Isnin, 3 Jun 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tanda Putera ditayang 29 Ogos

Posted:

Tanda Putera ditayang 29 Ogos

Tanda Putera ditayang 29 Ogos

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
hafizi.ahmad@kosmo.com.my

SALAH satu adegan filem Tanda Putera yang akan ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos nanti.


KUALA LUMPUR - Filem Tanda Putera yang menimbulkan kontroversi ekoran memaparkan adegan rusuhan kaum bakal ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan penerbit filem serta pihak pengurusan pawagam.

Jelas beliau, sudah tiba masanya untuk filem yang masih belum ditayangkan itu menemui penonton kerana ia menceritakan sejarah negara.

"Sebelum ini filem Tanda Putera ditangguhkan walaupun telah siap lebih setahun lalu kerana didakwa mengandungi adegan kontroversi. Selepas itu ia ditangguhkan pula kerana Pilihan Raya Umum ke-13.

"Selepas perbincangan dilakukan, semua pihak bersetuju agar ia ditayangkan pada 29 Ogos depan. Bagi saya, lebih cepat tayang lebih bagus," katanya selepas melakukan lawatan ke Finas di sini semalam.

Turut hadir timbalannya, Datuk Jailani Johari dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pengarah, pelakon lega filem ke pawagam

Posted:

Pengarah, pelakon lega filem ke pawagam

Pengarah, pelakon lega filem ke pawagam

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Pengarah Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba lega dengan keputusan kerajaan membenarkan filem itu ditayangkan kepada umum mulai 29 Ogos depan.

Shuhaimi berkata, dia kini umpama 'terjaga daripada mimpi ngeri' dan bersyukur kerana filem itu akhirnya bakal memasuki pawagam.

Dia kini tidak sabar menunggu surat pengesahan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebelum memulakan operasi pemasaran filem itu.

"Alhamdulillah, ini satu berita gembira kepada kami yang telah menunggu lama untuk filem itu ditayangkan.

"Saya harap semua peminat termasuk mereka yang prejudis terhadap filem Tanda Putera supaya datang menonton bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenaikarya kami itu," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Doktor didakwa cabul wanita 50 tahun

Posted:

Doktor didakwa cabul wanita 50 tahun

Doktor didakwa cabul wanita 50 tahun

DR. ALAGARATHAM meninggalkan Mahkamah Majistret Ipoh semalam selepas didakwa mencabul seorang ahli perniagaan.


IPOH – Seorang doktor perubatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita berusia 50 tahun di kliniknya dua minggu lalu.

Tertuduh, Dr. T. A. Alagaratham Sivarajah, 63, didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas ahli perniagaan wanita itu sewaktu mangsa berada di Poliklinik Simpang Pulai, Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini antara pukul 11.30 pagi hingga 12 tengah hari pada 22 Mei lalu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan terhadap mangsa dengan niat mencabul wanita itu.

Semasa kejadian Alagaratham yang berada di dalam bilik rawat bersama mangsa dituduh memeluk pinggang, mencium bibir dan menyelak baju mangsa sehingga menampakkan pakaian dalam.

Sebelum itu, ahli perniagaan itu sedang menguruskan beberapa pekerja asing untuk menjalani pemeriksaan Agensi Pengawasan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) di klinik milik Alagaratham.

Wanita itu menceritakan kepada suaminya mengenai kejadian itu lima hari kemudian sebelum membuat laporan polis.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved