Selasa, 21 Mei 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


IPTA akan ditambah baik, sasar berada dalam ranking 50 terbaik dunia

Posted:

IPTA akan ditambah baik, sasar berada dalam ranking 50 terbaik dunia

IPTA akan ditambah baik, sasar berada dalam ranking 50 terbaik dunia

21/05/2013 10:09pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menambah baik dan meningkatkan prestasi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara dalam usaha menempatkan nama Malaysia dalam kelompok 50 universiti terbaik di dunia.

Timbalan Menteri Pelajaran II, P.Kamalanathan berkata, kerajaan melalui

penggabungan dua kementerian (Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi) akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi melonjakkan nama IPTA dan kebolehdapatan graduan.

"Kita perlu mengambil perhatian serius untuk memperkukuhkan status dan mutu pencapaian universiti-universiti tempatan bagi memastikan ia termasuk dalam golongan 50 universiti yang terhebat di peringkat antarabangsa.

"Buat masa ini kita belum ada di sana, yang terdekat ialah Universiti

Malaya di ranking 146. Justeru kita akan pastikan universiti-universiti ini

dibantu untuk mencapai tahap itu," katanya kepada Bernama selepas rakaman program Hello Malaysia edisi Tamil terbitan Bernama TV di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata, hala tuju kementerian itu juga akan terarah kepada langkah

menganjakkan lagi pencapaian dan mutu pendidikan pelajar di sekolah rendah dan menengah. - Bernama

Menteri, ADUN Sarawak dapat kenaikan gaji

Posted:

Menteri, ADUN Sarawak dapat kenaikan gaji

Menteri, ADUN Sarawak dapat kenaikan gaji

21/05/2013 9:31pm

KUCHING - Gaji bulanan Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, Menteri, Pembantu Menteri dan anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, Timbalan Speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 ke pada RM35,000; menteri kanan dan Speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan Timbalan Speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota Dewan Undangan Negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Januari tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada tahun 1992. - Bernama

Ferguson dipilih pengurus terbaik EPL tahun ini

Posted:

Ferguson dipilih pengurus terbaik EPL tahun ini

Ferguson dipilih pengurus terbaik EPL tahun ini

21/05/2013 8:45pm

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mendapat hadiah paling berharga sempena persaraannya daripada bola sepak apabila dipilih sebagai pengurus terbaik Liga Perdana England (EPL) tahun ini.

Ini merupakan kali keempat Ferguson menerima anugerah tersebut. Namun kali ini ia lebih bermakna kerana ia mungkin anugerah terakhir untuknya.

Turut hadir pada majlis anugerah yang diadakan oleh Persatuan Pengurus-Pengurus Liga (LMA) itu adalah peng ganti Ferguson iaitu David Moyes.

Anugerah tersebut dianggap melengkapkan karier pengendali kelahiran Scotland berusia 71 tahun itu untuk muncul sebagai pengurus paling cemerlang dalam sejarah bola sepak domestik England.

Aksi terakhir Ferguson bersama United ketika skuad kendaliannya seri 5-5 menentang West Brom Albion, Ahad lalu.

"Saya gembira kerana karier saya telah tiba di penghujung dan anugerah ini merupakan hasil penat lelah saya selama ini," ujar Ferguson. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved