Ahad, 7 April 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Najib mahu BN diberi peluang tadbir Selangor

Posted:

Najib mahu BN diberi peluang tadbir Selangor

Najib mahu BN diberi peluang tadbir Selangor

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my

PERDANA Menteri disambut meriah sewaktu hadir pada majlis Himpunan Patriotik Anak Muda Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat di Selangor memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk kembali mentadbir negeri ini.

Najib dianggap teknokrat berwawasan

Posted:

Najib dianggap teknokrat berwawasan

Najib dianggap teknokrat berwawasan

SINGAPURA - Felo kanan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang di sini, Yang Razali Kassim berpendapat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan isu utama pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Katanya, Najib ialah seorang pemimpin demokrat yang sepatutnya diberi mandat oleh rakyat kerana beliau mempunyai wawasan untuk membawa Malaysia ke persada lebih gemilang selain lebih menyerlah sebagai pemimpin berbanding tokoh pembangkang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahli akademik itu berkata, PRU-13 juga merupakan satu referendum tentang kepimpinan Najib.

"Kelebihan paling utama ialah wawasan beliau untuk Malaysia yang telah dikemukakan sejak empat tahun lepas apabila beliau mula menduduki kerusi perdana menteri.

"Najib meletakkan dirinya sebagai seorang pemimpin teknokrat yang mempunyai wawasan serta rancangan jitu untuk menjadikan Malaysia terus maju dan ini mewajarkan beliau diberi mandat oleh rakyat.

"Sekiranya wawasan Dr. Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) untuk Malaysia ialah Wawasan 2020, wawasan Najib pula ialah 1Malaysia," kata Yang Razali.

Beliau berkata, rangka tindakan Najib ke arah mencapai wawasan itu mengandungi pelbagai rancangan transformasi yang beliau umumkan pada malam 6 April lalu, yang merupakan tonggak bagi manifesto atau aku janji Barisan Nasional (BN).

Menurut Yang Razali, politik Malaysia telah mengalami evolusi yang amat ketara dan keputusan PRU-13 nanti akan menjadi landasan penting untuk menentukan sistemnya pada masa akan datang.

Diminta mengulas tentang aspirasi rakyat Malaysia, beliau berkata:

"Sebenarnya, Malaysia sudah mempunyai wawasan tentang perkara yang ingin dicapainya seperti yang terkandung dalam Wawasan 2020.

"Ia sebuah masyarakat progresif seperti yang dinyatakan Dr. Mahathir dua dekad lepas dan kini diteruskan Najib melalui strategi 1Malaysianya.

"Dunia unggul untuk rakyat Malaysia bukanlah sesuatu yang patut ditentukan atau diberi definisi oleh orang luar, ia suatu dunia apabila semua rakyat, tanpa mengira latar belakang kehidupan, menikmati keselesaan serta mempunyai tempat untuk menjalani kehidupan sebagai rakyat Malaysia.

"Ia juga suatu dunia yang menyuburkan semangat kekitaan dalam jiwa mereka dan membolehkan mereka sama-sama menikmati kehidupan secara aman, harmoni dan bahagia serta meraih nikmat daripada sebuah masyarakat maju, yang sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan komuniti global." - Bernama

Pemimpin akar umbi tentukan masa depan negara

Posted:

Pemimpin akar umbi tentukan masa depan negara

Pemimpin akar umbi tentukan masa depan negara

SEMPORNA - Pemimpin akar umbi seperti ketua kampung dan imam memainkan peranan penting dalam menentukan corak kepimpinan negara, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Sehubungan itu, Shafie yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pemimpin akar umbi berkenaan perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan berkesan kerana kegagalan berbuat demikian boleh memberi tempias kepada kepimpinan negara.

"Saya memperingatkan mereka (pemimpin akar umbi) tentang betapa pentingnya pilihan raya akan datang untuk kita mempunyai pemimpin yang boleh menjadi tempat kita bergantung bukan hanya dalam memimpin negara tetapi juga dalam konteks landasan agama Islam.

"Kita perlukan seorang pemimpin yang boleh membawa kita ke arah kejayaan selaku umat Islam di negara ini dan bukan ke arah yang terpesong," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua kampung dan imam di sini semalam.

Turut hadir Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Menurutnya, umat Islam di negara ini tidak boleh silap memilih pemimpin kerana sekali berlaku kesilapan ia akan memudaratkan umat dan negara.

Mengenai sokongan pemimpin akar umbi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) Shafie berkata, sejak dahulu lagi sokongan kepimpinan akar umbi dan penduduk Semporna kepada kerajaan sememangnya kuat dan beliau berharap sokongan mereka terhadap BN akan terus kekal.

Bagaimanapun, Shafie mengingatkan jentera dan penyokong BN supaya tidak terlalu yakin, alpa serta menghindari sifat takbur sebaliknya sentiasa merendah diri dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang memerlukan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved