Selasa, 23 April 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lapan nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara

Posted:

Lapan nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara

Lapan nelayan Vietnam ditahan ceroboh perairan negara

23/04/2013 8:35pm

KEMAMAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan lapan nelayan warga Vietnam setelah didapati menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan negara.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 9 Kuala Terengganu, Kapten Maritim Xavier Thevedas berkata, kesemua nelayan berusia 23 hingga 35 tahun itu ditahan kira-kira 60 batu nautika di luar Pantai Kuala Terengganu, kira-kira pukul 10.30 malam.

Semasa ditahan, mereka sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara.

"Menyedari bot mereka dihampiri, nelayan berkenaan menutup lampu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

"Hasil pemeriksaan, kita menahan lapan nelayan tersebut dan turut merampas peralatan serta hasil tangkapan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya bot mereka juga ditunda ke Jeti Pangkalan Maritim Kemaman untuk siasatan lanjut, dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985.

Xavier berkata tangkapan itu adalah yang ketiga tahun ini membabitkan bot nelayan asing di perairan itu.

Beliau juga berharap komuniti nelayan tempatan sentiasa memberi kerjasama dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat pencerobohan bot nelayan asing di kawasan mereka menangkap ikan.

APMM Terengganu sentiasa membuat pemantauan dan operasi bagi mengekang kemasukan bot nelayan asing daripada terus menceroboh dan mengaut hasil khazanah negara, kata Xavier. - Bernama

FAM pinda beberapa perlawanan Liga Malaysia

Posted:

FAM pinda beberapa perlawanan Liga Malaysia

FAM pinda beberapa perlawanan Liga Malaysia

23/04/2013 8:15pm

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan meminda tarikh perlawanan yang ditetapkan pada 4, 5 dan 6 Mei bagi memudahkan pegawai dan pemain mengundi, kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Beliau berkata, empat perlawanan Liga Super yang dijadual berlangsung pada 4 Mei akan dipinda kepada 22 Mei di tempat yang telah ditetapkan.

Perlawanan tersebut melibatkan Lions XII menentang Selangor PKNS, Selangor menentang Terengganu, Negeri Sembilan menentang Pahang dan Johor Darul Takzim menentang Kelantan.

Azzuddin berkata, lima perlawanan Liga FAM yang dijadual berlangsung pada 5 Mei dipinda kepada 8 Mei.

Perlawanan melibatkan ATM Tentera Darat menentang YBU, Melaka menentang Cebagoo, PBAPP menentang Tumpat FA, Kuantan FA menentang Pulau Pinang dan PB Melayu Kedah menentang PHG Kuantan Port.

Sementara itu enam perlawanan Liga Premier yang dijadual pada 6 Mei akan dipinda pada 21 Mei.

Ia melibatkan Johor menentang Kedah, PDRM menentang UiTM, KL SPA menentang Sime Darby, Perlis menentang NS Betaria, Sabah menentang Kuala Lumpur dan Pos Malaysia menentang Sarawak. - Bernama

Kes penyakit berjangkit sebuah pusat perniagaan tiada kaitan H7N9 - KP Kesihatan

Posted:

Kes penyakit berjangkit sebuah pusat perniagaan tiada kaitan H7N9 - KP Kesihatan

Kes penyakit berjangkit sebuah pusat perniagaan tiada kaitan H7N9 - KP Kesihatan

23/04/2013 8:09pm

KUALA LUMPUR - Beberapa kes penyakit berjangkit yang berlaku dalam kalangan pekerja sebuah pusat perniagaan di sini bulan lepas, berpunca daripada bakteria Legionella dan tiada kaitan dengan virus Influenza A H7N9 seperti didakwa mereka, menurut Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan siasatan awal Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL), antara lain mendapati dua daripada kes itu adalah positif ujian penyakit saluran pernafasan itu yang berpunca daripada bakteria Legionella, terdapat di dalam air dan tersebar melalui udara.

"JKWPKL juga telah menjalankan pengesanan kes secara aktif untuk penyakit itu di salah satu blok bangunan itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehingga semalam, beliau berkata seramai 1,158 pekerja pusat perniagaan berkenaan telah disaring dan seramai 281 didapati mengalami gejala saluran pernafasan ringan dan telah diberikan rawatan sewajarnya.

Katanya empat daripada mereka dimasukkan ke hospital, di mana tiga daripada mereka telah dibenarkan keluar, manakala seorang lagi meninggal dunia disebabkan severe bronchopneumonia with Adult Respiratory Distress Syndrome (ARDS) dan beberapa penyakit lain.

Noor Hisham berkata siasatan lanjut masih lagi dijalankan bagi menyiasat kemungkinan kejadian itu berpunca daripada sistem air yang panas pada bangunan seperti menara penyejukan, 'humidifier', dandang, air pancut tertutup dan lain-lain. Namun begitu, beliau berkata penyakit itu masih dalam keadaan terkawal dan tidak merebak daripada seorang ke seorang yang lain.

"Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan terus memantau situasi ini dan mengambil langkah kawalan dan pencegahan," katanya.

Noor Hisham menasihatkan orang ramai yang mempunyai gejala saluran pernafasan untuk segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved