Selasa, 25 Jun 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Anak Datuk bebas tuduhan bunuh

Posted:

Anak Datuk bebas tuduhan bunuh

Anak Datuk bebas tuduhan bunuh

AH SAU ditenangkan oleh ahli keluarganya selepas Mahkamah Tinggi Alor Setar membebaskan Shahril yang dituduh membunuh anaknya.


ALOR SETAR - Seorang lelaki bertindak cuba terjun dari tingkat dua bangunan Kompleks Mahkamah Alor Setar semalam sejurus Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan tertuduh kes bunuh melibatkan anak perempuannya tujuh tahun lalu.

Bagaimanapun, tindakan pantas wartawan dan jurugambar berjaya menghalang niat Chee Ah Sau, 57, sebelum dia ditenteramkan ahli keluarga lain dan meninggalkan bangunan tersebut. Kejadian itu berlaku pada pukul 11 pagi.

Sebelum itu, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab yang bersidang di Mahkamah Tinggi di sini melepaskan dan membebaskan ahli perniagaan, Shahril Jaafar, 32, selepas mendapati tiada kes prima facie atas tuduhan membunuh eksekutif pemasaran, Chee Gaik Yap yang berusia 25 tahun ketika kejadian.

Mayat Gaik Yap ditemui dalam keadaan separuh bogel dipercayai dibunuh dan dirogol di kawasan perumahan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, tujuh tahun lalu.

Menurut Mohd. Zaki, mangsa didapati mati akibat luka di leher namun tiada langsung keterangan pihak pendakwa ia dilakukan oleh tertuduh.

"Pendakwaan terpaksa bergantung kepada keterangan mengikut keadaan bagi membuktikan fakta itu seperti tertuduh tinggal berhampiran tempat kejadian dan keluarga tertuduh mempunyai sebuah kereta bercermin gelap yang dilihat dipandu laju semasa kehilangan mangsa.

"Namun ia tidak cukup kuat untuk mengaitkan tertuduh dengan pembunuhan tersebut. Laporan DNA juga menunjukkan terdapat kehadiran orang ketiga yang terlibat dan oleh itu mahkamah mendapati pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

5 syarikat punca jerebu

Posted:

5 syarikat punca jerebu

5 syarikat punca jerebu


SEBAHAGIAN anggota bomba dan tentera Indonesia yang ditugaskan memadam kebakaran di Sumatera mendengar taklimat di sebuah pangkalan udara di Jakarta semalam.


KUALA LUMPUR - Persidangan Meja Bulat Mengenai Kelestarian Minyak Sawit (RSPO) mengenal pasti lima syarikat termasuk tiga syarikat Malaysia yang didakwa terlibat membakar hutan secara haram di Indonesia.

Tiga syarikat Malaysia terbabit ialah TH Plantations Bhd., Kuala Lumpur Kepong Bhd. dan Sime Darby Bhd., manakala dua lagi merupakan syarikat republik tersebut, PT Jatim Jaya Perkasa dan syarikat Sinar Mas.

Setiausaha Agung RSPO, Darrel Webber berkata, semua syarikat itu diarah mengemukakan peta-peta digital mengenai perladangan mereka yang terletak di Kalimantan dan Sumatera dalam tempoh 48 jam untuk disiasat.

"Peta-peta itu akan dinilai dan dianalisis dengan pemetaan yang diterbitkan mengenai kebakaran hutan oleh NASA (Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan) dan NOAA (Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Kebangsaan)," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini semalam.

Analisis itu akan membantu pengesahan lokasi kebakaran hutan berbanding dengan lokasi ladang yang dimiliki syarikat-syarikat anggota RSPO.

Menurut Webber, pencemaran alam sekitar yang disebabkan pembakaran hutan di Indonesia yang menyelubungi beberapa negara di Asia Tenggara sehingga ke paras bahaya amat dikesali.

Webber memberi jaminan bahawa prinsip dan kriteria RSPO jelas menunjukkan pembakaran terbuka tidak dibenarkan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sekolah di dua daerah di Selangor, satu daerah di Perak ditutup

Posted:

Sekolah di dua daerah di Selangor, satu daerah di Perak ditutup

Sekolah di dua daerah di Selangor, satu daerah di Perak ditutup


IBU BAPA di sebuah sekolah di Manjung menjemput anak masing-masing selepas sesi pagi persekolahan tamat semalam.


KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan sekolah-sekolah yang terletak di kawasan terjejas jerebu dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 300 wajib ditutup secara automatik tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada KPM.

Bagaimanapun, jika bacaan IPU melebihi 250, penutupan sekolah boleh dibuat tetapi perlu memaklumkan perkara tersebut terlebih dahulu kepada kementerian.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Ab. Ghafar Mahmud berkata, berdasarkan bacaan IPU pada pukul 5 petang semalam, terdapat tiga kawasan yang bacaan IPU melebihi 250.

"Tiga kawasan itu ialah Klang dan Petaling Perdana di Selangor manakala Manjung dalam negeri Perak," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu, menurut beliau, pengarah pelajaran di kedua-dua buah negeri berkenaan telah dimaklumkan mengenai penutupan sekolah di tiga daerah terbabit pada tarikh 26 Jun (hari ini).

Di Selangor, sebanyak 263 buah sekolah ditutup menyebabkan 337,131 pelajar tidak dapat hadir ke sekolah manakala di Perak sebanyak 102 sekolah ditutup membabitkan 34,607 pelajar tidak dapat hadir ke sekolah.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved