Selasa, 18 Jun 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


USM rai 50 staf yang telah lama berkhidmat

Posted:

USM rai 50 staf yang telah lama berkhidmat

USM rai 50 staf yang telah lama berkhidmat


SEBAHAGIAN daripada kakitangan USM yang menerima anugerah sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.


HARGAI JASA. Sebanyak 50 pensyarah dan kakitangan bukan akademik dari Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) diraikan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Majlis tersebut diadakan setiap tahun bagi meraikan kakitangan yang telah berkhidmat untuk sekurang-kurangnya 25 tahun.

Naib Canselor USM, Prof. Datuk Omar Osman berkata, USM terhutang budi kepada kumpulan kakitangan tersebut kerana mereka telah banyak menyumbang ke arah kemajuan universiti.

Menurut Omar, majlis penghargaan seperti itu juga diharap dapat meningkatkan motivasi di samping menjadi pemangkin kepada kakitangan yang lebih muda untuk mencontohi pekerja yang lebih berpengalaman.

Waris anggota Rela Perak terima pampasan insurans

Posted:

Waris anggota Rela Perak terima pampasan insurans

Waris anggota Rela Perak terima pampasan insurans


MOHD. KHAIRI (dua dari kiri) melihat replika cek pampasan yang diterima salah seorang balu anggota Rela di Ipoh, Perak baru-baru ini.


PRIHATIN. Waris kepada 17 anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) Perak yang telah meninggal dunia sejak setahun lalu menerima pampasan insurans berkelompok di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Pengarah Rela Perak, Mohd. Khairi Ibrahim berkata, penyampaian insurans berkelompok daripada Tabung Amal Jariah Rela itu disampaikan oleh Pengarah Bahagian Persenjataan Rela, Ezani Harun.

Beliau berkata, setiap pewaris anggota Rela terbabit menerima pampasan insurans sebanyak RM14,000.

"Kepada 13 lagi anggota Rela yang mengalami kecederaan akibat kemalangan, mereka menerima pampasan insurans antara RM200 hingga RM1,900," katanya.

Projek mesra rakyat TNB Selangor di Kuala Langat

Posted:

Projek mesra rakyat TNB Selangor di Kuala Langat

Projek mesra rakyat TNB Selangor di Kuala Langat


MOHD. AZIM (empat dari kanan) bersama Maruthaveeran (lima dari kanan) sempena penyampaian bantuan Projek Mesra Rakyat TNB di Kuala Langat, Selangor baru-baru ini.


KEBAJIKAN. Tenaga Nasional Berhad (TNB) melaksanakan program kebajikan dengan membaiki rumah seorang warga emas, M. Maruthaveeran di Kampung Tongkah, Kuala Langat, Selangor baru-baru ini.

Pengurus Besar TNB Selangor, Datuk Mohd. Azim Yusof berkata, program tanggungjawab sosial itu membabitkan semua kaum dengan keutamaan diberi kepada warga emas, golongan miskin serta orang kurang upaya.

Menurutnya, TNB melaksanakan program seumpama itu dengan harapan agar mereka yang kurang berkemampuan dapat meneruskan hidup dalam keadaan lebih selesa.

"Menerusi program itu, TNB menyalurkan peruntukan sebanyak RM10,000 untuk melaksanakan kerja membaik pulih rumah masing-masing," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved