Khamis, 25 April 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Lewandowski wira Dortmund

Posted:

Lewandowski wira Dortmund

Lewandowski wira Dortmund

LEWANDOWSKI (depan) tetap merendah diri meskipun dia meledakkan empat gol untuk membantu Dortmund membelasah Real 4-1 awal pagi semalam.


DORTMUND, Jerman – Robert Lewandowski meledakkan empat gol untuk membantu Borussia Dortmund membelasah Real Madrid 4-1 pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Kemenangan besar di Signal Iduna Park itu memberi kelebihan kepada Dortmund untuk menjejakkan kaki ke final yang akan berlangsung di Stadium Wembley pada 25 Mei depan.

Dortmund mempunyai prospek untuk bertemu musuh tradisi, Bayern Munich di pentas final selepas juara Bundesliga itu membelasah sebuah lagi kelab Sepanyol, Barcelona 4-0 pada aksi separuh akhir pertama kelmarin.

"Kami masih perlu bermain di Madrid. Ia bukan satu tugas mudah," kata juru- latih Dortmund, Juergen Klopp.

Pada perlawanan tersebut, Lewandow- ski meletakkan pasukan tuan rumah di depan seawal minit kelapan tetapi Real berjaya mengikat kedudukan 1-1 hasil jari- ngan penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo pada minit ke-43.

Bagaimanapun, Lewandowski membuktikan kehebatannya apabila kembali meletakkan Dortmund di depan pada minit ke-50 sebelum melengkapkan hatrik lima minit kemudian.

Penyerang Poland itu menambah gol keempat menerusi satu sepakan penalti selepas Xabi Alonso menjatuhkan Marco Reus pada minit ke-67.

"Ia adalah suatu persembahan yang mengagumkan daripada pasukan saya.

"Gol ketiga sangat bernilai," kata Klopp.

Sementara itu, Klopp menganggap kejayaan itu ada kaitan dengan reaksi para penyokong Dortmund yang masih belum dapat menerima keputusan pemain tengah, Mario Goetze untuk menyertai Bayern pada 1 Julai depan.

Terdapat laporan yang mendakwa, para penyokong mengugut untuk melakukan rusuhan pada aksi tersebut.

"Saya tidak pasti mengenai perkara itu tetapi saya berharap penyokong-penyokong menghormati keputusan Goetze dan itulah yang berlaku. Mereka (penyokong- penyokong) sangat hebat.

"Saya sentiasa memberikan nasihat kepada Goetze. Meskipun para penyokong tidak akan memaafkannya, kelab akan terus memberikan sokongan.

"Dia merupakan pemain muda berbakat dan masih berpeluang untuk meningkatkan tahap keupayaannya.

"Pada aksi menentang Real, dia mempamerkan persembahan cemerlang seperti yang diharapkan," katanya. – AFP

Chong Wei melangkah ke suku akhir Terbuka India

Posted:

Chong Wei melangkah ke suku akhir Terbuka India

Chong Wei melangkah ke suku akhir Terbuka India

PEMAIN perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei membuktikan statusnya selaku pilihan pertama Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka India 2013 apabila mudah menewaskan pemian Jepun, Kazumasa Sakai semalam sekali gus layak ke pusingan suku akhir.

Pada aksi pusingan kedua semalam, Chong Wei dilihat tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan 21-17, 21-9 ke atas pemain muda Jepun itu dalam tempoh 33 minit di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi.

Chong Wei yang tampil dengan aksi konsisten sejak pusingan pertama kelmarin, akan berdepan pemain tuan rumah, H. S. Prannoy yang turut mara selepas membuat kejutan ke atas jaguh Indonesia, Taufik Hidayat.

Taufik yang merupakan idola kepada pemain muda India itu ketika zaman kanak-kanaknya tumpas 24-26, 9-21 dalam tempoh 40 minit.

Beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut mara selepas mencatatkan kemenangan mudah ketika menundukkan pasangan tuan rumah, Surender Rathee-Neeraj Vashist 21-13, 21-8 pada pusingan kedua semalam.

Begitupun, Kien Keat-Boon Heong dijangka menghadapi tugas sukar hari ini selepas dijadualkan bertemu pasangan No. 5 dunia, Kim Ki Jung-Kim Sa Rang dari Korea Selatan yang turut mara selepas menewaskan pasangan Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda 21-14, 21-8.

Beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying pula dipaksa bermandi peluh sebelum berjaya menundukkan pasangan Jepun, Hirokatsu Hashimoto-Miyuki Maeda 19-21, 21-10, 23-21.

Peng Soon-Liu Ying akan menentang beregu dari Poland, Robert Mateusiak-Nadiezda Zieba yang mara ke suku akhir selepas menyingkirkan pasangan India, Akshay Dewalkar-Pradnya Gadre 21-16, 21-17.

Sementara itu, beregu kedua negara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong ditunjukkan jalan keluar selepas disingkirkan pasangan Indonesia, Angga Pratama-Ryan Agung Saputra 12-21, 12-21.

Kekalahan yang sama turut dialami perseorangan muda negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang disekat pemain tuan rumah, B. Sai Praneeth 21-16, 27-29, 16-21.

Silat tekad pertahankan gelaran juara keseluruhan

Posted:

Silat tekad pertahankan gelaran juara keseluruhan

Silat tekad pertahankan gelaran juara keseluruhan

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my


MEGAT Zulkarnain (kiri) menyerahkan Jalur Gemilang kepada ketua kontinjen silat negara ke Belgium, Rosman Mat Deli di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.


SELEPAS mencipta kejayaan pada Kejohanan Silat Sedunia di Chiangrai, Thailand, Disember tahun lalu, skuad silat negara kini berazam membuktikan kehebatan mereka pada Terbuka Belgium mulai 1 hingga 7 Mei depan.

Beraksi selaku juara bertahan, Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omar Din yakin skuad negara akan tampil dengan aksi lebih cemerlang pada kejohanan di Belgium itu kelak.

"Saya akui, bebanan itu tetap ada kerana kita menggalas tugas berat iaitu mempertahankan gelaran juara.

"Bagaimanapun, kombinasi pesilat lama dan baharu dalam skuad negara, mampu mengekalkan reputasi selaku juara bertahan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) kepada atlet yang meraih pingat pada Kejohanan Silat Sedunia tahun lalu serta penyerahan Jalur Gemilang kepada skuad negara ke Belgium semalam.

Tahun lalu, skuad silat negara unggul membolot lima pingat emas, dua perak dan tiga gangsa untuk meraih gelaran sebagai juara keseluruhan.

"Atas kertas, saingan paling mencabar sudah pastinya hadir daripada pesilat Indonesia, Vietnam dan Eropah. Mereka mampu membuat kejutan dan kami perlu bersedia dan bekerja keras untuk berdepan saingan mereka nanti," katanya.

Sementara itu, pesilat terbaik wanita, Siti Rahmah Mohamed Nasir mengakui agak terbeban dengan status yang diraihnya pada Kejohanan Dunia itu.

"Ini kali ketiga saya menyertai Kejohanan Terbuka Belgium dan saya akui, setiap tahun tekanan itu semakin meningkat.

Pada majlis penyerahan Shakam yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, Siti Rahmah bersama 18 atlet menerima ganjaran berjumlah RM168,749 daripada Megat Zulkarnain.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved