Isnin, 8 April 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


AS tangguh ujian peluru berpandu

Posted:

AS tangguh ujian peluru berpandu

AS tangguh ujian peluru berpandu

GAMBAR yang disiarkan agensi Korean Central News Agency semalam menunjukkan beberapa askar Korea Utara menjalani latihan menembak ke arah sasaran gambar Menteri Pertahanan Korea Selatan, Kim Kwan-Jin di sebuah lokasi yang tidak didedahkan.


SEOUL - Tentera Amerika Syarikat (AS) telah menangguhkan ujian peluru berpandu balistik antara benua untuk mengelak daripada mencetus ketegangan dengan Korea Utara.

Pihak Jabatan Pertahanan AS (Pentagon) mendedahkan ia akan menjadualkan semula ujian itu di California pada minggu depan ketika masyarakat antarabangsa kini khuatir krisis di Korea Utara semakin buruk.

Seorang pegawai pertahanan AS berkata, Setiausaha Pertahanan Chuck Hagel memberitahu, tiga ujian di Pangkalan Tentera Udara Vandenberg ditangguhkan sehingga minggu hadapan berikutan kebimbangan oleh sesetengah pihak ia akan memburukkan krisis di Korea Utara.

"Kami mahu mengelak salah tanggapan atau manipulasi," kata pegawai itu kepada agensi berita AFP.

Sebelum ini Pyongyang mengeluarkan amaran bahawa keselamatan kedutaan di negara itu tidak terjamin selepas 10 April sekiranya konflik tercetus.

Dalam perkembangan berkaitan, diplomat-diplomat asing di Pyongyang membincangkan amaran daripada pihak berkuasa Korea Utara yang menyatakan ia tidak dapat memberi jaminan keselamatan terhadap kedutaan asing.

Kebanyakan negara-negara asing di Korea Utara menyatakan ia tidak akan memindahkan kakitangan kedutaan dengan segera.

Terdapat beberapa pihak yang menyatakan bahawa permintaan Korea Utara itu merupakan muslihat untuk meningkatkan ketegangan di rantau Korea.

Menurut Kim Jang-soon yang merupakan Penasihat Keselamatan kepada Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye menyatakan, semalam bahawa amaran berhubung jaminan keselamatan itu bertujuan supaya seorang wakil AS akan dihantar bagi menawarkan dialog yang melibatkan penyertaan Korea Utara atau Rusia sebagai pengantara.

Korea Utara merupakan sekutu utama China.

Tentera Korea Utara sebelum ini memberi amaran bahawa ia telah diberi kuasa untuk menyerang AS dengan menggunakan senjata nuklear yang lebih kecil dan ringan.

Tindakan itu merupakan ancaman terbaharu Korea Utara terhadap AS sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Ketegangan itu turut melibatkan Korea Selatan yang melancarkan latihan ketenteraan dengan AS.

Korea Utara turut mengancam untuk melancarkan semula Perang Korea yang sebelum ini berakhir pada tahun 1953.

Tentera AS turut menghantar beberapa pesawat kalis radar ke Korea Selatan sebagai persediaan untuk menghadapi peperangan dengan Korea Utara.

Peperangan itu berakhir menerusi perjanjian damai yang ditandatangani kedua-dua pihak di Panmunjom yang terletak di sempadan kedua-dua buah negara.

Perjanjian itu dilaksanakan selepas tentera Korea Utara menyerang Korea Selatan pada tahun 1950.

Ketegangan itu mula tercetus sebelum ini selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenakan sekatan barang mewah ke atas Korea Utara selepas ia melancarkan ujian nuklear ketiga pada Februari lalu.

Korea Utara yang menggunakan ideologi komunis dipimpin Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an selepas bapanya, Kim Jong-il meninggal dunia pada April tahun lalu. - Agensi

Kaherah dilanda rusuhan agama

Posted:

Kaherah dilanda rusuhan agama

Kaherah dilanda rusuhan agama


SEBUAH bangunan lama terbakar ketika rusuhan agama berlaku di Kaherah kelmarin.


KAHERAH - Satu pertempuran meletus di luar sebuah gereja Kristian Koptik di bandar ini semalam selepas satu majlis pengebumian yang menyebabkan empat orang penganut agama itu terbunuh, kata beberapa saksi.

Mereka berkata, sejumlah orang yang menghadiri pengebumian itu dibaling dengan batu ketika mereka keluar dari gereja tersebut.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Dalam Negeri berkata, beberapa hadirin yang hadir ke majlis itu mula merosakkan kenderaan di sekitar kawasan tersebut sehingga mencetuskan konfrantasi dengan penduduk.

Rakaman stesen televisyen menunjukkan suasana kecoh di luar Gereja Abbassiya.

Sebelum ini, lima warga Mesir terbunuh dan lapan lagi cedera dalam satu pertempuran antara penganut Kristian dan Islam di sebuah bandar di Kaherah kelmarin.

Ia dilihat sebagai keganasan agama yang terburuk pernah berlaku di sini dalam tempoh beberapa bulan.

Empat penganut Kristian Koptik dan seorang orang Islam terbunuh apabila kedua-dua komuniti itu mula bertempur dan menembak antara satu sama lain. - Agensi

AS minta Turki mainkan peranan di Asia Barat

Posted:

AS minta Turki mainkan peranan di Asia Barat

AS minta Turki mainkan peranan di Asia Barat

ISTANBUL - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry semalam menyatakan bahawa Turki boleh memainkan peranan utama dalam proses damai di Asia Barat.

"Turki boleh menjadi kunci utama sebagai penyumbang ke arah proses damai dalam pelbagai cara," kata Kerry kepada wartawan.

"Sebuah negara yang cerdas dan bertenaga seperti Turki boleh memberi kesan yang mendalam terhadap proses damai," tambahnya.

Selepas rundingan di Turki, Kerry kemudian akan mengunjungi Israel dan Ramallah di Tebing Barat.

Beliau juga akan berjumpa dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Kerry turut akan menemui Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada hari ini.

Ia merupakan lawatan ketiga Kerry ke Asia Barat sejak memegang jawatan tersebut pada Februari lalu. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved