Selasa, 21 Mei 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Warga Brazil maut, belon udara panas terhempas

Posted:

Warga Brazil maut, belon udara panas terhempas

Warga Brazil maut, belon udara panas terhempas

GAMBAR menunjukkan sebuah belon udara panas yang dinaiki seorang pelancong Brazil terhempas dekat Taman Negara Goreme, di Cappadocia semalam.


ISTANBUL - Seorang pelancong Brazil meninggal dunia semalam manakala 24 mangsa lain cedera apabila sebuah belon udara panas yang mereka naiki terhempas di sebuah kawasan indah di Turki, kata beberapa pegawai.

Nahas itu berlaku di Cappadocia yang terkenal dengan pemandangan batu-batu.

Gabenor Nevsehir, Abdurrahman Savas berkata, belon udara panas yang dinaiki pelancong tersebut berlanggar dengan belon lain di udara dan terhempas ke tanah.

Menurut Savas, kebanyakan mereka yang cedera mengalami patah tulang dan seorang lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Aktiviti menaiki belon udara panas semakin popular di Turki terutama sekali di wilayah Cappadocia.

Nahas di Cappadocia itu berlaku tiga bulan selepas satu lagi kejadian belon udara panas meletup berlaku di Luxor, Mesir dengan mengorbankan 19 orang pada 26 Februari lalu. - AFP

Pemuda 26 tahun dari New York jadi bilionair

Posted:

Pemuda 26 tahun dari New York jadi bilionair

Pemuda 26 tahun dari New York jadi bilionair


GAMBAR fail menunjukkan Karp (kanan) bersama Presiden Media Kabel Warner, Joan Gilman.- AP


NEW YORK - Seorang pemuda berusia 26 tahun, David Karp bakal menjadi bilionair apabila syarikat Yahoo! bersetuju untuk membeli laman rangkaian sosial ciptaannya, Tumblr pada harga AS$1.1 bilion (RM3.31 bilion).

Karp yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tumblr dijangka mengekalkan sebahagian besar kawalannya ke atas syarikatnya itu selepas penjualan tersebut berlaku.

Pemuda yang berasal dari New York itu sebelum ini merupakan pelajar sekolah tinggi yang tercicir.

Karp mula mempelajari kod komputer semasa dia berumur 11 tahun.

Dia mencipta laman tersebut di sebuah unit apartmen kecil milik ibunya pada tahun 2007.

Sebelum ini, laman tersebut dianggarkan bernilai AS$800 juta (RM2.4 bilion).

Karp tinggal di sebuah apartmen yang sederhana bersama kekasihnya, Rachel Eakley yang merupakan seorang lulusan universiti dan chef.

Dia kemudian berpindah ke sebuah apartmen mewah bernilai AS$1.6 juta (RM4.82 juta) di Williamsburg, Brooklyn.

Syarikat Yahoo! turut mendedahkan tentang urus niaga itu menerusi ketuanya, Marrisa Mayer semalam.

Pada minggu lalu, kedua-dua buah syarikat itu mengesahkan spekulasi berhubung wujudnya perikatan melibatkan kedua-dua syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, Tumblr dibenarkan untuk beroperasi sebagai sebuah syarikat yang bebas selepas penjualan tersebut.

"Tumblr merupakan rangkaian media yang berkembang dengan pesat di dunia.

"Ia memberikan sesuatu yang bermakna kepada para pengguna Yahoo!," kata Mayer. - Agensi

Drama suami bongkar isteri curang

Posted:

Drama suami bongkar isteri curang

Drama suami bongkar isteri curang


GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube semalam menunjukkan seorang lelaki mula turun dengan menggunakan cadar katil dari tingkap tingkat tiga sebuah unit apartmen di Sao Paulo baru-baru ini.


SAO PAULO, Brazil - Sejumlah orang ramai menyaksikan 'drama' hubungan sulit seorang isteri yang berjaya dibongkar oleh suaminya sendiri di sebuah unit apartmen di sini baru-baru ini, menurut akhbar dalam talian Independent.ie semalam.

Suami itu memasuki apartmennya semasa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki lain.

Ketika mereka bertengkar di balkoni bangunan tersebut, lelaki yang menjalin hubungan sulit itu kemudian berusaha turun dengan menggunakan cadar yang diikat pada tingkap apartmen tersebut.

Dia turun dari tingkap tingkat tiga dengan hanya memakai seluar pendek berwarna putih ketika kekasihnya bertengkar dengan suaminya.

Lelaki itu yang namanya tidak diketahui kemudian selamat tiba di tingkat satu.

Sejumlah orang ramai yang cemas menyaksikan 'drama' tersebut turut menjerit-jerit ke arah lelaki tersebut.

Lelaki itu kemudian berdiri di tepi tingkap sebuah unit apartmen di tingkat satu selepas dia turun dengan menggunakan cadar tersebut.

Dia kemudian terjun di atas 'tilam khas' yang diletakkan oleh anggota-anggota bomba di bawah apartmen tersebut.

Selepas jatuh di atas tilam tersebut, lelaki itu berdiri dan menunjukkan penumbuknya ke arah pasangan suami isteri yang sedang bertengkar di balkoni tersebut.

Beberapa orang kemudian turut bertepuk tangan kerana lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan selepas dia terjun dari tepi tingkat satu.

Lelaki itu kemudian berjalan dengan bercakap sesuatu ke arah orang ramai dan anggota-anggota bomba.

'Drama' itu turut disiarkan di laman YouTube. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved