Jumaat, 14 Jun 2013

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Aliff mahu kuburkan kontroversi

Posted:

Aliff mahu kuburkan kontroversi

Aliff mahu kuburkan kontroversi

BAD BOY! Gelaran itu melingkari perjalanan seni pemilik nama lengkap Mohamad Aliff Aziz.

Pelantun lagu Jangan Ganggu Pacarku itu ibaratnya tidak putus-putus diancam kontroversi yang sama sekali menjejaskan imejnya.

Fasa perubahan hidup daripada seorang remaja menjadi seorang lelaki matang barangkali dikaitkan dengan gelaran budak jahat itu.

Baik Aliff mahupun keluarganya di Singapura, gelaran itu pasti menjejaskan reputasi sebagai artis yang kerjayanya sudah menjengah enam tahun.

"Hal yang harus diakui, masyarakat menilai atas tindakan kita dan adakalanya hukuman itu diletakkan terlalu mudah sebelum tahu pucuk pangkalnya.

"Terlalu banyak kontroversi membabitkan saya sejak tahun lalu dan untuk menukarkan imej budak jahat itu sangat mustahil.

"Orang boleh bercakap apa jua tetapi jika boleh saya mahu memanipulasi imej budak jahat itu untuk kerjaya yang lebih baik. Walau apa pun, saya tidak boleh puaskan hati semua pihak.

"Bukan tak kisah apabila ada yang menilai saya sebagai budak jahat tapi inilah kehidupan saya. Percakapan, perbuatan, pakaian dan adab saya sentiasa diperhatikan tapi apabila timbul label itu saya tidak suka.

"Saya tidak boleh berubah secara drastik kerana kalau perubahan itu saya buat untuk puaskan hati orang ia tidak akan kekal.

"Setiap manusia ada hak untuk hipokrit tapi secara individunya saya mahu jujur dengan diri saya," katanya yang ditemui pada Konsert Pencarian Penyampai Pi Mai FM di Prangin Mall, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Kejutan budaya

Aliff menafikan dakwaan tindakannya yang mencetuskan kontroversi tanpa henti itu impak kejutan budaya sebagai artis yang sedang meniti fasa perubahan ke alam dewasa.

Dia sebaliknya mahu tetap berusaha membuktikan kredibiliti dan bakatnya kepada peminat serta keluarga.

"Saya boleh rasakan keluarga saya sangat kecewa dengan kisah-kisah hitam yang melanda saya akhir-akhir ini. Jadi saya mahu tangkis segala tohmahan itu dengan membuktikan bahawa saya ada sisi positif.

ALIFF mengakui dirinya seorang yang sentimental.


"Saya tidak fikir saya terkena kejutan budaya sebab lebih ramai lagi artis lain yang lebih teruk daripada saya. Hanya kerana satu sebab orang terus menghukum saya tanpa henti. Ini diri saya dan manusia tidak dapat lari daripada kesilapan," ujarnya.

Dalam pada itu, Aliff mengulas tuduhan terbaharu mengenai dirinya yang dikatakan 'lalok' (khayal) ketika penggambaran sebuah telefilem baru-baru ini.

Katanya, dia kelihatan seperti seorang yang sedang khayal akibat terlalu penat dan ekoran itu dia tidak mampu melayan individu di sekelilingnya.

"Saya tahu apa yang saya lakukan dan Allah tahu setiap tindakan saya. Saya tidak boleh terima apabila timbul dakwaan saya terbabit dengan dadah.

"Saya tidak mengambil dadah dan saya tidak mahu ada kaitan dengannya. Muka saya nampak khayal kerana terlalu penat. Bayangkan saya kena ulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur hampir setiap hari untuk penggambaran," tegasnya.

Hos biadap

Minggu lalu, sebuah program hiburan yang bersiaran secara langsung telah memetik nama Aliff dan menyifatkannya sebagai seorang lelaki yang berperangai keanak-anakan.

Ia ekoran gambar Instagram milik penyanyi itu menanam dua bentuk cincin yang pernah dimilikinya bersama bekas kekasihnya, Adira.

Menerusi program itu juga, Adira dijemput sebagai artis undangan untuk mengulas hubung kaitnya dengan tindakan Aliff menanam cincin terbabit.

Susulan tuduhan Aliff bersifat kebudak-budakan, penyanyi berusia 22 tahun itu meluahkan perasaan geramnya menerusi laman Twitter miliknya dan membidas tindakan pengacara itu yang tidak profesional.

TINDAKANNYA menanam cincin turut menjerumuskan Aliff ke kancah kontroversi.


"Jadi pengacara jangan biadap. Jangan babitkan perkara yang tiada kena-mengena, sedangkan Adira pun tidak memberikan sebarang komen kenapa pula dia boleh sesuka hati menyifatkan saya berperangai seperti budak-budak?

"Kenapa perlu sebut kata-kata begitu? Orang boleh bergurau kasar dengan saya tapi biarlah bertempat. Saya tidak kisah kalau dia kenalan lama saya tapi kami tidak pernah bersua dan dia boleh pula suka-suka cakap begitu.

"Tindakan saya menanam cincin adalah ekspresi peribadi saya. Dia sebagai pengacara tidak berhak mempersoalkan tindak-tanduk saya," tegas Aliff.

Menanam cincin itu bagi Aliff sebagai tanda penamat hubungan cintanya yang terdahulu. Aliff menyifatkan dia seorang lelaki yang sentimental dan tindakan itu sangat bermakna baginya.

"Instagram dan Twitter tempat meluahkan perasaan. Tindakan itu bukan syirik, tidak mengaibkan sesiapa atau melibatkan sesiapa.

"Menjadi seorang selebriti boleh jadi gila-gila tapi adab kena jaga," katanya.

Keek Sakinah

Selain itu, kisah video Keek pelakon Sharifah Sakinah yang membabitkan nama Aliff turut menjadi kontroversi memanaskan suhu industri hiburan baru-baru ini.

Menjelaskan perkara itu, dia sudah memaafkan Sakinah selepas pelakon drama Bunga Merah Punya itu menghubungi ibu Aliff untuk memohon maaf.

"Ketika video itu dirakam memang saya berada bersebelahan dengan Sakinah dan kerana terlalu penat saya tertidur.

"Sakinah ada menyebut saya sebagai 'arwah' dan apabila video itu tersebar, keluarga saya yang paling banyak menerima tempias.

"Bagaimanapun, Sakinah telah menghubungi ibu saya dan memohon maaf atas keterlanjuran perbuatannya. Saya rasa tidak timbul isu berbangkit kerana perkara ini sudah lama berlalu," kata Aliff.

Mila, Ashton bakal kahwin di London

Posted:

Mila, Ashton bakal kahwin di London

Mila, Ashton bakal kahwin di London


MILA dan Ashton kini merancang untuk membina keluarga.


PASANGAN kekasih aktres Mila Kunis dan aktor Ashton Kutcher kini tinggal di London, England kerana Mila sedang menjalani penggambaran filem Jupiter Ascending di sana.

Walaupun baru menetap di metropolitan itu, pasangan tersebut dikatakan cukup tertarik dengan suasana di London.

Malah, mereka merancang untuk berkahwin di situ selepas urusan penceraian antara Ashton dan bekas isterinya Demi Moore berakhir secara rasmi.

Satu sumber memberitahu akhbar Daily Star: "Mila dan Ashton telah jatuh cinta dengan London. Mereka terdesak untuk berkahwin kerana mahu memulakan keluarga dengan segera. Mereka berdua agak kekok untuk memiliki anak sebelum berkahwin.

"Lokasi pertama yang menjadi pilihan mereka adalah tempat bersejarah Stonehenge tetapi mereka juga tertarik dengan Royal Pavilion di Brighton. Mila sukakan idea yang agak kekampungan dan klasik."

Meskipun sibuk mencari lokasi untuk hari bersejarah, Mila, 29, dan Ashton, 35, mahukan sebuah majlis yang kecil dan hanya dihadiri oleh tetamu yang dipilih untuk menjadi saksi ikrar cinta mereka.

Tambah sumber itu: "Walaupun lokasi perkahwinan mereka agak gah, tetapi majlis itu sendiri cukup sederhana. Ia dijangka hanya dihadiri pasangan pengantin, keluarga dan beberapa teman rapat."

Sungguhpun pasangan ini baru sahaja mengumumkan pertunangan mereka, namun, proses seterusnya menjadi begitu cepat dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Ia ekoran tindakan Mila memperkenalkan Ashton kepada ibu bapanya, Elvira dan Mark, ketika pasangan itu melawat mereka di London pada penghujung Mei lalu.

Siti Nurhaliza mahu ke Gaza

Posted:

Siti Nurhaliza mahu ke Gaza

Siti Nurhaliza mahu ke Gaza


SITI dan Rabbani bergabung untuk majlis makan malam Rebuild Gaza For A Nation yang dijadualkan pada 29 Jun ini.


SEBELUM ini penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin pernah berhasrat untuk bercuti ke Jerman bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K bagi merehatkan diri.

Selain bercuti, kemungkinan Datuk K akan menjalani rawatan fisioterapi di sana.

Begitupun, perkara itu tidak menjadi dan terkini, pelantun lagu Biarlah Rahsia itu menyimpan hasrat untuk ke wilayah Gaza di Palestin.

Hasrat itu sudah lama diimpikan penyanyi berusia 34 tahun itu selepas tersentuh melihat rakyat Palestin terutamanya kanak-kanak yang hidup menderita akibat kezaliman rejim Zionis.

Siti juga berharap impiannya itu tertunai dengan segera. Kepada Kosmo! Siti melanjutkan perbualannya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar Rebuild Gaza For A Nation di Hotel De Palma, Ampang, Selangor baru-baru ini.

Kosmo!: Kenapakah Siti tidak jadi ke Jerman bersama suami?

Sebelum ini memang Siti pernah berhasrat untuk ke Jerman. Bercuti dan dalam masa yang sama suami boleh menjalani fisioterapi di sana. Namun selepas mendapati fasiliti di Malaysia juga bagus, maka kami tidak jadi ke sana (Jerman).

Khabarnya Siti berhasrat untuk ke Gaza?

Sudah lama sebenarnya Siti mahu ke Gaza bagi melihat sendiri penderitaan rakyat di sana dan pada masa sama ingin memberikan bantuan yang diperlukan. (Pelakon) Afdlin Shauki sebelum ini pernah mengajak Siti ke sana tetapi malangnya masa dan keadaan tidak mengizinkan.

Jadi, bilakah hasrat Siti ke Gaza itu akan terlaksana?

SITI tidak gentar untuk ke Gaza, Palestin.


Siti perlu berbincang dengan suami terlebih dahulu untuk meminta izin daripadanya. Lagipun suami masih lagi menjalani proses rawatan susulan (akibat ditimpa kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand pada 13 Disember tahun lalu).

Tidakkah Siti berasa gentar untuk ke Gaza?

Kepada Allah Siti berserah segalanya. Apa yang Siti lihat rakan artis lain yang ke Gaza tidak mengalami sebarang kesulitan. Kalau hendak meninggal dunia sekali pun tidak sahaja di Gaza, di Malaysia juga boleh meninggal.

Apakah persediaan Siti untuk ke Gaza?

Ibarat kita ke sana untuk berjihad, jadi Siti kena sentiasa bersiap sedia. Buat masa ini Siti turut membantu sebanyak yang boleh untuk rakyat di sana.

Apakah bentuk bantuan yang bakal disalurkan?

Sebagai langkah membantu rakyat Gaza, Siti bersama-sama kumpulan nasyid Rabbani bakal mengadakan persembahan majlis minum petang Rebuild Gaza For A Nation yang bakal berlangsung di Hotel De Palma, Ampang pada 29 Jun ini.

Bolehkah cerita lebih lanjut mengenai majlis tersebut?

Majlis tersebut adalah usaha Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama Rabbani Production Sdn. Bhd. bagi mengumpul dan membangunkan semula Gaza, daerah yang musnah teruk angkara serangan Zionis Israel.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved