Sabtu, 9 Mac 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Polis Israel bertempur dengan penduduk Palestin

Posted:

Polis Israel bertempur dengan penduduk Palestin

Polis Israel bertempur dengan penduduk Palestin

SEORANG penduduk Palestin ditangkap dua anggota polis di Baitulmuqaddis semalam.


BAITULMUQADDIS - Ratusan penduduk Palestin bertindak bertempur dengan sejumlah anggota polis di sini semalam, kata polis.

Menurut polis, penduduk itu marah dengan laporan media pada Ahad lalu berhubung tindakan polis Israel menendang dan memijak kitab al-Quran ketika sekumpulan wanita cuba menyekat mereka memasuki Masjid Al-Aqsa.

Penduduk Palestin itu kemudian bertindak menyerang pihak berkuasa dengan membaling batu dan bom petrol di pekarangan masjid tersebut.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, kira-kira 100 orang penunjuk perasaan yang kebanyakan memakai topeng bertindak menyerang polis.

Polis kemudian melepaskan bom gas pemedih mata.

"Bom petrol dibaling ke arah polis dan beberapa pegawai polis cedera akibat terkena batu," katanya.

Rosenfeld berkata, tuduhan tersebut tidak betul dan mendakwa kitab al-Quran itu terjatuh ketika polis cuba mengalihkan sekatan kerusi oleh sekumpulan wanita. - AFP

Hanya 375 kereta McLaren P1 dikeluarkan

Posted:

Hanya 375 kereta McLaren P1 dikeluarkan

Hanya 375 kereta McLaren P1 dikeluarkan


KERETA McLaren P1 dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Geneva di Geneva pada 5 Mac lalu.


GENEVA, Switzerland - Sebuah kereta sport berkuasa tinggi keluaran McLaren, P1 yang mempunyai lebih daripada 903 kuasa kuda (hp) akhirnya diperkenalkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Geneva di sini baru-baru ini.

Kenderaan tersebut mampu memacu daripada 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) berdasarkan meter laju dalam masa kurang tiga saat dengan kelajuan maksimum mencecah 349km/j.

Kuasa tinggi kereta P1 itu dibekalkan dengan enjin pengecas turbo berkembar V8 berkapasiti 3.8 liter yang menjana 757hp manakala sebuah motor elektrik membekalkan kuasa tambahan sebanyak 176hp

Kuasa tambahan itu dijana dengan menekan butang pada stereng kereta tersebut seperti Sistem Pemulihan Tenaga Kinetik (KERS) yang terdapat pada kereta lumba Formula 1 (F1).

Selain sistem enjin, keserupaan lain yang dikongsi kereta P1 dengan jentera F1 ialah harganya.

Sebuah kereta sport itu berharga sekitar AS$1.15 juta (RM3.57 juta).

Hanya mereka yang terpilih sahaja dapat memiliki P1 kerana menurut McLaren, cuma 375 buah kereta tersebut dikeluarkan di seluruh dunia. - Agensi

Bekas pelakon jadi artis jalanan

Posted:

Bekas pelakon jadi artis jalanan

Bekas pelakon jadi artis jalanan


SEORANG wanita bergambar dengan Oviedo di bandar raya Mexico kelmarin.


BANDAR RAYA MEXICO - Seorang bekas pelakon televisyen dan teater, Ruben Oviedo menjadi artis jalanan di sebuah kawasan tumpuan orang ramai di sini.

Oviedo, 40, memakai kostum seperti watak adiwira Thor membuat persembahan di jalanan.

Beberapa orang akan merakamkan gambar dengannya semasa dia membuat persembahan.

Artis-artis jalanan itu pada kebiasaannya akan memperoleh pendapatan secara puratanya sebanyak AS$40 (RM124) sehari dalam tempoh lapan jam. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved