Sabtu, 15 Jun 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Rundingan tamatkan keganasan ambil masa

Posted:

Rundingan tamatkan keganasan ambil masa

Rundingan tamatkan keganasan ambil masa

KETUA Barisan Revolusi Nasional (BRN), Hassan Taib (tengah); wakil Pertubuhan Liberalisasi Bersatu Patani, Lukman Lima (kiri) dan Adam Nor juga daripada BRN mengadakan sidang media di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kumpulan pemberontak di Selatan Thailand menyatakan bahawa rundingan untuk menamatkan keganasan mungkin mengambil masa selama bertahun-tahun.

Sejak sedekad lalu, lebih 5,500 orang maut dalam keganasan tersebut. Rundingan antara kerajaan Thailand dan wakil-wakil Barisan Revolusi Nasional (BRN) bermula pada 28 Mac lalu. Namun sehingga kini ia masih gagal menamatkan keganasan yang berlaku hampir setiap hari.

"Rundingan mungkin memakan masa selama dua, tiga tahun atau lebih lama lagi. Jadi, kami berharap semua pihak bersabar. Ini adalah usaha terbaik kami. Perang tidak menyelesaikan apa-apa.

"Isu ini boleh diselesaikan menerusi rundingan walaupun ia akan memakan masa yang lama," kata wakil BRN, Hassan Taib.

Khamis lalu, kerajaan Thailand dan kumpulan pemberontak bersetuju untuk mengurangkan keganasan sepanjang bulan Ramadan.

Walaupun rundingan sudah memasuki pusingan kedua pada Mac, pertumpahan darah masih berlaku. Situasi itu menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana para pemimpin pemberontak mampu mengawal militan yang radikal.

Hassan mengakui bahawa ada pihak yang cuba menggagalkan rundingan tersebut. Tetapi beliau menegaskan golongan itu terdiri daripada individu yang memiliki kepentingan tersendiri. - AFP

Lima tan gading gajah dimusnahkan

Posted:

Lima tan gading gajah dimusnahkan

Lima tan gading gajah dimusnahkan


BEBERAPA orang sukarelawan menyusun gading gajah yang akan dimusnahkan oleh pihak berkuasa Filipina di Taman Ninoy Aquino dan Pusat Hidupan Liar di Quezon City, Metro Manila semalam.


MANILA - Kerajaan Filipina akan memusnahkan kira-kira lima tan gading gajah yang dirampas dengan anggaran nilai $10 juta (RM31.1 juta) dalam menyokong usaha global menamatkan perdagangan haram hidupan liar, kata seorang pegawai kanan kerajaan semalam.

Setiausaha Alam Sekitar Filipina, Ramon Paje berkata, gading yang dirampas itu akan dihancurkan dengan jentera penggelek jalan.

Ia kemudian akan dibakar di hadapan pakar luar negara serta penyokong antiperdagangan gading pada 21 Jun di Taman Ninoy Aquino dan Pusat Hidupan Liar di Quezon City, Metro Manila.

"Keputusan kami memusnahkan gading tersebut yang memasuki negara ini secara haram adalah untuk menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa Filipina tidak akan bertolak ansur dengan perdagangan haram hidupan liar," kata Paje.

Pada tahun 1989, satu konvensyen Geneva mengenai Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora dan Fauna yang terancam (CITES) mengharamkan pembelian dan penjualan gading untuk memerangi perdagangan haram besar-besaran yang menyebabkan populasi gajah di seluruh Afrika pada 1970-an dan 1980-an turun secara dramatik. - Xinhua

Pekerja seks berpiket di luar mahkamah agung

Posted:

Pekerja seks berpiket di luar mahkamah agung

Pekerja seks berpiket di luar mahkamah agung


TERRI JEAN BEDFORD bercakap kepada wartawan di luar Mahkamah Agung Kanada di Ottawa kelmarin.


OTTAWA - Sekumpulan pekerja seks mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Mahkamah Agung Kanada di sini kelmarin semasa mahkamah berkenaan mendengar hujah yang menyokong keputusan sebuah mahkamah lebih rendah untuk membatalkan sebahagian peraturan pengharaman rumah pelacuran di negara itu.

Mereka terdiri daripada kira-kira 100 penyokong tiga wanita yang memperjuangkan hak pekerja seks di Kanada.

"Kes ini tiada kaitan dengan politik atau agama. Ia mengenai hak rakyat yang terlibat dalam pekerjaan sah di sisi undang-undang (pelacur) untuk mendapatkan keselamatan dan kesaksamaan dalam pekerjaan mereka.

"Kes ini melibatkan isu keselamatan. Pelacuran sah di sisi undang-undang Kanada. Tetapi undang-undang larangan rumah pelacuran menghalang kami daripada beroperasi secara tertutup sementara peraturan komunikasi pula mengekang kami daripada mencari pelanggan di luar," kata seorang bekas pelacur, Valerie Scott yang merupakan seorang daripada tiga wanita terbabit.

"Kedua-dua undang-undang ini meletakkan kami dalam situasi yang tidak munasabah," tambahnya.

Pada tahun lalu, Mahkamah Rayuan Ontario mendapati undang-undang pengharaman rumah pelacuran dan larangan orang ramai daripada menggunakan pendapatan pelacur memberi impak besar kepada pekerja seks.

Keputusan mahkamah tersebut memberi laluan kepada aktiviti pelacuran yang bebas di wilayah Ontario, Kanada.

Namun, mahkamah sama mengekalkan larangan berkomunikasi dengan tujuan untuk menjual seks atau mencari pelanggan.

Menteri Kehakiman Kanada, Rob Nicholson merayu keputusan tersebut dengan alasan pelacuran merosakkan masyarakat dan mengeksploitasi golongan lemah di Kanada terutamanya wanita.

Tiga wanita Toronto iaitu Terri Jean Bedford, Amy Lebovitch dan Scott mengetengahkan isu berkenaan dengan mencabar undang-undang tersebut.

Menurut mereka, larangan komunikasi untuk menjual seks membahayakan pelacur kerana memaksa mereka keluar mencari pelanggan di jalanan.

Mereka menuntut hak untuk membuka rumah pelacuran dan persekitaran yang lebih selamat untuk pekerja seks.

Sebuah mahkamah rendah yang bersetuju dengan tuntutan mereka memberitahu: "Bahaya yang menimpa pelacur lebih utama daripada sebarang kemudaratan yang dihadapi oleh orang ramai".

Keputusan mahkamah itu dipersetujui mahkamah rayuan Kanada yang memutuskan larangan tersebut menghalang pelacur daripada mengupah pengawal peribadi, pemandu atau pihak yang dapat menjaga keselamatan mereka.

- AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved