Sabtu, 15 Jun 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Penuntut tahfiz mati rentung

Posted:

Penuntut tahfiz mati rentung

Penuntut tahfiz mati rentung

Oleh ABD. RAZAK OSMAN
berita@kosmo.com.my


KEADAAN asrama Mantab yang terbakar dan mengorbankan seorang pelajar di Tikam Batu, Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI - Seorang penuntut tahun satu Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab) dekat Tikam Batu di sini ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila mayatnya rentung selepas bangunan asrama dua tingkat itu terbakar semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi itu, Aiman Nur Hakim Yahya, 13, dari Kuala Bekah, Penaga, Pulau Pinang meninggal dunia selepas mangsa dipercayai tersangkut pada tangga ketika cuba turun ke tingkat bawah untuk menyelamatkan diri bersama 15 rakan yang menghuni asrama itu.

Kejadian itu turut menyebabkan lima rakannya cedera dengan dua daripada mereka masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Dua yang masih dirawat ialah Mior Amirul Mior Mohd. Ghazali berasal dari Sungai Petani dan Muaz Halim dari Sidam di sini. Kedua-duanya berusia 16 tahun.

Mantab yang beroperasi sejak tiga tahun lalu mempunyai 20 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun.

Bagaimanapun hanya 16 orang yang tinggal di asrama berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kereta Saga SV hanya RM33,438

Posted:

Kereta Saga SV hanya RM33,438

Kereta Saga SV hanya RM33,438

Oleh NOR IDAYU BOSRO


MOHD. KHAMIL (empat dari kiri) bergaya di sisi Proton Saga SV varian baharu yang dilancarkan di pusat pameran Proton Edar Platinum Mutiara Damansara, Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Syarikat pengeluar kereta nasional, Proton memperkenalkan varian Saga terbaharunya, Saga Super Value (SV) yang diyakini mampu dimiliki oleh sebahagian besar rakyat di negara ini kerana harganya yang lebih rendah berbanding dengan model Saga sebelum ini.

Harga model Saga SV dijual pada harga bermula RM33,438 hingga RM36,888 dan model tersebut lebih murah kira-kira RM5,000 berbanding harga model Saga FL Standard.

Model Saga FL Standard sebelum ini ditawarkan pada harga RM38,361 hingga RM41,811 seunit.

Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Berhad, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, langkah memperkenalkan model Saga SV itu seiring dengan langkah kerajaan yang mengumumkan penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat baru-baru ini.

"Model mampu milik ini merupakan satu lagi komitmen Proton untuk menyediakan kereta yang bukan sahaja praktikal malah turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak pelanggan.

"Walaupun dijual dengan harga yang lebih rendah, varian ini mempunyai nilai kenderaan lebih tinggi seperti memiliki dua beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan, sistem penggera serta ciri-ciri keselamatan lain," kata pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Saga SV di pusat pameran Proton Edar Platinum Mutiara Damansara di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pelacur Siam pelaris kedai makan

Posted:

Pelacur Siam pelaris kedai makan

Pelacur Siam pelaris kedai makan


EMPAT daripada tujuh warga asing yang ditahan dalam serbuan di sebuah restoran di Jalan Meldrum, Johor Bahru kelmarin.


JOHOR BAHRU - Seorang bapa ayam yang ligat menawarkan khidmat seks wanita warga asing di sebuah restoran makanan laut di Jalan Meldrum di sini diberkas bersama tujuh pelacur dalam serbuan malam kelmarin.

Dalam operasi yang diketuai Timbalan Pengarah Imigresen Johor, Khairul Anuar Abu Bakar pada pukul 11.30 malam itu, beberapa pegawai imigresen terlebih dahulu menyamar sebagai pelanggan sebelum berjaya menahan suspek yang menawarkan khidmat seks kepada pelanggan restoran.

Khairul Anuar berkata, modus operandi bapa ayam warga tempatan itu ialah menawarkan pelacur asing dengan bayaran RM150 termasuk sewa bilik di tingkat atas restoran tersebut.

"Bapa ayam itu yang tidak sedar dirinya diperangkap ditahan bersama tujuh pelacur yang ditawarkan kepada pegawai kami yang menyamar sebagai pelanggan," kata beliau ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved