Rabu, 10 April 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Seni pergerakan parkour

Posted:

Seni pergerakan parkour

Seni pergerakan parkour

Oleh ADLAN JAAFAR

SUKAN parkour menuntut kecekapan dan ketelitian yang tinggi.


BERLARI sekuat hati, kemudian melompat-lompat pada permukaan rata, lelaki itu seterusnya bergayut pula pada sebatang tiang. Tidak cukup dengan aksi sebegitu, lelaki bertubuh kecil berkenaan melontarkan badannya pada satu pelantar, tetapi dapat mendarat dengan baik di permukaan simen.

Abudi Al-Sagoff, 21, sedang melakukan aktiviti sukan ekstrem yang dipanggil sebagai parkour di Festival Jalanan Showdown, 8TV di pusat beli-belah 1Utama, Selangor.

Sebenarnya, sukan yang bermula di Perancis itu mementingkan kepantasan dan kecekapan, tetapi untuk tontonan umum, persembahan pergerakan bebas dibuat.

Menggunakan palang-palang besi dan pelantar papan, anak-anak muda sekitar sembilan orang termasuk Abudi melontarkan badan mereka sambil memusingkannya di ruang udara.

Tidak menggunakan sebarang alat sokongan melompat, pasukan yang diketuai oleh Abudi menggunakan kekuatan tangan dan kaki untuk melonjakkan badan.

Abudi berasal dari Bangi, Selangor mula mengumpul rakan-rakan yang berminat dalam parkour melalui forum-forum yang membincangkan perkara tersebut.

Individu yang mempraktikkan parkour dikenali sebagai free runner atau dalam bahasa Perancis, traceur tetapi di Malaysia ramai yang lebih gemar memanggil mereka dengan panggilan budak-budak parkour.

Abudi dan rakan-rakannya berlatih di Presint 2, Putrajaya. Katanya, sukar untuk mempraktikkan parkour di Malaysia seperti di Perancis kerana susunan bangunan di Kuala Lumpur yang berjarak jauh.

Sama seperti BMX, parkour masih kurang dikenali di Malaysia, namun individu seperti Abudi telah menjelajah ke luar negara bagi menyertai kejohanan parkour yang bertaraf antarabangsa.

Terbaharu, dia mewakili Malaysia di pertandingan itu yang diadakan di Miami, Amerika Syarikat. Sukar mencari angka rasmi pengamal parkour di Malaysia tetapi setakat ini, lebih kurang 1,000 orang terlibat dalam sukan tersebut berdasarkan bilangan yang menekan butang di laman sosial, Facebook , kata Abudi.

Di satu sudut yang lain pula, papan putih yang sudah siap diwarnakan dengan corak dan imej berwarna-warni melatari kawasan tersebut.

Perintis grafiti di Malaysia, Mohd. Nazri Amran mengutarakan pandangannya mengenai seni itu di Malaysia. Katanya, ia sudah mula diterima semua lapis masyarakat berbanding kira-kira sedekad lalu.

GOLONGAN remaja semakin meminati sukan ekstrem parkour.


Aktiviti tagging

Akuinya, sama seperti penyebaran seni itu di luar negara, grafiti turut dimulakan secara tidak sah dengan Mohd. Nazri melakukan aktiviti tagging di sekitar Batu Pahat, Johor.

Tagging merupakan aktiviti individu grafiti meninggalkan kesan dengan menconteng dinding dengan namanya.

"Semakin mudah sesuatu dinding dilihat umum, pasti tempat tersebut menjadi sasaran kami," ceritanya ketika ditemui selepas kelas grafiti dijalankan.

Selepas berhijrah ke Kuala Lumpur, dia masih lagi meneruskan aktiviti itu secara tidak sah, namun lama-kelamaan ia menampakkan kesan apabila kerajaan mula menerima mereka.

Di Kuala Lumpur, dinding di tebing sungai Klang menjadi kawasan mereka berkarya setiap tahun tanpa gangguan.

Basikal guna gentian karbon dilancar

Posted:

Basikal guna gentian karbon dilancar

Basikal guna gentian karbon dilancar


BASIKAL premium Duo Cali dibina berasaskan ciri-ciri pesawat dan jentera F1.


CATERHAM COMPOSITES (Caterham) melancarkan basikal premium Duo Cali dengan merangkumi kejituan rekaan dan penggunaan bahan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dianggap sebagai revolusi konsep baharu basikal, ia menggunakan idea kenderaan perlumbaan yang ringan dengan memasukkan ciri-ciri pesawat dan jentera Formula Satu (F1).

Strukturnya ringan dibangun menggunakan bahan gentian karbon menjadikan ia basikal pertama diperbuat daripada komposisi komposit sepenuhnya.

Ia menolak falsafah lama rekaan basikal bagi memenuhi pengalaman kejuruteraan F1 yang praktikal. Kelainan yang terdapat pada Duo Cali adalah pada rekaan bingkainya.

Tiub bingkai terpisah dan penukaran gear elektronik yang dibina dalam bingkai menjadikan sifat Duo Cali seakan-akan teknologi F1.

Berbanding rekaan basikal terdahulu, mekanisme gear elektroniknya merupakan sebahagian daripada struktur, bukan dipasang kemudian dan disembunyikan.

Ia direka dan ditentukan sejak proses rekaan lagi. Gear seumpama itu merupakan yang pertama dalam industri basikal dan sudah semestinya dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.

Duo Cali menggunakan komponen-komponen basikal yang setanding dengan jenama Caterham lain seperti Campagnolo, Selle Italia dan Crankbrother.

Basikal berkenaan boleh didapati di pasaran dalam negara dengan harga sekitar RM40,000.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved