Rabu, 17 April 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Bersatu di bilik gerakan

Posted:

Bersatu di bilik gerakan

Bersatu di bilik gerakan

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

BIRO kebajikan bertungkus-lumus menyediakan masakan untuk para petugas jentera parti.


Datuk Seri Najib nama diberi

Orangnya berhemah lagi disayangi

Terima kasih Perdana Menteri

Membantu rakyat seluruh negeri

Tun Mahathir pembangun negara

Semua usaha sudah berjaya

Rakyat jelata merasa bangga

Sehingga kini Tun masih setia

DUA rangkap pantun di atas merupakan nukilan rasa Tipeh Bakri, 60, yang ingin disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mantan Perdana Menteri, Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana sumbangan serta jasa mereka terhadap pembangunan negara.

Tipeh yang merupakan Pengerusi Tetap Wanita UMNO Bahagian Setiawangsa, Kuala Lumpur ditemui Kosmo! ketika membuat liputan di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) cawangan Wangsa Keramat pada malam Jumaat lalu.

Walaupun baru sahaja menjalani rawatan dialisis kerana sakit buah pinggang, beliau sanggup turun padang untuk menyaksikan kemeriahan suasana di bilik gerakan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.

"Saya mula menyertai UMNO pada usia 19 tahun. Justeru, semangat kepartian yang mengalir dalam diri sukar untuk dipisahkan," kata Tipeh yang turut membantu jentera parti dengan menyampaikan siri ceramah di kawasan tersebut.

Sejak mula beroperasi pada 4 April lalu, Bilik Gerakan BN cawangan Keramat Wangsa itu tidak pernah sunyi dengan pelbagai aktiviti terutamanya pada waktu malam.

Menurut Ketua UMNO cawangan Keramat Wangsa, Mohd. Shaari Sidek, 55, selepas Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu, pihaknya telah mengambil tindakan awal dengan menubuhkan jawatankuasa petugas bagi jentera parti pilihan raya.

"Ini termasuklah melantik biro penerangan, logistik, kebajikan, teknologi maklumat, pengundi luar, peraih undi dan biro pengangkutan. Kesemua mereka terdiri daripada penduduk tempatan yang hadir secara sukarela untuk menghulurkan bantuan.

Gotong-royong memasak

"Setiap malam, golongan wanita yang terdiri daripada biro kebajikan akan memasak secara bergotong-royong untuk petugas jentera PRU-13. Selain itu, anak-anak muda pula akan mengambil tugas menggantung bendera di sekitar kawasan ini," ujar Mohd. Shaari merangkap Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Setiawangsa.


JENTERA parti pilihan raya BN cawangan Keramat Wangsa bersemangat untuk menjalankan tugas masing-masing.


Apa yang pasti, bahang PRU-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi semakin hangat dirasai. Kibaran bendera yang dipasang di dalam dan luar bilik gerakan menjadikan suasana lebih meriah.

Bagi Zalima Abd. Rahim, 57, sebagai ketua tukang masak, dia gembira kerana dapat menyumbang tenaga sebagai salah seorang petugas jentera parti. Walaupun hanya berada di dapur, ia tetap memberi kepuasan pada dirinya.

"Saya seronok kerana dapat membantu mengikut kemampuan diri. Setiap malam saya akan menyediakan makanan untuk dinikmati semua petugas. Biasanya kami akan mengambil kira pandangan ramai sebelum memilih menu untuk dimasak.

"Antara hidangan yang disediakan termasuklah nasi goreng, mi atau bihun goreng dan nasi lemak," terang Zalima yang akan turun mengundi buat kali kelima dalam hidupnya.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO cawangan Wangsa Keramat, Hanifah Mohd. Yatim, 52, memberitahu, selain memasak, petugas wanita turut melakukan aktiviti berkempen dengan melawat dari rumah ke rumah untuk bertemu penduduk.

"Mereka memainkan peranan sebagai peraih undi bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kali ini," ungkap Hanifah.

WeChat versi tempatan

Posted:

WeChat versi tempatan

WeChat versi tempatan

Oleh ADLAN JAAFAR


FUNGSI mesej suara memudahkan pengguna menghantar pesanan tanpa perlu menaip.


LEDAKAN penggunaan telefon pintar turut menukar cara orang ramai berhubung dengan gajet tersebut. Bukan setakat khidmat pesanan ringkas (SMS) atau membuat panggilan, aplikasi-aplikasi komunikasi memudahkan perhubungan. Ia juga percuma kepada mereka yang memiliki pelan data internet mobil.

Aplikasi-aplikasi seperti Line, WhatsApp, Viber dan WeChat mempunyai persamaan iaitu dari segi ruang berbual dan penghantaran fail.

Begitupun, kesemua aplikasi itu mempunyai keistimewaan tersendiri dan WeChat berbeza dari segi fungsi Push To Talk.

Jika sebelum ini, setiap mesej perlu ditaip namun menggunakan WeChat, pengguna hanya perlu menekan butang, bercakap dan seterusnya mesej dihantar ke penerima.

"Menghantar SMS ketika memandu amat berbahaya tetapi menggunakan WeChat lebih selamat kerana tidak perlu menaip lagi, hanya bercakap dan mesej dihantar," kata pelakon yang baru memenangi Anugerah Bintang Paling Popular anjuran sebuah akhbar tempatan, Shaheizy Sam.

Dia dan Lisa Surihani ditemui pada majlis pelancaran iklan televisyen versi tempatan berbahasa Melayu di Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir, Presiden Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, Ba U Shan-Ting.

Iklan televisyen WeChat bahasa Melayu mempunyai tiga versi menarik dengan setiap satunya memberi penekanan yang berbeza.

Dekat kepada masyarakat

Sebelum ini, terdapat empat versi iklan berkenaan yang berbeza bahasa bergantung kepada negara sasaran iaitu Taiwan, Hong Kong, Indonesia dan Thailand.

"Kami perlu dekat kepada masyarakat tempatan dengan cara penerbitan iklan dan pelantikan duta jenama," kata Timbalan Presiden Tencent International Business, Poshu Yeung.

Jalan cerita iklan tersebut menggambarkan keseronokan dan kemudahan pengguna menggunakan WeChat dan mempunyai durasi selama 30 saat.

Setakat bulan lalu, terdapat lebih kurang 300 juta pengguna WeChat di seluruh dunia.

Menurut Yeung, walaupun penduduk Malaysia sekitar 30 juta orang namun rakyat Malaysia merupakan antara yang paling kerap menghantar dan membaca mesej di dunia.

"Saya boleh melihat dua orang sedang berbual sambil membaca mesej yang dihantar," ungkapnya.


DARI kiri: Lisa, Yeung, Shan-Ting dan Shaheizy pada majlis pelancaran iklan komersial WeChat di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Tambahnya lagi, platform aplikasi komunikasi akan menjadi sebuah industri yang amat menguntungkan. Justeru, tindakan pihaknya menjalankan promosi WeChat di

Malaysia sangat tepat pada waktunya.

WeChat juga mempunyai akaun rasmi yang boleh diikuti oleh pengguna. Akaun rasmi itu milik selebriti dan syarikat-syarikat terpilih.

Pemilik akaun rasmi boleh memuat naik kemas kini pada masa nyata dalam apa bentuk sekalipun sama ada bentuk mesej, kata-kata atau pun emosi.

Lisa dan Shaheizy mempunyai akuan rasmi WeChat. Menurut Yeung, pihaknya sangat memilih selebriti dan syarikat untuk menyertai akaun rasmi tersebut. Ia disebabkan mereka mahu memberikan yang terbaik kepada pengguna WeChat.

Ia juga disokong oleh sambungan WiFi, 3G dan 4G serta boleh dimuat turun pada semua sistem operasi seperti iOS, Android, Symbian, BlackBerry selain Windows.

Sehubungan itu, WeChat dapat digunakan oleh semua platform telefon pintar. Bagi pengguna BlackBerry 10 (BB10) pula boleh memuat turunnya dalam tempoh tiga bulan mendatang.

Ia juga mempunyai 17 bahasa berbeza antaranya, bahasa Inggeris, Melayu, Cina, Portugis, Vietnam, Rusia dan Thai.

Ciri-ciri lain yang menarik mengenai WeChat ialah plug-in sosial berdasarkan lokasi iaitu Shake, Look Around dan Drift Bottle.

Ia membolehkan pengguna berkawan dan berbual melangkaui sempadan negara.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved