Selasa, 23 April 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pakej berbaloi Domino's

Posted:

Pakej berbaloi Domino's

Pakej berbaloi Domino's

HASFAHLINDA menunjukkan salah satu piza yang terdapat di Domino's.


KEKANGAN masa akibat jadual kerja atau tugasan harian yang ketat menyebabkan ramai orang memilih untuk menikmati makanan segera. Piza kegemaran ramai, Domino's kembali menawarkan promosi menguntungkan kepada penggemarnya melalui beberapa pilihan yang dinamakan sebagai The New Incredible Meals (NIM).

Menurut Pengurus Pemasaran Domino's, Hasfahlinda Hassan, promosi NIM berbaloi kerana pelanggan boleh memilih piza yang berbeza selain boleh menambah beberapa menu lain pada harga rendah.

"Harga promosi berpatutan mengikut empat pakej yang terdapat dalam promosi NIM. Ia sesuai untuk dihidangkan dalam kumpulan seramai empat hingga 15 orang," ujarnya ketika ditemui oleh Kosmo! baru-baru ini.

Tambahnya, pelanggan dapat berjimat dengan harga yang ditawarkan iaitu serendah RM10 untuk seorang. Ia lebih berbaloi berbanding membeli secara berasingan tanpa menggunakan tawaran promosi.

"Kami mahukan pelanggan berpuas hati melalui promosi hebat ini dengan menghidangkan piza yang berkualiti," kata Hasfahlinda.

Selain itu, cara pesanan piza Domino's kini juga semakin mudah hanya melalui panggilan dan penghantaran segera ke alamat yang diberikan.

"Satu lagi cara paling mudah ialah menggunakan langganan secara dalam talian. Ia lebih mudah dan ringkas malah tiada kos penghantaran dikenakan kepada mereka," tambah Hasfahlinda.

Bagi memudahkan urusan langganan, penggemar Domino's juga boleh membuat tempahan seminggu awal melalui laman web restoran makanan segera itu.

"Ia memberi kesan positif sejak dilancarkan kerana pelanggan tidak perlu lagi risau mengenai tempahan makanan untuk acara-acara persendirian atau secara berkumpulan," ujarnya.

Pelanggan boleh memilih tiga pakej untuk kumpulan kecil iaitu NIM 1 pada harga RM40 untuk dua piza sederhana, manakala NIM 2 pula untuk lima orang pada harga RM50 mengandungi dua piza sederhana dan tiga menu tambahan. NIM 3 pula memberi pelanggan tiga pilihan piza dan dua menu tambahan.

Bagi acara dalam kumpulan yang besar, pelanggan boleh memilih pakej NIM Party Pack yang menawarkan lima keping piza sederhana pada harga RM100, atau pakej NIM Celebration Pack yang berharga RM150 untuk tujuh piza sederhana untuk 15 orang.

"Promosi hebat ini hanya ditawarkan di Malaysia dan ia bermula Mac lalu hingga penghujung April," jelas Hasfahlinda.

Idea artistik BNYV

Posted:

Idea artistik BNYV

Idea artistik BNYV

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


DARI kiri: Zaidel, Ariff dan Irsyaduddin merupakan antara jentera BNYV yang memerah idea dalam penghasilan poster BN pada PRU-13 ini.


MULA diperkenalkan sejak setahun lalu, sukarelawan Belia Barisan Nasional (BNYV) merupakan salah satu saluran untuk golongan remaja menyatakan sokongan kepada kerajaan.

BNYV adalah program sukarelawan di bawah Belia Barisan Nasional yang juga menyokong kempen parti itu pada Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13) ini.

Tidak hanya tertumpu kepada aktiviti politik, kumpulan belia yang mempunyai seramai 1,600 ahli di seluruh negara itu juga aktif dalam memberi informasi mengenai peranan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada golongan belia.

Salah satu cara mereka membantu kerajaan pada PRU-13 ini adalah dengan menyumbangkan pelbagai rekaan poster yang bakal digunakan sempena pilihan raya ini.

Pengarah BNYV, Zaidel Baharuddin, 30, memberitahu, poster yang dihasilkan mempunyai informasi mengenai peranan kerajaan dalam pembangunan negara.

"Sehingga kini, kami telah menghasilkan kira-kira 50 rekaan poster, kain rentang dan panji-panji yang akan digunakan dalam kempen BN pada PRU-13 ini.

"Sempena pilihan raya kali ini, matlamat kami adalah untuk mengajak golongan belia bersama-sama menyokong kerajaan sedia ada.

Mesej yang disampaikan dalam setiap poster juga jelas tanpa menggunakan ayat-ayat yang memempunyai maksud yang tersirat," ujarnya ketika ditemui di markas BNYV di Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ungkapan seperti Take Charge, Make A Different dan Vote For Transformation merupakan mesej yang digunakan dalam poster BN sempena pilihan raya ini.

Informasi lengkap

Tambah Zaidel, poster yang dihasilkan juga mempunyai segala informasi yang boleh dijadikan rujukan para belia bagi mematahkan kenyataan yang telah diputar-belitkan oleh pihak pembangkang mengenai kerajaan.

Tidak hanya tertumpu di ibu negara, BNYV juga aktif di Selangor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Pertubuhan sukarelawan itu merupakan landasan kepada golongan belia untuk bekerjasama dan menjadi sebahagian dalam kempen yang dijayakan oleh BN.

Bagi pereka grafik BNYV, Irsyaduddin Mahad, 24, idea penghasilan poster timbul setelah mendapati ia mempunyai peranan yang penting dalam landskap perjuangan politik setiap negara.

Menurutnya, biru merupakan warna wajib dalam setiap rekaan poster yang dihasilkannya kerana ia bertepatan dengan warna bendera BN.

"Selain biru, saya juga mencampurkan warna-warna lain untuk menghasilkan poster yang berwarna-warni bagi menarik minat belia. Poster yang dihasilkan mudah difahami ditambah pula segala informasi disampaikan dalam bentuk grafik.

"Segala informasi yang digunakan dalam poster merupakan data yang diperoleh daripada unit penyelidikan BNYV.

Tugas unit grafik pula menyampaikan maklumat dalam bentuk yang lebih menarik," ujarnya yang kini bertugas sebagai pensyarah di salah sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Batu Pahat, Johor.

Unit komunikasi visual BNYV merupakan salah satu unit dalam persatuan sukarelawan itu selain unit penyelidikan, pengurusan acara dan pidato.

Sementara itu, bagi Mohamed Ariff Jeme'an, 24, dari unit pidato memberitahu, informasi yang terkandung dalam poster menjadi sumber rujukan utama unitnya ketika sesi ceramah kepada golongan belia.

"Setiap unit BNYV mempunyai peranan yang tertentu. Kami saling memerlukan dalam memperkuatkan jentera belia yang menyokong BN dalam PRU-13 ini," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved