Rabu, 10 April 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Selangor cerah peluang

Posted:

Selangor cerah peluang

Selangor cerah peluang

FORKEY DEO (kanan) meledakkan gol kedua Selangor ketika menewaskan Saigon 3-1 pada aksi Piala AFC di Stadium Shah Alam malam tadi.


SELANGOR menghidupkan peluang untuk beraksi di pentas Asia selepas menumpaskan Saigon Xuan Thanh 3-1 pada saingan Kumpulan H Piala AFC di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kemenangan sulung itu membolehkan anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim menduduki tangga ketiga selepas mengumpul empat mata, masing-masing tiga mata dan enam mata di belakang Saigon (tujuh mata) serta East Bengal (10 mata).

Pada perlawanan tersebut, skuad Gergasi Merah tidak mengambil masa yang lama untuk membuka jaringan menerusi sepakan percuma perancang import, Michal Kubala pada minit ke-10.

Tersentak dengan jaringan tersebut, wakil Vietnam itu kembali mengatur serangan namun benteng pertahanan Selangor yang diketuai oleh Mohd. Asraruddin Putra Omar berjaya menggagalkan setiap percubaan Saigon, sekali gus kekal dengan keputusan 0-1 sehingga tamat babak pertama.

Pada babak kedua, juara 32 kali Piala Malaysia itu terus mempamerkan kebangkitan apabila penyerang berbisa Selangor, Francis Forkey Doe menggandakan kedudukan pada minit ke-64.

Penyerang veteran Gergasi Merah, Mohd. Amri Yahyah tidak ketinggalan untuk melakarkan nama sebagai penjaring apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-73.

Juara bertahan Liga Vietnam itu semakin terdesak untuk menyamakan kedudukan namun ketangkasan penjaga gol kedua Selangor, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli berjaya mengagalkan setiap percubaan merbahaya mereka.

Bagaimanapun, Saigon yang dilihat gagal untuk menyekat kemaraan skuad kendalian Irfan Bakti itu berjaya memperolehi gol sagu hati menerusi Moses Oloya pada minit ke-80.

Selangor bakal bertemu East Bengal pada aksi kelima Piala AFC

di stadium yang sama 23 April depan.

Tunku Ismail buat 'pusingan U'

Posted:

Tunku Ismail buat 'pusingan U'

Tunku Ismail buat 'pusingan U'


SULTAN AHMAD SHAH (dua dari kanan) berkenan menjawab pertanyaan pihak media berhubung isu peletakan jawatan Tunku Ismail sebagai Presiden PBNJ di Istana Pahang, Kuala Lumpur semalam.


TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menarik balik keputusan meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah pada sidang media selepas menerima menghadap Tunku Ismail di Istana Pahang semalam.

Turut berangkat pada pertemuan hampir sejam itu ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Sultan Ahmad Shah bertitah, Tunku Ismail membuat keputusan itu selepas dipujuk oleh baginda sendiri selain turut mendapat restu Sultan Ibrahim.

"Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T pada hari ini kerana impian saya telah menjadi kenyataan, bahawasanya Tunku Mahkota Johor akan kembali sebagai Presiden PBNJ. Jadi, saya telah menasihat- kan (Tunku Ismail) supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kedudukan bola sepak di Johor," titah baginda.

Bagaimanapun, Sultan Ahmad Shah bertitah, Tunku Ismail tetap akan menjalani hukuman penggantungan dan denda yang diputuskan Jawatankuasa Tatatertib FAM sebelum ini.

"Sekali anda memutuskan untuk menjadi anggota persatuan, kita tertakluk kepada undang-undang yang diperuntukkan persatuan itu. Jadi, tiada siapa boleh melarikan diri daripada undang-undang yang telah termaktub bertahun-tahun," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah turut gembira dengan pencapaian yang diraih dua pasukan di bawah PBNJ iaitu Johor Darul Takzim (Liga Super) dan Johor FA (Liga Perdana) sejak Tunku Ismail menjadi Presiden PBNJ.

Tunku Ismail sebelum ini digantung enam bulan dan denda sebanyak RM18,000 oleh Jawatan- kuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga M) dan hukuman itu berkuat kuasa sejak 8 Mac lalu.

Baginda turut dipalit dengan kontroversi selepas didakwa duduk di bangku simpanan pemain sewaktu aksi Liga Super antara Johor Darul Takzim FC (JDT FC) menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 30 Mac lalu ketika hukuman berkenaan masih berkuat kuasa sebelum Tunku Ismail membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai Presiden PBNJ, 3 April lalu.

Baginda dikatakan berbuat demikian kerana mahu menumpukan tugas selaku Tunku Mahkota Johor dan tidak mahu terikat dengan undang-undang FAM.

Tunku Ismail turut mengumumkan baginda akan menjadi penaung PBNJ manakala jawatan Presiden PBNJ akan disandang Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Obet Tawil. - Bernama

Kelantan rehat tonggak utama

Posted:

Kelantan rehat tonggak utama

Kelantan rehat tonggak utama

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


BADHRI (kiri) antara pemain yang akan direhatkan Kelantan pada aksi menentang SHB Da Nang FC di Stadium Chi Liang, Vietnam petang ini.


WAKIL negara, Kelantan bakal merehatkan beberapa tonggak utamanya pada aksi Kumpulan H Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bertemu SHB Da Nang FC di Stadium Chi Liang, Vietnam petang ini.

Antara tonggak yang direhatkan pada pertemuan tersebut ialah kapten pasukan Mohd. Badhri Radzi, Mohd. Shakir Shaari dan Mohd. Daudsu Jamaluddin manakala Muhammad Zamri Ramli dan Mohd. Faiz Subri terpaksa diketepikan kerana demam.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata, keputusan merehatkan beberapa tonggak utama itu terpaksa dibuat bagi mengharungi perlawanan penting selepas ini.

"Kami bakal berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Sabtu ini sekembali dari Vietnam yang menyaksikan pemain terpaksa mengharungi perjalanan jauh.

"Pertemuan dengan ATM pasti sengit dan kami tidak mahu ia mengganggu fokus pada saingan liga. Selepas itu, kami akan beraksi dalam Piala FA bertemu Sarawak pada 16 April ini," katanya kepada pemberita di Kota Bharu kelmarin.

Mengulas mengenai pertemuan dengan wakil Vietnam itu, Azman menjangkakan Kelantan bakal berdepan laluan sukar pada perlawanan tersebut.

Menurutnya, tuan rumah pasti akan beraksi habis-habisan bagi menebus aib tewas 0-5 pada aksi di Kota Bharu sebelum ini selain mencerahkan peluang mara ke pusingan kedua nanti.

"Bagaimanapun, saya optimis barisan pemain yang bakal diturunkan pada pertemuan itu mampu melakukan sesuatu sekurang-kurang mencuri satu mata di Vietnam.

"Selepas meraih tujuh mata ketika saingan berbaki dua perlawanan, Kelantan mampu layak ke pusingan seterusnya," ujarnya.

Pada perkembangan lain, Azman memberitahu, kesemua tonggak importnya akan di bawa ke Vietnam bagi memperkuatkan pasukan pada pertemuan tersebut.

Gandingan dua penggempur berbisanya, Dickson Nwakaemi dan Dimitrios Petratos pasti ditagih untuk merencanakan jentera serangan bagi memastikan tiga mata menjadi milik skuad The Red Warriors.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved