Khamis, 14 Mac 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pemuda bakar diri akhirnya mati

Posted:

Pemuda bakar diri akhirnya mati

Pemuda bakar diri akhirnya mati

BEBERAPA anggota keselamatan melihat Khadri selepas dia membakar dirinya di Tunis, Tunisia kelmarin. - Reuters


TUNIS - Seorang peniaga rokok yang membakar dirinya di sebatang jalan di sini kelmarin meninggal dunia semalam akibat melecur teruk, kata seorang pegawai perubatan.

Pengarah Pusat Melecur Ben Arous, Imed Toiuibi berkata, peniaga itu, Adel Khadri, 27, mati pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan kerana melecur teruk.

Menurut beberapa pegawai, Khadri yang berasal daripada sebuah keluarga yang amat miskin di Jendoubam, barat laut Tunisia tiba di sini beberapa bulan lalu untuk mencari pekerjaan.

Dia dilaporkan membakar diri di depan sebuah bangunan pentadbiran di Habib Bourguiba Avenue di sini.

Menurut seorang saksi, Khadri memberitahu, dia terpaksa menjual rokok kerana tidak mempunyai pekerjaan.

Saksi itu berkata, dia menyebut Allahuakbar sebelum bertindak membakar dirinya. Beberapa anggota keselamatan dan pejalan kaki kemudian cuba memadamkan api pada tubuh lelaki tersebut.

Api itu berjaya dipadamkan dan dia diusung ke dalam sebuah ambulans untuk dihantar ke hospital tersebut.

Menurut jurucakap sebuah agensi perkhidmatan kecemasan, Mongi Khadhi, bapa pemuda itu meninggal dunia empat tahun lalu.

"Dia (Khadri) mempunyai tiga beradik dan keluarganya amat miskin," katanya.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Khaled Tarrouche berkata, psikologi Khadri terjejas kerana tidak mempunyai pekerjaan menyebabkannya membakar diri.

Seorang penjaja yang menjual roti di jalanan yang hanya dikenali sebagai Farid memberitahu, dia memahami kenapa Khadri melakukan perbuatan itu.

"Apabila kita menjadi tidak bernilai, tingkat sosial rendah dan miskin, ketika itulah kita melakukan perbuatan gila," katanya.

Pada Disember 2010, seorang penjaja di bandar Sidi Bouzid, di sini, Mohamed Bouazizi, 26, pernah membakar diri sehingga mati kerana memprotes gerainya dirampas pihak berkuasa.

Insiden tersebut telah mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di Tunis sehingga menyebabkan Zine El Abidine Ben Ali meletak jawatan sebagai Presiden pada 14 Januari 2011. - AFP

Tujuh ekor dugong dipindahkan dari Zoo Singapura

Posted:

Tujuh ekor dugong dipindahkan dari Zoo Singapura

Tujuh ekor dugong dipindahkan dari Zoo Singapura


BEBERAPA pekerja memegang dugong yang bernama Pedro untuk dipindahkan ke River Safari, Singapura semalam. - AP


SINGAPURA - Tujuh ekor dugong berjaya dipindahkan ke 'rumah' baharu mamalia itu di Rimba Berair Amazon milik River Safari, kata Rizab Hidupan Liar Singapura (WRS) semalam.

Perpindahan secara besar-besaran itu melibatkan 20 pekerja Zoo Singapura dan pakar-pakar haiwan serta mengambil masa lebih dua hari untuk dilakukan.

Langkah tersebut melibatkan pemindahan seekor dugong betina berusia 21 tahun bernama Eva ke satu lokasi pameran yang empat kali ganda lebih besar berbanding tapak pameran sebelum ini di Zoo Singapura.

Memiliki berat 1,100 kilogram (kg), Eva merupakan dugong paling berat di taman berkenaan.

Ia tiba di zoo tersebut pada tahun 1994.

Eva dan 10 ekor dugong lain yang juga dikenali sebagai lembu laut akan ditempatkan di Rimba Berair Amazon. Pameran tersebut bertemakan hutan hujan Amazon.

Spesies mamalia besar itu menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari memakan tumbuhan akuatik dengan seekor dugong dewasa memakan antara 50 hingga 100kg rumpai air. - Agensi

Anak bos F1 bergambar bogel untuk majalah

Posted:

Anak bos F1 bergambar bogel untuk majalah <i>Playboy</i>

Anak bos F1 bergambar bogel untuk majalah Playboy


TAMARA


LONDON - Seorang anak perempuan bos perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Bernie Ecclestone telah bergambar bogel untuk majalah bogel Playboy, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Pewaris aset berbilion-bilion dolar milik Ecclestone itu menjadi penghias muka depan majalah tersebut untuk edisi Mei depan.

Gambar bogel Tamara bakal menghiasi lapan halaman majalah milik Hugh Hefner, 86 itu.

Tamara pernah berbogel untuk kempen sebuah pertubuhan pembela hak-hak haiwan pada tahun 2008 ketika dia berusia 24 tahun.

Berita tersebut didedahkan selepas selebriti berusia 28 tahun itu bertunang dengan seorang broker saham, Jay Rutland, 31. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved