Isnin, 8 Julai 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Bengkel penyembelihan cara Islam di DPP Fasa 1, Kajang

Posted:

Bengkel penyembelihan cara Islam di DPP Fasa 1, Kajang

Bengkel penyembelihan cara Islam di DPP Fasa 1, Kajang

SEBAHAGIAN daripada para peserta program Bengkel Penyembelihan dan Pengurusan Haiwan Sembelihan Mengikut Cara Islam di DPP Fasa 1, Kajang, Selangor baru-baru ini.


MANFAAT. Kira-kira 50 peserta menyertai Bengkel Penyembelihan dan Pengurusan Haiwan Sembelihan Mengikut Cara Islam yang diadakan di pekarangan Surau-Al-Hijrah, Desa Pinggiran Putra (DPP) Fasa 1, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Bengkel sehari yang julung kali diadakan itu dikendalikan oleh Penolong Pengarah, Bahagian Hub Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Muhamad Khalis Muhamad Arof.

Melalui bengkel tersebut, para peserta diajar mengenai cara-cara menumbangkan lembu, menyembelih, melapah dan menguruskan daging serta tulang haiwan berkenaan.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga DPP Fasa 1, Muhammad Hassan berkata, antara objektif utama bengkel ini ialah untuk melahirkan kumpulan penyembelih muda yang mahir mengenai kaedah penyembelihan Islam.

Lawatan rasmi pertama Hasan tinjau operasi SSM

Posted:

Lawatan rasmi pertama Hasan tinjau operasi SSM

Lawatan rasmi pertama Hasan tinjau operasi SSM


HASAN (dua dari kiri) menandatangani plak khas semasa membuat lawatan pertama ke ibu pejabat SSM di Kuala Lumpur baru-baru ini.


MESRA. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerima kunjungan rasmi buat kali pertama daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek di Menara SSM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lawatan kerja tersebut bertujuan mengeratkan hubungan antara kakitangan supaya berusaha menjadikan SSM sebagai salah sebuah organisasi bertaraf dunia.

"Pada hari ini, saya dapat melihat kesungguhan dan kredibiliti seluruh kakitangan SSM dalam menjalankan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

"Ini merupakan satu prestasi yang sangat membanggakan dan saya berharap mereka bukan setakat mengekalkan momentum yang sedia ada, malah memperbaiki perkhidmatan dari semasa ke semasa," kata Hasan.

Turut hadir ialah timbalannya, Datuk Ahmad Bashah Ahmad Hanipah dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Mohd. Naim Daruwish.

Hospital Columbia Asia rai ahli

Posted:

Hospital Columbia Asia rai ahli

Hospital Columbia Asia rai ahli


SEBAHAGIAN kanak-kanak dihiburkan oleh seorang badut pada majlis penghargaan pemegang kad Columbia Kids di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.


RAI. Hospital Columbia Asia Seremban, Negeri Sembilan meraikan pemegang kad Columbia Kids bagi menghargai sokongan ahli-ahlinya kepada perkhidmatan hospital swasta berkenaan baru-baru ini.

Pengurus besarnya, Lee Hui Chuen berkata, sejak kad berkenaan diperkenalkan pada tahun 2007, pihaknya kini mempunyai sebanyak 3,500 ahli.

Katanya, pemegang kad itu menerima keistimewaan seperti diskaun pada bil hospital sebagai pesakit luar dan caj rawatan selain diskaun bagi pembelian makanan di kafetaria hospital.

"Kelab Columbia Kids ini juga memberikan keahlian percuma kepada bayi yang dilahirkan di hospital ini serta dijemput menghadiri sebarang majlis dan aktiviti serta memastikan bayi dan ibunya memperoleh keistimewaan yang boleh ditawarkan oleh kami," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved