Isnin, 8 Julai 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Sempat mengucap sebelum mati

Posted:

Sempat mengucap sebelum mati

Sempat mengucap sebelum mati

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

POLIS forensik mengusung mayat Hashim yang mati selepas terkena tiga das tembakan di Bachok semalam.


BACHOK - Seorang guru muzik hanya sempat memandu kereta jenis Mercedes C200 sejauh 50 meter keluar dari Sekolah Kebangsaan Beris Panchor sebelum dia menemui ajal akibat ditembak penjenayah bermotosikal ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Baru Kampung Panjang dekat sini semalam.

Kejadian pukul 1.40 petang di Kampung Beris Panchor itu mengakibatkan Hashim Mat Zain, 43, yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah berkenaan mati di tempat kejadian selepas terkena tiga das tembakan dari peluru jenis .38 di dada dan bahu.

Polis masih menyiasat motif kejadian namun pihak berkuasa itu tidak menolak kemungkinan hutang menjadi punca pembunuhan kerana semakan mendapati mangsa terlibat dalam perniagaan balak, jualan langsung dan kontrak kantin.

Sebaik ditembak di satu simpang yang terletak kira-kira 50 meter dari pintu pagar sekolah, kereta yang dipandu mangsa terbabas ke halaman dan melanggar tangga rumah milik Siti Aminah Abdullah, 53.

Rumah Siti Aminah terletak kira-kira 20 meter dari simpang berkenaan.

Mengimbau semula kejadian itu, Siti Aminah memberitahu, ketika dia sedang solat Zuhur, dia terdengar empat das tembakan sebelum disusuli dengan bunyi dentuman di depan rumah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Raja Azmi bertunang 15 Julai ini

Posted:

Raja Azmi bertunang 15 Julai ini

Raja Azmi bertunang 15 Julai ini

RAJA AZMI dan Eddie bakal mengikat tali pertunangan bulan ini.


KUALA LUMPUR - Penerbit filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Mohd. Eddie Ghazali pada 15 Julai ini.

Menurut Raja Azmi, 54, acara pertunangan tersebut bakal berlangsung di kediamannya di Ampang, Selangor kira-kira pukul 6 petang dan diikuti solat Maghrib berjemaah serta majlis berbuka puasa.

Penerbit filem ...Dalam Botol itu berkata, dia mengambil keputusan untuk bertunang dengan Eddie, 45, setelah didesak oleh anak-anak yang mahu melihat hubungan dia dengan kekasihnya itu menjadi lebih serius.

"Pada usia saya sekarang ini, sudah tentu tidak sesuai untuk bertunang tetapi menerusi perbincangan bersama anak-anak, mereka mendesak saya supaya ada ikatan yang lebih kuat antara saya dan Eddie.

"Tujuan mereka mendesak saya bertunang kerana mahu melihat sejauh mana Eddie serius dengan saya. Apabila saya menyatakan perkara ini kepada Eddie, akhirnya dia bersetuju untuk masuk meminang," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Campak mayat selepas bunuh

Posted:

Campak mayat selepas bunuh

Campak mayat selepas bunuh


ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang wanita warga asing yang ditemui di dalam kebun durian di Balik Pulau semalam.


BALIK PULAU - Seorang wanita menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila lehernya dikelar sebelum mayatnya yang memakai baju T dan seluar dalam hitam dicampak di dalam sebuah kebun durian hingga tersangkut pada pagar Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) White Resort, Bukit Genting di sini semalam.

Mayat wanita berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu ditemui oleh seorang pekerja yang sedang memungut durian di kebun tersebut pada pukul 8.30 pagi. Dia yang tergamam telah memberitahu majikannya sebelum menghubungi polis.

Polis percaya, mangsa telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak dari jalan dekat cerun bukit di situ. Jarak antara lokasi mayat ditemui dan jalan terbabit kira-kira 10 meter.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, pemeriksaan menemui kesan luka di belakang kepala, leher dan kelar di leher sepanjang 10 sentimeter.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved