Khamis, 28 Februari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Proton sambut baik dasar baharu sektor kereta

Posted:

Proton sambut baik dasar baharu sektor kereta

Proton sambut baik dasar baharu sektor kereta

28/02/2013 6:38pm

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd menyambut baik pengumuman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenai pengenalan secara berperingkat-peringkat dasar baharu bagi industri kereta yang bertujuan merangka kaedah mengurangkan harga.

Proton berkata, memandangkan dasar baharu membabitkan keseluruhan ekosistem industri itu, ia akan mengkaji keseluruhan aspek berkaitannya serta kemungkinan impak ke atas syarikat dan keseluruhan industri kereta tempatan. "Ia untuk memutuskan tindakan selanjutnya, pelan akan datang dan arah tuju, bukan sahaja untuk syarikat itu malah keseluruhan ekosistem industri dalam pasaran tempatan dan antarabangsa," kata syarikat pembuat kereta itu dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun katanya, syarikat itu seperti peserta lain, sudah menjangkakan anjakan dasar ke arah liberalisasi pasaran, dan syarikat itu yakin ia mampu bersaing dalam pasaran yang liberal sepenuhnya dengan menawarkan kereta berkualiti dan mampu dibeli.

"Proton komited sepenuhnya untuk mengubah penerimaan dan persepsi ramai mengenai jenama, dan perakuan lima bintang ANCAP (Program Penilaian Baharu Australasia) daripada pengawal selia kereta Australia untuk Proton Preve awal minggu ini, merupakan bukti peningkatan kualiti dan keupayaan aspek keselamatan kereta kita," katanya.

Ia berkata usaha semasa dan berterusan oleh syarikat dalam meningkatkan kualiti dan standard keretanya di rantau ini juga membolehkan Proton Saga FLX, model sedan keluarga, menerima anugerah 3 bintang ASEAN NCAP (Program Penilaian Kereta Baharu) bulan lepas.

"Kejayaan ini membuktikan arah tuju baharu Proton dalam menawarkan perlindungan keselamatan tahap tinggi kepada pelanggan dalam kenderaan mereka.

"Ia juga memperkukuhkan komitmen kami untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan di semua peringkat, dan menawarkan nilai untuk wang bagi kereta berkualiti tinggi," katanya. - BERNAMA

Harga barang di Sabah, Sarawak seragam esok

Posted:

Harga barang di Sabah, Sarawak seragam esok

Harga barang di Sabah, Sarawak seragam esok

28/02/2013 6:35pm

KUCHING - Bermula esok, harga barangan keperluan asas di Sarawak, Sabah dan Labuan diseragamkan dengan Semenanjung di bawah program 1Malaysia 1Harga.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara barangan keperluan asas yang akan diseragamkan harganya ialah gula, minyak masak dan tepung gandum kegunaan am.

"Selain itu penyeragaman ini akan turut melibatkan 304 produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KRIM), 89 produk COOP 1Malaysia, dan 69 produk keluaran Fama.

"Penyeragaman ini berjaya kita lakukan apabila kerajaan menanggung kos penghantaran produk dari Semenanjung ke Sarawak, Sarawak, dan Labuan termasuk penghantaran barangan keperluan ke kawasan luar bandar dan pedalaman menerusi peruntukan sebanyak RM386 juta," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan program 1Malaysia 1Harga dan perasmian KR1M di Medan Hamidah di sini, hari ini.

Mengulas perkara itu, Ismail Sabri berkata, program 1Malaysia 1Harga merupakan satu lagi inisiatif kerajaan bagi meringankan kos sara hidup rakyat khususnya di Sarawak, Sabah dan Labuan bagi mendapatkan barangan keperluan asas.

"Melalui penyeragaman ini juga, peniaga tiada alasan lagi untuk menaikkan harga barangan keperluan kerana kos penghantaran yang menjadi antara sebab kenaikan harga barang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

"Untuk memastikan penyeragaman ini berjaya, kita akan buat pemantauan, dan dalam masa sama kita minta orang ramai (pengguna) turut membuat laporan berkaitan harga barangan yang telah diseragamkan itu. Pengguna perlu mainkan peranan dengan beritahu kita, pengguna perlu lindungi diri dan jangan terima saja apa yang berlaku," katanya.

Menjawab soalan berhubung tindakan yang bakal diambil ke atas peniaga yang gagal menurunkan harga barang keperluan itu, Ismail Sabri berkata tiada akta khusus yang membolehkan tindakan diambil sebaliknya tindakan menyenarai hitam peniaga dan menghentikan pengedaran barang kepada peniaga boleh dilakukan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan meneruskan cadangan membina 57 KR1M di Sarawak, Sabah dan Labuan.

"Tahun ini, kerajaan bercadang membina 57 buah KR1M lagi di Sarawak, Sabah dan Labuan. Ketika ini di Sarawak ada empat buah KR1M, tiga buah di Sabah, baki 54 KR1M lagi sedang dalam proses perancangan dan pembangunan," katanya. — BERNAMA

Rugi RM2,760 akibat urusniaga online

Posted:


Ruang

Tragedi gajah kerdil

RABU lalu, negara digemparkan dengan penemuan bangkai 10 ekor gajah pigmy atau gajah kerdil Borneo yang mati dalam keadaan menyayat hati di kawasan Hutan Simpan Gunung Rara, kira-kira 130 kilometer dari Tawau, Sabah. Lagi...

Infiniti

Jana idea dan inovasi tempatan

MENINGGALKAN kenderaan seperti kereta di rumah lantaran terpaksa bertugas di luar daerah selama beberapa hari merupakan perkara normal yang dilalui ramai individu. Lagi...

Kesihatan

Minum air kencing sendiri

CARRIE STEELE, 53, merupakan seorang penghidap kanser yang sanggup berbuat apa sahaja. Menurut rakannya, dia pernah melakukan beberapa perkara pelik sejak dahulu lagi tetapi kali ini gelagatnya sedikit pelik bagi manusia normal kerana bertentangan dengan norma alam. Lagi...

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved