Khamis, 13 Jun 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Proton tawar kereta harga mampu milik esok

Posted:

Proton tawar kereta harga mampu milik esok

Proton tawar kereta harga mampu milik esok

SYED MUNSHE AFDZARUDDIN (tiga dari kiri) dan Mohd. Khamil (tiga dari kanan) pada pelancaran kereta Proton Preve untuk pasaran Indonesia di Hotel Indonesia Kempinski di Jakarta semalam.


JAKARTA – Proton akan menawarkan kepada rakyat Malaysia satu varian kereta keluarannya yang akan dijual dengan harga lebih rendah dan mampu dimiliki oleh semua esok.

Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, pembeli dapat menjimatkan lebih daripada 10 peratus harga untuk kereta varian itu yang akan dilancarkan jualannya di bilik pameran Proton di Mutiara, Damansara.

"Proton menawarkan harga yang lebih rendah, bukan harga yang lebih murah kepada para pembeli, tanpa sebarang kompromi terhadap aspek kualiti malah aspek keselamatannya dipertingkatkan," katanya kepada wartawan Malaysia pada acara pelancaran kereta Proton Preve di Hotel Indonesia Kempinski di sini semalam.

Pelancaran itu dilakukan oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan.

Mohd. Khamil bagaimanapun enggan memberitahu jenis kereta yang akan ditawarkan itu dan meminta rakyat Malaysia menunggu pelancaran jualannya esok.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ikan bengalan digilai walaupun harga mencecah RM130 sekilogram

Posted:

Ikan bengalan digilai walaupun harga mencecah RM130 sekilogram

Ikan bengalan digilai walaupun harga mencecah RM130 sekilogram


RUDIS (kanan) dan anaknya, Petrus menunjukkan ikan bengalan (atas) dan ikan labang yang ditangkap di Sungai Rajang ketika ditemui di Belaga kelmarin.


BELAGA – Ikan air tawar, bengalan kini menjadi kegilaan ramai ekoran rasa isinya yang enak walaupun harga ikan liar itu dijual sehingga mencecah RM130 sekilogram.

Bengalan atau nama saintifiknya, Puntioplites Bulu atau turut dipanggil tenggalan, merupakan spesies ikan air tawar yang mempunyai nilai pasaran tinggi.

Menurut seorang nelayan, Rudis Tugang, 44, walaupun harga ikan itu tidak setanding dengan harga ikan empurau yang dianggap raja Sungai Sarawak dan ikan semah, keenakan isi bengalan dianggap antara yang terbaik.

"Isinya lembut, padat dan lazat, manakala proses memburunya yang sukar telah membuatkan harga ikan ini sangat mahal sehingga mencecah RM130 sekilogram.

"Bengalan hidup di air bersih dan sungai besar seperti Sungai Rajang," katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Wang lesap, guru tanggung rugi

Posted:

Wang lesap, guru tanggung rugi

Wang lesap, guru tanggung rugi

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my


HOCK SING menunjukkan gambar Ken Juan (kiri) dan Kim Hsen yang dicari bagi membantu siasatan kes tipu pada sidang akhbar di Melaka semalam.


MELAKA – Harapan menggunung seorang guru untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda dengan melaburkan wang milik keluarganya berjumlah RM19 juta ke dalam akaun simpanan tetap berkecai apabila didakwa ditipu pegawai sebuah bank di sini yang juga merupakan rakan baiknya.

Penipuan berlaku apabila wanita berusia 47 tahun tersebut mengambil keputusan untuk melabur selepas termakan dengan janji manis suspek mengatakan mangsa akan memperoleh lebih banyak faedah jika menyimpan ke dalam simpanan tetap bank tersebut pada penghujung 2010.

Kesemua wang itu dilesapkan suspek dengan cara memasukkannya ke dalam akaun yang diciptanya sendiri menggunakan nama wanita itu sebelum memberi resit palsu untuk meyakinkan mangsa.

Sepanjang tempoh itu, dia telah memindahkan RM8.2 juta daripada RM19 juta daripada akaun ciptaannya ke dalam tiga buah akaun rakan subahatnya secara atas talian setiap hari.

Sementara baki wang itu tidak sempat dipindahkan kerana telah disekat oleh polis yang dapat menjejaki akaun ciptaan suspek tersebut selepas membuat siasatan.

Mangsa dikatakan mahu memeriksa penyata akaun simpanan tetapnya pada awal tahun ini namun dihalang suspek dengan memberikan pelbagai alasan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved