Selasa, 16 April 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Mayat gadis ditemui dengan kesan tusukan di leher

Posted:

Mayat gadis ditemui dengan kesan tusukan di leher

Mayat gadis ditemui dengan kesan tusukan di leher

16/04/2013 11:12pm

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan berumur 18 tahun ditemui dengan kesan tikaman di leher di dalam sebuah longkang berhampiran padang bola di Jalan Tiong 7, Bandar Puchong Jaya, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abd. Razak Elias berkata, polis menerima laporan daripada seorang lelaki pada 6.50 petang tadi yang menemui mayat tersebut.

"Mayat itu ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan luka kecil berlubang di leher," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan dokumen yang ditemui pada mayat itu, mangsa dikenali sebagai Parhwine Lucia Mejia Kaur.

Beliau berkata, punca kematian masih belum dikenal pasti dan bedah siasat akan dilakukan di Hospital Serdang esok, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Esther juara Kejohanan Boling Antara Negeri Ke-26

Posted:

Esther juara Kejohanan Boling Antara Negeri Ke-26

Esther juara Kejohanan Boling Antara Negeri Ke-26

16/04/2013 11:09pm

PETALING JAYA - Pemain boling wanita negara, Esther Cheah, yang mewakili Pulau Pinang, muncul juara Kejohanan Boling Antara Negeri ke-26.

Beliau melakukan 1,309 jatuhan pin pada pertandingan yang berlangsung di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway di sini hari ini.

Pingat perak dimenangi pemain Selangor Zandra Aziela Ibrahim Hakimi dengan 1,238 jatuhan pin manakala gangsa milik Sharon Koh dari Kuala Lumpur dengan 1,223 jatuhan pin.

Esther berkata beliau amat berpuas hati dengan permainannya hari ini walaupun menerima saingan sengit daripada Sharon dan Zandra.

"Saya gembira kerana momentum permainan saya secara perlahan semakin meningkat," katanya. - BERNAMA

Polis kenal pasti 8 Parlimen, 13 DUN panas di Sabah

Posted:

Polis kenal pasti 8 Parlimen, 13 DUN panas di Sabah

Polis kenal pasti 8 Parlimen, 13 DUN panas di Sabah

16/04/2013 10:57pm

KOTA KINABALU - Polis Sabah mengenal pasti lapan kawasan Parlimen dan 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) panas di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata kawasan Parlimen yang dijangkakan panas ialah Tuaran, Sandakan, Tawau, Kota Kinabalu, Beaufort, Sepanggar, Penampang dan Pensiangan.

Bagi DUN pula, kawasan yang dikategorikan sebagai panas ialah Likas, Luyang, Api-Api, Inanam, Kepayan, Sri Tanjong, Klias, Kuala Penyu, Tanjong Papat, Karamunting, Elopura, Binkor dan Merotai.

"Kita anggap kawasan ini panas bukan kerana faktor keselamatan, tetapi persaingan yang akan berlaku di situ," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan wakil parti di Ibu Pejabat Kontinjen Polis di sini hari ini. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved