Sabtu, 11 Mei 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Rosberg terpantas di Sepanyol

Posted:

Rosberg terpantas di Sepanyol

Rosberg terpantas di Sepanyol

11/05/2013 9:56pm

BARCELONA - Pemandu pasukan Mercedes, Nico Rosberg menyambar petak depan selepas mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan Grand Prix Formula Satu Sepanyol sebentar tadi.

Pemandu Jerman berusia 27 tahun itu mencatatkan masa satu minit 20.718 saat mengatasi rakan sepasukan Lewis Hamilton dengan catatan 1:20.972s.

Sementara itu, pemandu pasukan Red Bull, Sebastian Vettel menduduki tempat ketiga mengatasi pemandu daripada pasukan Lotus, Kimi Raikkonen di tempat keempat. - AFP

Ulang tahun ke-67 UMNO dirai penuh kesyukuran

Posted:

Ulang tahun ke-67 UMNO dirai penuh kesyukuran

Ulang tahun ke-67 UMNO dirai penuh kesyukuran

11/05/2013 9:03pm

KUALA LUMPUR - Seminggu selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum Ahad lepas, sambutan ulang tahun ke-67 UMNO diadakan dengan penuh kesyukuran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Majlis itu dimulakan dengan solat Maghrib di Surau Ar-Rahman, PWTC, kemudian diikuti bacaan surah Yasin, tahlil, doa kesyukuran serta solat Isyak.

Majlis bertemakan 67 Tahun Menepati Janji itu dihadiri para pemimpin tertinggi UMNO termasuk Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berbaju Melayu biru, diiringi anak beliau Norashman Razak.

Turut hadir bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Naib-Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Majlis itu turut dihadiri kira-kira 2,500 orang termasuk anggota UMNO.

Selepas itu, upacara menaikkan bendera UMNO Sang Saka Bangsa serta nyanyian lagu UMNO Bersatu Bersetia Berkhidmat disempurnakan di Dewan Merdeka PWTC sebelum Najib menyampaikan amanatnya. - Bernama

Tiada virus H7N9 dikesan dalam negara sehingga kini

Posted:

Tiada virus H7N9 dikesan dalam negara sehingga kini

Tiada virus H7N9 dikesan dalam negara sehingga kini

11/05/2013 8:40pm

KUALA LUMPUR - Tiada virus selesema burung H7N9 di kesan pada unggas hidup di negara ini setakat ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dr. Abdul Aziz Jamaluddin.

Beliau berkata jabatan itu telah menjalankan program pemantauan terhadap unggas hidup dan sehingga kini 41,882 haiwan daripada spesies burung dan ayam diperiksa.

Hasil pemeriksaan itu mendapati unggas hidup di negara ini bebas daripada virus H7N9, katanya sambil memberitahu bahawa program pemantauan akan perluas untuk meliputi lebih banyak kawasan sehingga akhir tahun ini.

Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini berkata program pemantauan itu dijalankan di pelbagai lokasi yang menempatkan unggas hidup, antaranya ladang dan kawasan ternakan ayam dan itik, taman burung, kawasan persinggahan burung liar, pasar basah, kedai ternakan haiwan serta pintu masuk sepanjang sempadan Malaysia-Thailand dan Malaysia-Indonesia.

Beliau berkata, jabatan itu juga telah memaklumkan secara rasmi kepada Persekutuan Persatuan Ladang Ternakan Malaysia berhubung tindakan kerajaan menghentikan sementara import hasil ternakan dari China.

Malaysia telah mengenakan larangan sementara sejak 23 April lepas ke atas semua import ayam dari China selepas satu kes H7N9 dilaporkan di wilayah Shandong.

Beliau berkata, jabatan juga menggantung sementara import unggas hiduptemasuk ayam dari semua rantau Asia, Afrika Selatan dan Mexico sejak 15 April lepas. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved