Selasa, 23 April 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tiga korban laluan maut

Posted:

Tiga korban laluan maut

Tiga korban laluan maut

ANGGOTA bomba dan polis berusaha mengeluarkan mayat salah seorang mangsa kemalangan di Bukit Beruntung, Selangor semalam.


HULU SELANGOR - Tiga orang termasuk dua beradik menemui ajal dalam keadaan ngeri apabila kereta jenis Proton Perdana yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori membawa muatan buah-buahan di Kilometer 416 berhampiran Bukit Beruntung dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 11.30 malam di kawasan yang dilabel sebagai zon maut itu mengakibatkan A. Anandraj, 22, S. Alagesan, 28, dan S. Thiruselvi, 22, mati akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Anandraj merupakan pemandu kereta tersebut.

Thiruselvi yang merupakan adik Alagesan mati ketika dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Kawasan itu dilabel sedemikian selepas dianggarkan sebanyak 12 kes kemalangan maut berlaku di situ sejak awal tahun ini.

Tiga lagi penumpang yang berada di tempat duduk belakang terselamat namun dua daripadanya parah manakala seorang lagi cedera ringan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Empat remaja ditahan bantu siasatan kes bunuh

Posted:

Empat remaja ditahan bantu siasatan kes bunuh

Empat remaja ditahan bantu siasatan kes bunuh

SHAH ALAM - Kes pembunuhan seorang wanita yang mati ditikam ketika sedang berjoging bersama keluarganya di Bukit Gasing, Petaling Jaya Sabtu lalu menemui petunjuk baharu apabila polis menahan empat remaja bagi membantu siasatan semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, lelaki berusia antara 16 hingga 18 tahun tersebut diberkas dalam tiga serbuan bermula pukul 1.50 pagi.

Katanya, suspek pertama berusia 16 tahun diberkas di Flat Sri Medan, Petaling Jaya. Selepas disoal siasat, polis kemudian menahan rakannya berumur 18 tahun di flat yang sama kira-kira 50 minit kemudian.

"Polis kemudian telah menyerbu sebuah rumah di Flat Bukit Gasing Indah, Petaling Jaya dan menahan dua remaja berusia 17 dan 18 tahun pada pukul 3.30 pagi.

"Salah seorang remaja itu merupakan pelajar di sebuah institut kemahiran manakala tiga lagi tidak bersekolah," katanya yang memberitahu kes bunuh itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

56 pelajar, guru sesak nafas

Posted:

56 pelajar, guru sesak nafas

56 pelajar, guru sesak nafas

SEBAHAGIAN pelajar yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar semalam selepas mereka terhidu gas beracun daripada baja.


ALOR SETAR - Sebanyak 56 warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai, Kuala Kedah di sini termasuk waris pelajar dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setelah mereka mengalami sesak nafas, pening dan muntah dipercayai akibat terhidu gas beracun daripada baja.

Kejadian pada pukul 9 pagi semalam itu berlaku ketika kebanyakan pelajar sedang menjalani aktiviti kokurikulum dan melakukan persiapan menyambut Hari Kecemerlangan sekolah itu yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Kebanyakan mangsa terdiri daripada pelajar tingkatan dua, tiga dan empat selain beberapa guru, pekerja kantin sekolah dan waris pelajar. Waris pelajar yang turut terhidu gas beracun dipercayai berada di sekolah kerana menunggu menjemput anak mereka yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum.

Sehingga pukul 7 malam, kesemua mangsa masih dirawat di HSB.

Jarak antara sekolah dengan kawasan sawah berdekatan adalah kira-kira 500 meter.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Nazri Zakaria berkata, anggota bomba dari Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya (Hazmat) yang dihantar ke sekolah itu gagal mengesan kebocoran gas beracun daripada sebuah kilang baja yang terletak berdekatan kawasan sekolah itu sehingga pukul 1 petang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved