Khamis, 25 April 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Empat anggota AADK palsu ditahan polis

Posted:

Empat anggota AADK palsu ditahan polis

Empat anggota AADK palsu ditahan polis

25/04/2013 8:31pm

KUANTAN - Empat lelaki yang menyamar sebagai anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sebelum menyamun seorang pemuda di bandar Mentakab awal pagi tadi, berjaya diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Aziz Salleh berkata, suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditahan di kawasan sama sejurus pihak polis menerima laporan kejadian itu.

"Tindakan pantas polis berjaya menahan empat suspek berkenaan selepas dua jam laporan dibuat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, seorang pemuda, 20, kerugian RM600 selepas disamun empat lelaki yang menyamar sebagai anggota AADK di bandar Mentakab, dekat Temerloh yang bertindak mengepungnya semasa berjalan kaki sendirian untuk pulang ke rumahnya pada pukul 1 pagi.

Bagaimanapun, kata Aziz, selepas menyamun mangsa terbabit, suspek melepaskan mangsa tanpa mencederakannya lalu mangsa pulang ke rumah dan bergegas membuat laporan polis. - Bernama

Suspek serang penyokong parti di Dungun serah diri

Posted:

Suspek serang penyokong parti di Dungun serah diri

Suspek serang penyokong parti di Dungun serah diri

25/04/2013 8:11pm

KUALA TERENGGANU - Suspek kes menyerang seorang penyokong parti politik di Dungun semalam, tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, suspek, seorang peniaga menyerah diri pada kira-kira 2 petang dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

"Suspek yang berumur 35 tahun ini juga pernah didakwa di mahkamah kerana terlibat dalam kes pergaduhan di Dungun baru-baru ini, katanya kepada pemberita di sini.

Manoharan berkata, mangsa serangan, berusia 57 tahun, kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dan keadaannya dilaporkan stabil. - Bernama

Perlumbaan Jelajah Malaysia 2013 ditunda ke Jun

Posted:

Perlumbaan Jelajah Malaysia 2013 ditunda ke Jun

Perlumbaan Jelajah Malaysia 2013 ditunda ke Jun

25/04/2013 8:05pm

KUALA LUMPUR - Perlumbaan Jelajah Malaysia 2013 ditunda ke Jun berikutan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini, menurut penganjur perlumbaan, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Perlumbaan berbasikal tertua di Malaysia itu sepatutnya berlangsung dari 7 hingga 11 Mei ini dan kini diadakan dari 26 hingga 30 Jun ini.

Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad BERKATA, pihaknya memohon kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) untuk meminda tarikh asal memandangkan PRU-13 baru selesai dua hari sebelum itu.

Bagaimanapun, katanya, secara kebetulan UCI telah menetapkan bahawa semua kejohanan kebangsaan di seluruh dunia perlu diadakan dalam tempoh antara 17 hingga 30 Jun ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved