Ahad, 31 Mac 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Perkhidmatan PDRM sentiasa dihargai - Zahid Hamidi

Posted:

Perkhidmatan PDRM sentiasa dihargai - Zahid Hamidi

Perkhidmatan PDRM sentiasa dihargai - Zahid Hamidi

31/03/2013 10:05pm

LANGKAWI - Kementerian Pertahanan sentiasa menghargai khidmat dan pengorbanan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjayakan program Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) sejak ia dilaksanakan pada tahun 1991.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata sejak LIMA diadakan pasukan PDRM sentiasa bertugas menjaga keselamatan pengunjung dan memantau keadaan lalu lintas dari pagi hingga ke malam tanpa mengira keadaan cuaca.

Katanya komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan anggota keselamatan kedua-dua cabang perkhidmatan itu merupakan satu manifestasi semangat kerjasama yang tidak pernah luntur dalam usaha memastikan keselamatan lokasi pameran bebas daripada pelbagai ancaman keselamatan yang tidak diingini.

"Kerjasama seperti ini amat penting agar imej negara sentiasa berada dalam keadaan aman dan makmur tanpa dicemari insiden negatif yang boleh menjejaskan reputasi negara khususnya dalam penganjuran LIMA bertaraf antarabangsa.

"Sehubungan itu saya mengarahkan pegawai di Kementerian Pertahanan memulakan majlis penghargaan kepada PDRM pada malam ini dan diteruskan sebaik program LIMA berakhir pada masa akan datang kerana tidak mahu sumbangan PDRM dianggap perkara remeh," katanya pada majlis makan malam penghargaan PDRM bertemakan Baktimu Dikenang di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim dan Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab.

Justeru, Ahmad Zahid berkata semangat kerjasama ini dipereratkan lagi melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Selain program LIMA, PDRM dan ATM turut menjalankan rondaan bersama di laut dan darat dalam usaha mengurangkan kadar jenayah dan kedatangan pendatang asing tanpa izin," katanya.

Beliau berkata kerjasama ini menjadi paling bermakna apabila pasukan PDRM dan ATM bersama-sama menentang pencerobohan pengganas Sulu dari Selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, baru-baru ini. - Bernama

Komunikasi dan masa bertindak anggota URB diberi tumpuan

Posted:

Komunikasi dan masa bertindak anggota URB diberi tumpuan

Komunikasi dan masa bertindak anggota URB diberi tumpuan

31/03/2013 10:00pm

SANDAKAN - Komunikasi dan masa bertindak anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) akan diberi tumpuan bagi mencapai matlamat penubuhan unit itu dalam membanteras jenayah, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata ini bermakna komunikasi ke Ibu Pejabat Polis Daerah perlu sampai dengan cepat dan tempoh masa untuk bertindak mesti dikurangkan.

"Dua faktor itu harus diberi perhatian dalam menangani jenayah di sesebuah kawasan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Motosikal URB kepada Polis Sandakan di Dewan Masyarakat Sandakan hari ini.

Sebelum hadir ke majlis itu, Hishammuddin dan Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong menunggang motosikal bersama anggota URB melakukan rondaan di Taman Indah Jaya dekat sini.

Katanya penglibatan persatuan penduduk juga akan digerakkan bagi membolehkan mereka membantu URB dalam membanteras jenayah.

Terdahulu dalam ucapannya, Hishammuddin berkata motosikal untuk kegunaan URB di Sabah pada peringkat awal akan diagih kepada empat daerah iaitu Kota Kinabalu, Tawau, Keningau dan Sandakan.

Katanya tumpuan diberikan di bandar bagi membanteras jenayah jalanan mengikut keadaan semasa dan keperluan setempat.

Beliau berkata pada masa sekarang URB tidak diwujudkan di kawasan kampung kerana sudah ada pasukan sukarela seperti RELA dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung berperanan membantu usaha membanteras jenayah.

Pewujudan URB membabitkan 1,000 unit motosikal dengan peruntukan RM20 juta diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentang Belanjawan 2013, antara lain bertujuan mengurangkan kadar jenayah di kawasan perumahan.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan tambahan 1,000 unit motosikal untuk URB. - Bernama

Afghanistan mahu musnahkan 15,000 hektar ladang popi

Posted:

Afghanistan mahu musnahkan 15,000 hektar ladang popi

Afghanistan mahu musnahkan 15,000 hektar ladang popi

31/03/2013 8:14pm

KABUL - Afghanistan merancang untuk memusnahkan 15,000 hektar ladang popi tahun ini dalam usaha terkini mengawal perdagangan heroin yang menjadi punca keganasan endemik dan rasuah.

Tanaman popi akan dibajak oleh traktor atau ditumbangkan secara manual menggunakan batang kayu oleh sepasukan lelaki bermula di wilayah selatan dan barat Kandahar, Helmand, Farah dan Nimroz.

Sasaran itu adalah 50 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2012. Begitupun, usaha itu telah mengorbankan 24 pegawai polis dan tujuh askar dalam kempen pembasmian tahun ini, kata kementerian antinarkotik dalam satu sidang akhbar di sini.

Mereka menemui ajal apabila diletupkan periuk api yang ditanam di ladang tersebut atau ditembak oleh musuh yang mempunyai kepentingan untuk melindungi tanaman tersebut.

"Matlamat kami adalah untuk memusnahkan 15,000 hektar ladang popi tahun ini. Tahun lalu, seluas 10,000 hektar ladang popi Berjaya dimusnahkan," kata jurucakap kementerian, Abdul Qayum Saamer, yang menambah, keseluruhan kawasan penanaman popi meningkat sedikit pada tahun lepas dan hanya 10 peratus daripada jumlah tanaman itu akan dimusnahkan dalam program tersebut.

Afghanistan menghasilkan kira-kira 90 peratus daripada candu di dunia dan pada tahun 2012, Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) memberi amaran bahawa penanaman candu di negara ini telah meningkat sebanyak 18 peratus. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved