Rabu, 31 Julai 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pengakap Perak masak 16 periuk bubur lambuk

Posted:

Pengakap Perak masak 16 periuk bubur lambuk

Pengakap Perak masak 16 periuk bubur lambuk

SHAMSUDIN (tengah) menyampaikan bubur lambuk dan akhbar Kosmo! kepada orang ramai sempena Karnival Bubur Lambuk anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia cawangan Perak di Bidor baru-baru ini.


AGIH. Persekutuan Pengakap Malaysia cawangan Perak menganjurkan Karnival Bubur Lambuk yang diadakan di pekarangan Surau Kampung Simpang Tiga, Bidor, Perak baru-baru ini.

Pesuruhjaya Pengakap Perak, Ahmad Azam Shah Abd. Majid berkata, seramai 160 sukarelawan terdiri daripada anggota pengakap pelbagai kaum di seluruh negeri tersebut telah bergotong-royong memasak sebanyak 16 periuk bubur lambuk.

Karnival kali ketiga anjuran badan beruniform berkenaan telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil Negeri Perak, Datuk Shamsudin Abu Hassan.

"Sebanyak 3,000 bungkus bubur lambuk yang dimasak mengikut resipi istimewa daripada Persatuan Chef Perak itu kemudiannya diagihkan secara percuma kepada penduduk yang berada di sekitar kawasan Bidor, Tapah, Sungkai dan Slim River," katanya.

Mara beri khidmat gunting rambut secara percuma

Posted:

Mara beri khidmat gunting rambut secara percuma

Mara beri khidmat gunting rambut secara percuma


MOHD. ZAIN (tiga dari kanan) turut menunjukkan kemahiran menggunting rambut sambil diperhatikan pelatih GiatMara di Penaga baru-baru ini.


PERSIAPAN. Seramai 50 penduduk daripada pelbagai peringkat umur menyertai program gunting rambut secara percuma anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) Pulau Pinang di Penaga baru-baru ini.

Program 'Dekat Di hati Bersama Mara' itu dikendalikan oleh tenaga pengajar dan pelatih GiatMara Tasek Gelugor.

Program yang bermula dari pukul 9 pagi hingga pukul 5 petang itu bertujuan meringankan beban keluarga berpendapatan rendah mempersiapkan diri untuk menyambut ketibaan hari lebaran.

Turut serta memeriahkan program itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Mohd. Zain Ahmad; Pengarah Mara negeri, Yahaya Sani dan isteri Ahli Parlimen Kepala Batas, Datin Ismalina Ismail.

Selain itu setiap peserta turut menerima sumbangan bubur lambuk yang disediakan oleh Mara negeri.

ASAS kumpul 120 bekas pelajar untuk berbuka puasa

Posted:

ASAS kumpul 120 bekas pelajar untuk berbuka puasa

ASAS kumpul 120 bekas pelajar untuk berbuka puasa


ABU BAKAR (duduk tiga dari kiri) dan Zainuddin (berdiri dua dari kiri) beramah mesra dengan pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah pada majlis berbuka puasa di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.


BERKUMPUL. Sempena 50 tahun penubuhan Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS), sebanyak 120 bekas pelajar sekolah berkenaan hadir untuk berbuka puasa beramai-ramai.

Menurut Presiden ASAS, Profesor Datuk Zainuddin Md. Wazir, majlis berbuka puasa kali ini amat istimewa kerana ahli ASAS berkumpul di bangunan lama sekolah tersebut yang kini menempatkan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur.

Sekolah Alam Shah kini berlokasi di Putrajaya selepas berpindah pada tahun 2003.

"ASAS mempunyai kira-kira 3,000 orang ahli terdiri daripada pelbagai jawatan," katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah yang juga ahli ASAS.

Selain berbuka dan mengerjakan solat bersama, majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved