Selasa, 25 Jun 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Aidil tetap kena gantung

Posted:

Aidil tetap kena gantung

Aidil tetap kena gantung

25/06/2013 9:36pm

KUALA LUMPUR - Tonggak pertahanan Johor Darul Takzim (Johor DT), Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak sudah boleh melupakan aksi final Piala FA Sabtu ini.

Ini kerana hukuman penggantungan dua perlawanan ke atas bekas kapten skuad Harimau Malaya itu dikekalkan.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufek Razak hari ini.

"Jawatankuasa Tatatertib FAM menggunakan segala peruntukan sedia ada.

"Hukuman terhadap mana-mana pemain yang menerima dua kuning, digantung satu perlawanan atau menerima satu kad merah (digantung dua perlawanan) adalah kekal," kata Taufek di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini. - KOSMO!

Isu keselamatan dunia siber jadi tumpuan DSA tahun depan

Posted:

Isu keselamatan dunia siber jadi tumpuan DSA tahun depan

Isu keselamatan dunia siber jadi tumpuan DSA tahun depan

25/06/2013 9:18pm

KUALA LUMPUR - Isu keselamatan dunia siber bakal menjadi tumpuan perbincangan pada Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia ke-14 (DSA14) yang akan diadakan di sini selama empat hari mulai 14 April tahun depan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, negara ini boleh menjadi mangsa serangan siber sekiranya rakyat termasuk pihak berkuasa keselamatan masih memandang ringan tentang ancamannya sekarang.

Beliau berkata, biarpun ancaman yang dihadapi Malaysia ketika ini masih belum

lagi mencapai tahap kritikal namun rakyat perlu belajar daripada situasi yang

telah berlaku di negara-negara lain yang pernah dilanda serangan siber.

"Amerika Syarikat contohnya pernah mengalami maklumat negara bocor dan

kemudian dirasai pula di Moscow (Rusia) dan Equador.

"Justeru itu, ancaman-ancaman ini perlu diambil kira kerana melibatkan maklumat rahsia kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program DSA-14 di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, di sini hari ini. - Bernama

Jerebu: Sekolah di daerah Klang, Petaling Perdana dan Manjung ditutup esok

Posted:

Jerebu: Sekolah di daerah Klang, Petaling Perdana dan Manjung ditutup esok

Jerebu: Sekolah di daerah Klang, Petaling Perdana dan Manjung ditutup esok

25/06/2013 8:58pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan sekolah-sekolah yang terletak di kawasan terjejas akibat jerebu dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 300 wajib ditutup secara automatik tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada KPM.

Bagaimanapun, sekiranya bacaan IPU melebihi 250, penutupan sekolah boleh dibuat dengan memaklumkan perkara tersebut terlebih dahulu kepada KPM.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Ab. Ghafar Mahmud berkata, berdasarkan bacaan IPU pada pukul 5 petang tadi, terdapat tiga kawasan yang bacaan mencecah melebihi 250.

"Kawasan-kawasan yang terlibat ialah di daerah Klang dan Petaling Perdana di Selangor serta di Manjung, Perak.

"Sehubungan itu, Pengarah Pelajaran Negeri berkenaan telah dimaklumkan tentang penutupan sekolah pada tarikh 26 Jun (esok)," katanya dalam satu kenyataaan di sini hari ini. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved