Selasa, 16 April 2013

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Dira tidak hilang

Posted:

[unable to retrieve full-text content]WANITA yang bernama Dira Abu Zahar ini pernah dilanda kontroversi hebat mengenai dirinya yang pernah dilabel sebagai wanita kaki gaduh. Ini kerana, Dira atau nama sebenarnya, Khaidhirah Abu Zahar pernah menggegarkan industri seni tempatan dengan kontroversi pergaduhannya bersama seorang wanita di sebuah kelab hiburan kira-kira dua tahun lalu.

Sudah sampai masa saya berhijab - Alyah

Posted:

[unable to retrieve full-text content]ARTIS dan hijab bukan perkara baharu dalam industri tempatan. Bermula tahun lepas, seorang demi seorang selebriti wanita yang kita dengar telah berubah penampilan.

S.M Salim pernah dibayar RM5!

Posted:

S.M Salim pernah dibayar RM5!

S.M Salim pernah dibayar RM5!

Oleh HARYATI KARIM


DIHARGAI. S.M Salim dan Kassim Masdor menerima penghargaan daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. S.M Salim menerima Anugerah Biduan Negara, sementara Kassim diberi Anugerah Tamu Negara.


SELEPAS 56 tahun berjuang membawa lagu-lagu asli, penyanyi veteran Tan Sri S.M Salim diberi penghormatan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan menerima Anugerah Biduan Negara baru-baru ini.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim di Hotel Double Tree, Kuala Lumpur baru-baru ini. S.M Salim menerima selempang, pingat, trofi, wang cek bernilai RM30,000 dan sijil penghargaan.

S.M. Salim yang terharu dengan penerimaan anugerah itu berkata, beliau tidak pernah mengharapkan sebarang anugerah daripada mana-mana pihak tetapi bersyukur jasanya dikenang.

"Saya menyanyi bukan untuk mendapatkan penghargaan. Orang ingat saya pun sudah lebih daripada cukup. Terima kasih kerana memberi penghargaan ini," ujarnya sebak.

Penyanyi berusia 85 tahun itu turut meluahkan rasa kecewanya kerana lagu-lagu asli kurang dimainkan di corong radio. Jika berterusan begitu, beliau cukup bimbang andai lagu asli akan hilang ditelan zaman.

"Lagu saya kurang dimainkan di radio, jika ada pun pada waktu tengah malam sahaja itupun jarang-jarang. Apa kebencian dan salah saya dengan RTM sehingga lagu saya jarang-jarang diputarkan. Saya buka radio, tunggu juga bila lagu saya akan dimainkan," katanya.

Selain itu, S.M Salim juga kecewa kerana tidak ramai pelapis lagu asli dalam kalangan penyanyi muda pada hari ini. Bahkan, beliau turut sakit telinga apabila mendengar penyanyi muda menyanyikan lagu asli dengan lenggok dan nada yang salah.

"Ada yang cuba menyanyi lagu asli tetapi saya dengar mereka nyanyi salah. Apa salahnya datang bertanya kepada saya jika tidak tahu. Walaupun saya uzur, saya tidak kisah andai mereka datang menuntut ilmu.

"Jika perkara ini dibiarkan saya bimbang, lagu-lagu asli akan hilang begitu sahaja. Sesuatu harus dilakukan untuk menghangatkan kembali lagu asli. Saya tahu pertandingan lagu asli pernah diadakan tetapi setakat keluar di radio dan jarang-jarang dapat peluang untuk bersiaran di televisyen pun tidak guna juga.

"Seharusnya lagu asli mendapatkan sokongan daripada semua pihak tidak kira kerajaan atau swasta kerana akhinya itu sahaja budaya kita yang tinggal," balasnya.

S.M Salim yang telah melahirkan 13 buah album dan pernah menjadi juruhebah radio di Radio Melaya pada tahun 1940-an berkata, beliau menyimpan hasrat untuk menerbitkan album terbaharu, bagaimanapun tiada ada pihak yang sudi membantunya.

"Saya sudah tua dan uzur, siapa yang nak panggil saya rakam album? Kalau saya mahu buat album, saya mahu rakam dengan iringan orkestra, bukannya dengan band biasa barulah bunyinya lebih sedap," ujarnya.

Bercakap tentang pengalamannya menyanyi dan berlakon, terselit cerita menarik. Terangnya, beliau pernah dibayar menyanyi dengan nilai RM5 sahaja selain lakonan juga dilakukan kerana terpaksa.


S.M SALIM berharap dapat melahirkan sebuah album dengan iringan orkestra.


"Saya dibayar RM5 sehari ketika mula-mula menyanyi. Saya juga pernah menyanyi sambil diacukan senapang oleh tentera Jepun. Teruk pengalaman saya untuk bergelar penyanyi tidak semudah penyanyi hari ini.

"Tentang lakonan pula, saya lakukan kerana terpaksa bukan kerana saya suka. Waktu itu, jumlah pelakon tidak ramai, sayalah yang menyanyi, saya juga yang berlakon. Sudah menjadi satu kelaziman waktu itu, penyanyi juga berlakon dan lakukan kerja-kerja belakang tabir kerana kekurangan tenaga kerja," ceritanya lagi.

Sementara itu, pejuang komposer, pemuzik dan pelakon yang berasal dari Singapura, Kassim Masdor, 75, turut menerima anugerah Seniman Tamu Negara daripada KPKK. Beliau yang merupakan anak didik Tan Sri P. Ramlee cukup terharu dengan penghargaan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.

"Saya akui kerajaan Malaysia lebih banyak memberi penghargaan kepada penyanyi veteran daripada Singapura. Saya tidak sangka saya turut tersenarai untuk menerima anugerah ini," katanya yang kini mengajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Terkenal sebagai perintis band popular Pancha Sitara yang ditubuhkan oleh P. Ramlee, Kassim memberitahu dia diajar bermain muzik oleh P. Ramlee sejak berusia 10 tahun ketika bekerja sebagai budak suruhan sewaktu di studio Jalan Ampas, Singapura.

"Kerja saya hari-hari adalah mengejutkan P. Ramlee bangun tidur untuk penggambaran filem. Lama kelamaan, P. Ramlee sayangkan saya dan mengajar saya muzik sehingga saya pandai. Akhirnya, saya menjadi orang kanannya ke mana sahaja beliau pergi," tuturnya yang bakal menerbitkan buku biografi mengenai perjalanan kerjaya seninya.

Antara lagu terkenal yang dicipta oleh Kassim ialah Sapu Tangan Tanda Mata (Saloma), Bahtera Merdeka dan Budi Setahun Segunung Intan (Ahmad Jais), Selamat Hari Raya (Fazidah Joned) dan Malaysia Baru (Aziz Jaafar).

Dalam majlis penghargaan tersebut penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Zainal Abidin dan Nora turut hadir membuat persembahan sebagai penyeri majlis.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved