinamakan 'Here to Play, Here to Stay' Asia 2013 di Bangkok, Thailand diikuti Kuala Lumpur dan Indonesia, Jakarta.

Bagaimanapun, tumpuan peminat bola sepak tanah air sudah pasti terarah kepada bintang-bintang Chelsea yang akan mula 'berkampung' di Kuala Lumpur pada 18 Julai ini.

Chelsea akan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Shah Alam pada 21 Julai dengan sepak mula dijadualkan bermula pukul 9.45 malam.

"Saya berasa amat gembira kerana Chelsea membawa barisan pemain bintang mereka pada jelajah kali ini.

"Ini adalah berita baik buat semua peminat Chelsea di Malaysia. Para peminat di Malaysia harus memastikan mereka tidak terlepas peluang ini.

"Saya berharap mereka membeli tiket perlawanan persahabatan itu lebih awal bagi mengelak terlepas menyaksikan aksi tersebut," kata Pengarah Urusan ProEvents Sdn. Bhd., San Boon Wah.

Setakat ini lebih 30,000 tiket perlawanan persahabatan itu telah dijual dan kini ada baki 20,000 tiket lagi yang boleh dibeli peminat.

Tiket tersebut dijual pada harga RM58, RM88, RM108, RM308 dan RM408

Kunjungan The Blues ke Kuala Lumpur kali ini sekali lagi dibawakan khas oleh ProEvents dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Impak positif Hui Ern-Hui Lin

Posted:

Impak positif Hui Ern-Hui Lin

Impak positif Hui Ern-Hui Lin

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


HUI ERN (kanan) dan Hui Lin memperkuat cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Dunia di Guangzhou, China bulan depan.


JURULATIH beregu wanita negara, Rosman Razak menganggap kehadiran pasangan adik beradik, Ng Hui Ern-Ng Hui Lin telah meningkatkan lagi semangat serta kualiti kem latihan yang dilalui anak-anak buahnya.

Menurut Rosman, gandingan Hui Ern-Hui Lin telah menjadi rakan sepelatih yang baik kepada gandingan utama negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei menjelang Kejohanan Badminton Dunia 2013 di Guangzhou, China bulan depan.

"Walaupun baru dua minggu mereka (Hui Ern-Hui Lin) bersama kami, tetapi saya sudah dapat rasa kelainan kerana mereka telah menjadikan latihan kami berkualiti.

"Begitupun, dalam tempoh dua minggu ini saya lebih memberi tekanan kepada latihan fizikal, jadi semua pemain nampak penat," kata Rosman kepada Kosmo! semalam.

Hui Ern-Hui Lin keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 2011 kerana mereka menyambung pelajaran di Universiti Loughborough, England dalam bidang ekonomi.

Ditanya mengenai prestasi semasa satu lagi pasangan wanita negara, Goh Liu Ying-Lim Yin Loo yang turut melayakkan diri ke Kejohanan Dunia, Rosman berkata, kedua-dua pemain itu mempunyai sasaran yang lebih baik dalam acara beregu campuran.

"Liu Ying-Chan Peng Soon dan Yin Loo-Ong Jian Guo mampu meraih keputusan yang lebih baik dalam beregu campuran, jadi saya tidak boleh ganggu mereka.

"Sebab itulah saya katakan tadi kehadiran Hui Ern-Hui Lin telah menjadikan latihan kami berkualiti kerana hanya mereka yang mampu memberikan saingan kepada Vivian Hoo-Khe Wei.

"Jadi, setiap pemain harus menggunakan peluang berlatih bersama untuk memajukan diri masing-masing," jelas Rosman.

Beregu keempat wanita negara yang turut mengesahkan tempat ke Guangzhou ialah gandingan Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho.

"Saya gembira apabila mendapat tahu ada empat beregu wanita negara yang layak beraksi pada Kejohanan Dunia tahun ini.

"Sebelum ini, nak lepas satu beregu pun susah. "Apa yang penting sekarang ialah berlatih dengan cara yang lebih sistematik."

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved