Sabtu, 9 Mac 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Menteri minta FAM kaji semula sistem pengadilan

Posted:

Menteri minta FAM kaji semula sistem pengadilan

Menteri minta FAM kaji semula sistem pengadilan

09/03/2013 8:32pm

KEMAMAN — Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengkaji semula mutu pengadilan yang sering menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pasukan dan kelab yang bersaing dalam Liga Malaysia musim ini.

Beliau berkata ramai pihak kini rancak mempertikaikan kualiti pengadil musim ini selepas ramai pemain dilayangkan kad merah sehingga memaksa sesetengah pihak termasuk penyokong mengeluarkan kenyataan mengkritik FAM.

"Saya bimbang sekiranya terlalu ramai pemain yang dilayangkan kad merah hanya kerana berlaku sedikit kesilapan, selepas ini tidak ada lagi pemain yang ingin menyertai saingan liga berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Shabery berkata pihaknya tidak mempertikaikan keputusan pengadil dalam sesuatu perlawanan tetapi ingin mahu FAM melihat semula kualiti sistem pengadilan secara menyeluruh.

Sejak akhir-akhir ini, kualiti pengadil dalam saingan Liga Malaysia semakin menjadi perhatian apabila keputusan mereka dalam beberapa perlawanan sering menimbulkan rasa tidak puas hati pasukan dan penyokong. — BERNAMA

KBS jelajah 100 lokasi sempena Karnival Belia

Posted:

KBS jelajah 100 lokasi sempena Karnival Belia

KBS jelajah 100 lokasi sempena Karnival Belia

09/03/2013 6:27pm

KEMAMAN — Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menjelajah 100 lokasi di seluruh negara dalam tempoh sebulan ini sempena penganjuran Karnival Belia yang antara lain bertujuan menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan belia negara ini.

Karnival yang bermula minggu lalu itu turut melancarkan tabung derma untuk keluarga anggota polis yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, karnival yang digerakkan oleh 100 petugas itu turut disertai barisan artis terkenal seperti Awie, Hattan dan Black untuk mengumpul suara sokongan belia terhadap anggota pasukan keselamatan negara yang kini sedang bertarung nyawa di Sabah.

"Kita mahu perwira negara tahu ramai rakyat Malaysia yang menaruh harapan tinggi kepada mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara dan berharap keluarga anggota polis yang terkorban akan terus bersabar.

"Kehadiran pengunjung juga sangat ramai di setiap lokasi sehingga mencapai 10,000 pengunjung membuktikan mereka prihatin dengan isu di Lahad Datu dan berharap ia dapat diselesaikan segera dengan berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Resort World Kijal di sini hari ini.

Kira-kira 50 wakil MPP dari tiga universiti itu mengikuti "Program Retreat Kepimpinan Mahasiswa 1Malaysia" selama tiga hari yang bermula semalam dan berakhir esok bertujuan membincangkan pelbagai isu semasa berkaitan transformasi pendidikan dan hala tuju negara.

Ditanya mengenai pelaksanaan Parlimen Belia, Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata ia terpaksa ditangguhkan selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) selesai.

"Sepatutnya, ia dimulakan pada bulan ini, namun atas beberapa sebab, mungkin ia akan dilaksanakan pada Jun ini.

"Persediaan yang lain semuanya sempurna dan apabila dilaksanakan kelak, Parlimen Belia diharap mampu menjadi suara mewakili golongan itu untuk terus sama-sama menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara," katanya. — BERNAMA

Yayasan Warisan Johor kenal pasti 15 jenis zapin

Posted:

Yayasan Warisan Johor kenal pasti 15 jenis zapin

Yayasan Warisan Johor kenal pasti 15 jenis zapin

09/03/2013 6:26pm

TANGKAK — Johor melalui Yayasan Warisan Johor dalam kajiannya selama 15 tahun mengenal pasti 15 jenis tarian zapin untuk dikembangkan sebagai usaha menyemarakkan kegiatan seni budaya di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata bagi mencapai hasrat tersebut yayasan mengambil pendekatan melatih guru tarian zapin bagi melahirkan kumpulan tarian zapin berkualiti tinggi.

"Melalui pendekatan ini, kita telah berjaya melahirkan kumpulan tarian zapin yang mempunyai kualiti tersendiri," katanya ketika merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya "Sentuhan Rakyat" di Kompleks Sukan Tok Laji, Kampung Kesang Tasek, Sungai Mati di sini hari ini.

Menurut beliau, kemajuan sesebuah negeri akan menjadi tempang jika tumpuan hanya diberikan kepada usaha membangun ekonomi atau yang berbentuk kebendaaan semata-mata.

Abdul Ghani berkata selain Zapin Johor juga berjaya menyemarakkan kumpulan ghazal dan lagu keroncong yang disiarkan melalui siaran radio Best 104 setiap hari.

"Kita mengharapkan agar penekanan akan terus diberikan dalam pembangunan bidang kesenian dan kebudayaan sebagai jati diri masyarakat di negeri ini," katanya.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Serom turut bersama masyarakat setempat bergotong-royong mengecat balai raya kampung tersebut. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved