Selasa, 19 Mac 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rajagobal ada hak bersuara

Posted:

Rajagobal ada hak bersuara

Rajagobal ada hak bersuara

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

RAJAGOBAL tetap mengendalikan sesi latihan meskipun kecewa dengan ketumpulan jentera serangan skuad kebangsaan negara ketika tewas 1-4 kepada Arab Saudi, Ahad lalu.


LEBIH baik berterus-terang daripada menyembunyikan krisis yang berlaku dalam skuad Harimau Malaya.

Itu pandangan pengurus pasukan negara, Datuk Seri Subahan Kamal berhubung kenyataan pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal yang didakwa mengkritik lambakan pemain import dalam saingan Liga Malaysia sehingga menyebabkan kekurangan penyerang tempatan yang berwibawa.

Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, kenyataan seperti itu bukannya mengkritik, sebaliknya satu pendapat membina yang wajar diterima semua pihak.

Menurutnya, kenyataan Rajagobal tidak melanggar Artikel 88 Statut FAM yang memperuntukkan hanya Presiden dan Setiausaha Agung badan induk itu sahaja yang boleh mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini.

"Sebagai jurulatih, beliau (Rajagobal) berhak memberikan pendapat membina.

"Ia bukannya kritikan. Bagi saya, ia tiada kena mengena (dengan Artikel 88)," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Semalam, akhbar melaporkan kekecewaan Rajagobal mengenai kekurangan penyerang berwibawa yang dimiliki skuad negara sejurus selepas dibelasah Arab Saudi 1-4 dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.

Mengulas lanjut, Subahan memberitahu, kesemua pihak, terutamanya persatuan bola sepak negeri wajar meneliti pendapat Rajagobal dengan hati terbuka.

"Kita bukannya tiada penyerang langsung, sebaliknya penyerang berbakat semula jadi yang menjadi masalah utama pasukan kebangsaan.

"Bagi saya, setiap persatuan negeri perlu peka dengan perkara ini dalam melahirkan penyerang yang berbakat," katanya.

Sementara itu, Rajagobal enggan menjadikan kontroversi itu mengganggu fokus beliau menjelang aksi Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 berdepan Yemen di stadium sama, Jumaat ini.

"Saya hanya beritahu apa masalah pasukan saya selepas ditewaskan Arab Saudi.

"Jika masalah berpunca daripada benteng pertahanan, itulah yang akan saya katakan.

"Saya juga ada maruah sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu kami mahukan kemenangan ketika bertemu Yemen," jelas Rajagobal.

Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Agung FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud memberitahu, isu tersebut akan dibawa ke mesyuarat badan induk itu minggu depan.

"Kami akan menilai semula kenyataan Rajagobal sebelum membuat tindakan susulan (sama ada melanggar Artikel 88 ataupun tidak)," katanya ringkas.

Siasatan FAM bermula 27 Mac

Posted:

Siasatan FAM bermula 27 Mac

Siasatan FAM bermula 27 Mac

'EPISOD drama' antara pemain Selangor dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertelagah sesama sendiri pada aksi pusingan pertama Piala FA, Januari lalu bakal diketahui pada 27 Mac ini.

Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ahmad Fuad Daud berkata, menurut Perkara 8 Jawatankuasa Tatatertib FAM, pihaknya akan memanggil kedua-dua pegawai tertinggi kedua-dua pasukan dalam perlawanan itu bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, selepas keterangan pegawai berkenaan diambil, pihaknya akan mengenal pasti mana-mana pemain yang terlibat dalam pergaduhan sebelum mengambil tindakan.

"Sebelum ini, tiga rakaman video yang kami peroleh gagal mengenal pasti punca sebenar pergaduhan.

"Justeru, pegawai tertinggi kedua-dua pasukan dalam perlawanan itu akan dipanggil pada 27 atau 28 Mac untuk memberi keterangan.

"Berdasarkan keterangan mereka, baru kami akan mengambil tindakan lanjut," katanya kepada pemberita semalam.

Difahamkan, kedua-dua pengawai tertinggi dalam perlawanan itu merupakan jurulatih merangkap pengurus kedua-dua pasukan, Irfan Bakti Abu Salim dan B. Sathianathan.

Ahmad Fuad memberitahu, selepas memanggil pegawai berkenaan, pihaknya akan memutuskan tindakan yang bakal diambil pihaknya pada hari itu juga.

Ketika ditanya mengenai nasib tiga pemain ATM, R. Surendran, G. Jeevanathan dan Fitri Omar yang mengaku bersalah sebelum ini, jelas Ahmad Fuad: "Ketiga-tiga mereka tetap dikenakan tindakan jika benar didapati bersalah."

Dalam pada itu, FAM bagaikan mencetus polemik baharu apabila Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu, Datuk Taufek Razak enggan memberikan sebarang kenyataan kepada media sebaik selesai bermesyuarat di Wisma FAM semalam.

"Maaf, saya tidak boleh memberikan sebarang kenyataan," kata Taufek.

Begitupun Ahmad Fuad menegaskan, ia merupakan prosedur biasa selagi siasatan kes belum selesai.

"Biarlah perkara ini diselesaikan terlebih dahulu. Beliau (Taufek) akan kembali memberikan kenyataan kepada media sebaik kes ini selesai," jelasnya.

Cuaca sejuk cabaran Harimau Muda

Posted:

Cuaca sejuk cabaran Harimau Muda

Cuaca sejuk cabaran Harimau Muda


KIM SWEE (berdiri, tengah) bergambar bersama pemain-pemain Harimau Muda di Hotel Saujana, Petaling Jaya pada 12 Mac lalu.


FAKTOR cuaca yang sejuk dilihat menjadi cabaran utama skuad Harimau Muda sepanjang berguru di benua Eropah, Slovakia.

Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee memberitahu, ketika ini anak-anak buahnya mula menyesuaikan diri dengan situasi berkenaan.

"Pemain makin selesa setelah menjalani latihan buat kali ketiga.

"Cuaca yang amat sejuk serta berangin merupakan cabaran utama buat pemain," kata Kim Swee menerusi Twitter peribadinya semalam.

Skuad Harimau Muda yang berlepas dari ibu negara minggu lalu bakal menjalani dua perlawanan persahabatan sepanjang berada di Slovakia sebelum menyertai Kejohanan Universiti Dunia di Kazan.

Mereka bakal menentang skuad bawah 19 tahun (B-19) Slovakia di Vion, Sabtu ini sebelum berdepan B-21 Georgia di Vienna, Austria tiga hari kemudian.

Kim Swee memberitahu, beliau kini menumpukan fokus pada benteng pertahanan sepanjang mengendalikan latihan.

Seperti sedia maklum, kali ini mereka tidak disertai Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim yang akan menyertai kelab Jepun, Ryukyu FC dalam masa terdekat.

"Mohamad Fadhli Shas pula akan menyertai kami di Slovakia selepas perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya dan Palestin pada 28 Mac nanti," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved