Selasa, 16 Julai 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Beblawi umum pemegang jawatan menteri kanan Mesir

Posted:

Beblawi umum pemegang jawatan menteri kanan Mesir

Beblawi umum pemegang jawatan menteri kanan Mesir

HAZEM EL-BEBLAWI


KAHERAH - Perdana Menteri sementara Mesir, Hazem El-Beblawi telah mengisi beberapa jawatan kanan menteri kabinet di negara itu kelmarin bagi mengembalikan pemerintahan awam berikutan penyingkiran bekas Presiden, Mohammed Morsi pada 3 Julai lalu.

El-Beblawi, 76, seorang pakar ekonomi dilantik sebagai perdana menteri sementara pada minggu lepas untuk mengambil alih pentadbiran di bawah perlembagaan sementara hingga pilihan raya parlimen diadakan sekitar enam bulan lagi.

Beliau melantik seorang pakar ekonomi lulusan Universiti Boston, Amerika Syarikat (AS), Ahmed Galal sebagai menteri kewangan.

Bekas duta Mesir ke AS, Nabil Fahmy pula dilantik memegang portfolio menteri luar.

Dalam pada itu, bekas diplomat kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Mohamed ElBaradei mengangkat sumpah sebagai timbalan presiden, jawatan yang ditawarkan kepadanya pada minggu lepas.

Tiada keganasan jalanan yang serius sejak seminggu lalu hingga kelmarin.

Beberapa hari selepas penyingkiran Morsi, pertempuran di antara tentera, penyokong Morsi serta penentang bekas presiden itu mengorbankan lebih 90 orang.

Sementara itu, Ketua Tentera, jeneral Abdel Fattah al-Sisi dalam ucapannya di hadapan sejumlah pegawai tentera kelmarin memberikan kewajaran rampasan kuasa tersebut.

Katanya, Morsi telah kehilangan legitimasi disebabkan oleh demonstrasi besar-besaran terhadapnya.

Abdel Fattah menyatakan beliau cuba mengelak untuk mengambil tindakan unilateral apabila meminta Morsi mengadakan pungutan suara. Namun, cadangan itu ditolak. - Reuters

Emma Watson serius bercinta

Posted:

Emma Watson serius bercinta

Emma Watson serius bercinta


EMMA WATSON serius bercinta dengan penyanyi, Will Adamowicz.


LOS ANGELES - Aktres jelita, Emma Watson didakwa sudah bersedia menjalinkan hubungan serius dengan teman lelakinya, Will Adamowicz selepas dua tahun bersama.

Sumber yang rapat dengannya memberitahu majalah hiburan Star Magazine bahawa Watson, 23, telah membawa kekasihnya mengunjungi beberapa kedai barangan kemas baru-baru ini.

"Watson mahu membeli cincin berlian yang dilihatnya di internet," kata sumber itu.

Menurutnya, Adamowicz seorang yang pemalu dan tidak mempunyai bajet untuk membeli sebentuk cincin berlian yang mahal.

"Namun, tidak mengapa kerana Watson seorang gadis sederhana dan tidak memerlukan berlian yang besar," katanya.

Pasangan itu berkenalan ketika mereka belajar subjek bahasa Inggeris di Universiti Oxford.

Mereka sering dilihat bersama sejak Festival Muzik dan Seni Coachella di California tahun lalu - Agensi.

Enam pekerja intip rekod Kim Kardashian dipecat

Posted:

Enam pekerja intip rekod Kim Kardashian dipecat

Enam pekerja intip rekod Kim Kardashian dipecat


GAMBAR fail 22 Oktober 2012 menunjukkan penyanyi Kanye West dan teman wanitanya, Kim Kardashian menghadiri satu acara amal di New York. - Agensi


LOS ANGELES - Enam pekerja Pusat Perubatan Cedars-Sinai di sini dipecat kerana didapati mengakses rekod perubatan bintang realiti televisyen, Kim Kardashian.

Portal hiburan TMZ.com melaporkan Kardashian melahirkan bayi pertamanya bersama penyanyi popular, Kanye West pada 15 Jun lalu.

Jurucakap pusat perubatan Cedars-Sinai, Sandy Van berkata, kejadian mengintip rekod perubatan Kardashian itu berlaku antara 18 Jun hingga 24 Jun lalu untuk mendapatkan maklumat berhubung bayi tersebut bagi tujuan komersial.

Menurutnya, seramai lima orang dikesan terlibat dalam perbuatan tersebut.

Menurut Persatuan Perubatan Amerika Syarikat, kesalahan mengakses rekod pesakit tanpa kebenaran boleh menyebabkan pesalah didenda AS$50,000 (RM158,000) dan mungkin dikenakan tuduhan jenayah. - Agensi.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved